Wow 😮 a birthday song to remember 🎁 he got her a custom song and she can’t believe it was about HER 🥹 look at the husbands face got me cracking up 😆 That was 🔥🔥🔥🔥🔥💯🫶🏽 what do u think? 👈
Tang Jie–Ee Wei raih pujian, pilih berbahasa Melayu dalam wawancara bahasa Inggeris
Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dipuji kerana berbahasa Melayu ketika diwawancara dalam bahasa Inggeris oleh pengacara sukan di Istora Senayan, Jakarta ,Indonesia selepas merangkul gelaran juara Masters Indonesia pada Ahad.
Ee Wei dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang berada di Istora serta peminat dari Indonesia serta Malaysia.
Rata-rata warganet menzahirkan pujian di media sosial kepada kedua-duanya kerana memartabatkan bahasa kebangsaan.
Terdahulu, gandingan beregu berkenaan mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan untuk merangkul gelaran juara.
Kejayaan di Istora Senayan itu menyaksikan pasangan ranking keempat dunia tersebut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara yang berjaya merangkul gelaran pada kejohanan berkenaan.
DM untuk kredit video
#sinarharian #beritaterkini #MastersIndonesia #TangJieEeWei
“Ada aku kisah apa engkau orang cakap” hanya sesuai jika kita kena kecam oleh orang yang tidak memahami isu yg kita ketengahkan… supaya kita terus ada motivasi utk melangkah ke hadapan…
'Mengapa Anwar boleh, tetapi Najib tidak boleh?' soal Hassan Karim
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas Datuk Seri Najib Razak disifatkan mempunyai kesan besar bukan sahaja terhadap Najib, malah terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
#sinarharian #titahadendum #NajibTunRazak
https://t.co/2Z24tCytfX
Kerajaan Malaysia merupakan antara dua kerajaan di dunia yang mengiktiraf misi Global Sumud Flotilla.
Susulan serangan dron terbaharu, ini adalah rakaman perbualan di antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, wakil Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza berhubung situasi terkini di perairan antarabangsa berdekatan Perairan Greece.
#SumudNusantara
#NusantaraForGaza