Aku dah agak dah Makcik Zainab Talipusat yang payung @RafidahIbrahim 🤣🤣🤣
Misteri sudah terungkai
Lakonan Pidah akhirnya makan diri
Berapa total payment Pidah?
Sebentar tadi, semasa pembentangan RMK-13, YAB Perdana Menteri telah berkongsi mengenai panggilan telefon awal pagi tadi dengan Presiden Trump bagi membincangkan status tarif timbal balas AS-Malaysia. Rundingan tarif Malaysia-AS kini telah selesai.
TYT Duta Jamieson Greer, Wakil Perdagangan Amerika Syarika juga telah menghubungi saya sejurus selepas beliau memberikan taklimat kepada Presiden Trump mengenai isu ini.
Kini, kita sedang menunggu maklum balas rasmi dari Presiden Trump esok. Selepas itu, satu kenyataan bersama akan dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memperincikan butiran lanjut yang telah dipersetujui.
Doakan yang terbaik buat Malaysia!
#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #tarif #trump #USA
MALANGNYA, SYAHIR SENDIRI PUN TIDAK YAKIN TAN SRI ABDUL HADI AWANG LAYAK JADI PERDANA MENTERI
Saya menekuni kenyataan Syahir Sulaiman terkait pendirian Dato' Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa setakat ini tiada calon yang layak menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Kita boleh berbeza pandangan dan juga boleh untuk tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Seri Nazri namun apa yang dinyatakan beliau punya asas dan justifikasi tersendiri.
Apa yang peliknya adalah tatkala membaca kenyataan Syahir yang panjang berjela, saya menjangkakan beliau akan menamakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri ke-11 bagi menggantikan Dato' Seri Anwar. Ternyata jangkaan saya salah.
Syahir sebaliknya bersilat kata dengan menyatakan bahawa beliau cenderung melihat seorang teknokrat untuk menjadi Perdana Menteri ke-11.
Aneh bukan?
Sebagai salah seorang pemimpin muda dalam PAS dan bahkan juga berkhidmat sebagai pegawai kepada Presiden PAS, adakah Syahir sendiri tidak terfikir untuk menamakan bos beliau sebagai calon Perdana Menteri?
Adakah Syahir sendiri tak punya keyakinan terhadap kepimpinan, kebijaksanaan dan kewibawaan Tan Sri Abdul Hadi sebagai calon Perdana Menteri?
Selemah-lemah parti Bersatu yang merupakan parti kecil dalam Perikatan Nasional; pimpinan mereka masih bangga dan yakin -- meski pun telah terbukti sebagai Perdana Menteri paling gagal dalam sejarah -- untuk memposisikan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Saya dan rakan-rakan pimpinan dalam KEADILAN pun jika ditanya akan menjawab dengan penuh yakin dan tanpa ragu bahawa Dato' Seri Anwar-lah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia buat masa ini.
Syahir sewajarnya bermuhasabah dan meminta maaf kepada kepimpinan dan anggota PAS yang barangkali telah terguris dengan kenyataan beliau yang secara terbuka dan tersirat merendahkan keupayaan serta kewibawaan Presiden PAS.
Sebagai pemimpin PAS dan orang kanan Presiden PAS, Syahir seharusnya memiliki keyakinan terhadap kemampuan Tan Sri Abdul Hadi.
Jika sekali pun Syahir benar-benar mahu melihat seorang teknokrat menjadi Perdana Menteri selepas Dato' Seri Anwar, apa yang pasti calon tersebut masih belum wujud dalam kalangan pimpinan PAS yang ada pada hari ini.
@Dr_AzmanIbrahim Aku dulu pun YB pembangkang juga tapi tak ada nya aku memekak tak boleh masuk sekolah. Aku tak boleh masuk sekolah,aku tunggu depan sekolah tandatangan borang kwamp. Yang penting urusan sekolahbdan pibg berjalan elok.
@YazidAiman4 Tak ada masalah la martt. Rakyat sarawak tu pun rakyat Malaysia. Patut dulu masa ayoh hadi dok dalam kerajaan 33 bulan,patut terang bab keadilan.
@Salim_Iskandar Oh international festival yer parpukari tak sedap? Baideeway,international tu maksudnya antarabangsa tau parpukaritaksedap. Incase kau bodoh sangat tak faham maksud international🤣🤣
“Kerajaan tak pernah keluarkan kenyataan tiada peruntukan untuk pembangkang. Sebaliknya, Kerajaan mahu kita berunding.
Sepatutnya, selepas terima draf MoU, buatlah ulasan perkara yang tidak dipersetujui. Namanya pun draf, ia adalah permulaan kepada rundingan.”
- @kamilmunim
@Solisidtor Alah biasa la dalam mesyuarat agung parti. Pemimpin pemuda menyalak depan penyokong2 itu biasa. Kat luar sana,ramai lagi rakyat malaysia yang tolak Pas jadi kerajaan. Simple
@wanfayhsal Jadi kau nak cerita yang kau ni anak jantan,kau nak cakap YDPA lepas tak betul ke sebab tak lantik Midin jadi PM? Kau nak cakap YDPA lepas buat silap ke? Kau ni cerdik tak bertempat Wan Fayshal oit