Hari ini sudah Bulan Jun 2026
Maka bermulalah 3 Bulan yang kritikal untuk Rakyat Malaysia
Maka Ambillah angkah berjimat cermat. Kerajaan pun sekali ambil langkah sama.
Sebab krisis minyak dunia akan mula menghentam kita
3 bulan ini akan tentukan kita survive atau tidak
Silap langkah. Hampir sama seperti PKP 2.0
Awas semua, ini adalah salah satu taktik licik yang sering digunakan oleh scammer.
Kisahnya bermula apabila tiba-tiba pada waktu Maghrib 13 hari bulan, akaun bank saya dimasuki wang sebanyak RM40,000.
Sudah tentu sesiapa sahaja akan gelabah apabila melihat jumlah sebanyak itu.
Walaupun diselubungi rasa risau, saya cuba bertenang dan terus membuat semakan dengan ChatGPT mengenai transaksi bertanda 'HSE' tersebut.
Melalui maklum balas yang diberikan, saya terus mendapat tahu bahawa itu sebenarnya merupakan modus operandi penipuan.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki tidak dikenali menghubungi saya melalui aplikasi WhatsApp.
Dia meminta saya menghantar gambar tangkapan skrin baki akaun dan mendesak supaya wang tersebut dipindahkan semula kepadanya.
Tindakan itu amat tidak masuk akal kerana wang sebanyak RM40,000 bukanlah satu jumlah yang kecil untuk dipindahkan begitu sahaja.
Lebih melucukan, dia sempat mengarahkan saya untuk menunggu arahan seterusnya sehingga jam 11 pagi keesokan harinya.
Sebagai salah seorang pengikut setia Rahmat Fitri yang merupakan Duta Anti-Scam, saya sudah tahu tindakan bijak yang perlu diambil.
Awal-awal pagi lagi saya terus ke cawangan CIMB Bank untuk menyemak sumber transaksi tersebut.
Hasil semakan mendapati wang itu dimasukkan menggunakan cek palsu yang statusnya masih terapung.
Kami kemudiannya menunggu sehingga jam 3 petang dan seperti yang dijangka, status cek tersebut akhirnya ditukar kepada gagal atau dipulangkan semula oleh pihak bank.
Pengajaran penting daripada kisah ini, jika akaun anda dimasuki wang secara tiba-tiba, langkah terbaik untuk menyelamatkan diri daripada dituduh sebagai keldai akaun adalah dengan membuat laporan polis atau cover report dengan segera.
Kes ini sangat serius kerana ada individu yang rapat dengan saya pernah ditahan di lokap selama tiga hari gara-gara akaun banknya dibekukan selepas disalahgunakan oleh pihak lain.
Oleh itu, jika anda menerima wang yang mencurigakan, tolong jangan guna dan jangan lakukan sebarang transaksi pemindahan kerana wang tersebut jelas sekali bukan milik kita.
Kredit : Iyaeyzia
Seorang lelaki meninggal dunia manakala lima ahli keluarganya cederan selepas Perodua Aruz dinaiki mereka terbabas dan dan memasuki gaung sedalam tiga meter di Batu 21, Jalan Tapah - Cameron Highlands, malam tadi.
Difahamkan mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands bagi menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.
#malaysiagazetteperak #MGPerak
Foto: JBPM Perak
Jemaah Solat Isya' bertiga sahaja.
Walaupun mungkin ramai masih beraya, berehat, atau nak pulang dari kampung, tapi tetap rindu kemeriahan Ramadan lepas.
Pukul 9:00 malam beberapa hari lepas kita baru nak start tarawih.
Lelaki terutamanya. Jom sama-sama usaha untuk solat berjemaah dan terus istiqamah baca Al-Quran meskipun Ramadan dah berakhir.
Jom saya kongsi satu sirah Nabi.
Waktu dalam perjalanan menunaikan haji, Aisyah (RA) didatangi haid.
Dia menangis.
Dah berazam nak beribadah, tiba-tiba haid pula.
Nabi SAW nampak, dan Nabi terus tahu.
"Kenapa ini? Kamu datang haid?"
Hidup mewah. Kereta mahal berpuluh2 juta. Duit bertimbun. Tapi hati tak pernah tenang dan senang. Tayang di media sosial penuh kemewahan, seolah paling bahagia, tapi dalam diam, terluka jua.
Bukak jer phone, baca lah hinaan dan makian sana sini pada diri sendiri. Siang malam orang perli. Update story seolah2 tidak peduli apa orang kata sebab dah kaya, padahal hati berdarah, kadang bernanah.
(ini hanya nukilan semata-mata, tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup atau mati.)
Melalak “tiada tindakan” tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi sebelum berkuasa.
Selamat qiamullail semua!