Masalah-masalah yanag berkaitan dewan, juru solek, juru gambar, katering yang datang saat-saat terakhir sangat ditakuti oleh pasangan dan juga keluarga mempelai.
Jadi sebelum ini terjadi, setiap pasangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan persediaan awal.
PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN❤️
Persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mesti rapi, betul kan bakal-bakal pengantin? Sudah pasti, tiada 100% sempurna, namun setidak-tidaknya kita kena pastikan yang segalanya sudah disusun rapi dengan baik.
7. Melalui perkahwinan, wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.
4. Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin.
Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
3. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengan dia bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.
1. Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan"
— Surah ar-Ra’di ayat ke 38
10. DIY SENDIRI PELAMIN, KURANGKAN BAJET KAHWIN
Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula ambil lah pakej dari TWVS, confirm berbaloi-baloi 👍
9. JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PENDAPATAN JE
Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.
8. BUAT SIMPANAN BULANAN BERSAMA PASANGAN
Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama paangan. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib.
7. KALAU SEBELUM KAHWIN TAK MAMPU SIMPAN JANGAN AMBIL LOAN
Ini ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang senak bak bayar nanti.
6. KALAU TERPAKSA PINJAM BANK, MAKNANYA ANDA BELUM MAMPU LAGI
Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagu untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je.