Polis sahkan remaja perempuan 15 tahun dirogol, disamun ketika joging di Tumpat, Kelantan.
Mangsa juga dipukul dengan kayu, ditinggal dalam semak.
Suspek sedang dijejaki termasuk guna Unit K9.
Rasa dah fedup dengan kerajaan sekarang. Takde apa tindakan, penguatkuasa pun takde yang bertindak. Dari dulu sampai sekarang rakyat minta HARAMKAN vape.
DEMAM PIALA DUNIA KEMBALI!🔥⚽️
Inilah jadual perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2026 📅
👉Simpan siap-siap jadual ni
👉Semua jadual dalam waktu Malaysia (sistem 24 jam)
Klik 'Share' untuk pengetahuan rakan-rakan dan ahli keluarga.
#FIFAWorldCup2026#PialaDunia2026
Betul lah, graduate under employment ini menjadi isu terbesar orang muda. Dah ditipu dengan janji belajar degree akan dapat gaji tinggi. Realitinya, ada loan PTPTN tapi gaji grad rendah. Lagi teruk, tak dapat kerja dalam bidang belajar. Kena jual kad kredit atau kerja di cafe.p
Hari ini 927 tahun yang lalu, tentera Kristian mula mengepung Baitulmaqdis pada Perang Salib Pertama.
Kuasa Islam yang semakin meluas di kurun ke-11 mendorong Paus Urban II melancarkan Perang Salib pada 1096 & sasaran utamanya Baitulmaqdis, kota suci yang dikuasai Islam hampir 460 tahun sejak ditawan Saidina Umar RA dari tangan Byzantine pada 637.
Pada Disember 1098, tentera Salib mula berarak ke Baitulmaqdis & menawan beberapa kota di sepanjang perjalanan mereka. Setibanya mereka pada 7 Jun 1099, kota Baitulmaqdis terus dikepung dengan kekuatan kira-kira 13,300 tentera.
Godfrey of Boullion mengepalai angkatan Salib menyerang kota dari segenap sudut, namun mereka berdepan cuaca panas serta kesuntukan bekalan makanan & air, yang disekat & diracuni lebih awal oleh Iftikhar ad-Dawla, gabenor Baitulmaqdis.
Bantuan tentera Salib tiba di Jaffa pada 17 Jun mengikut jalan laut, membawa bekalan asas, peralatan & senjata yang diperlukan. Begitupun mereka berkejar dengan masa, tatkala mendengar berita angkatan besar Islam dari Mesir sedang dalam perjalanan.
Pada 8 Julai, tentera Salib bersiap, dengan para paderi diketuai Peter the Hermit memimpin perarakan mengelilingi kota & menyampaikan syarahan untuk memperkuat moral mereka, sebelum serangan penghabisan dilancarkan pada malam 13 Julai.
Akhirnya pada pagi 15 Julai, salah satu pintu utama kota berjaya dibolosi & panji ungu dikibarkan di atas Masjid al-Aqsa. Iftikhar ad-Dawla & pengawalnya menyelamatkan diri dengan membayar tebusan, namun mereka sahaja orang Islam yang hidup.
Kesemua orang Islam & Yahudi, termasuk wanita & kanak-kanak yang bertempiaran & bersembunyi di Al-Aqsa & Kubah Batu, dibunuh. Berdasarkan pelbagai sumber, antara 3,000~70,000 nyawa warga Baitulmaqdis terkorban.
Angkatan besar dari Mesir tiba lewat, kira-kira sebulan kemudian, cuba merampas kembali kota namun gagal. Menjelang 10 Ogos, segalanya berakhir & Godfrey of Bouillon diangkat menjadi raja Baitulmaqdis yang baharu.
Kerajaan Kristian Baitulmaqdis bertahan untuk 88 tahun, sebelum ia kembali ditakluk kuasa Islam pimpinan Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187.
Sumber: World History Encyclopedia
#PeristiwaHariIni
Saintis di Finland menjalankan satu eksperimen yang mana mereka menukar halaman tadika yang asalnya berbatu kerikil kepada tanah hutan sebenar, lengkap dengan rumput dan blok tanah gambut.
Selepas hanya sebulan kanak-kanak bermain di situ, ujian darah menunjukkan perubahan yang luar biasa.
Kepelbagaian bakteria pada kulit mereka meningkat, dan sel imun yang berfungsi untuk menenangkan badan daripada reaksi alahan (macam debunga atau kacang) bertambah dengan ketara.
Sebaliknya, kanak-kanak yang kekal di kawasan kerikil tidak menunjukkan sebarang perubahan positif ini.
Pakar berhipotesis bahawa punca utama kepada lonjakan penyakit asma dan alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak sejak beberapa dekad kebelakangan ini adalah kerana kanak-kanak "terlalu bersih."
Lihat saja taman permainan sekarang yg dahulunya berlantaikan rumput dan pasir, bertukar menjadi getah dan plastik.
Statistik di Amerika Syarikat sangat membimbangkan. Misalnya, alahan kacang dalam kalangan kanak-kanak setahun melonjak tiga kali ganda antara tahun 2001 hingga 2017.
Sistem imun kanak-kanak hari ini membesar dalam persekitaran yang kekurangan pendedahan kepada bakteria semula jadi yang sepatutnya melatih badan mereka untuk jadi lebih kuat.
Tambah pula gaya hidup moden yang mengehadkan masa bermain di luar — 37% kanak-kanak prasekolah di Amerika hanya luang masa kurang sejam sehari di luar rumah — telah melumpuhkan kemampuan semula jadi badan untuk beradaptasi.
Bak kata Aki Sinkkonen (ketua penyelidik yg jalan kajian, "Paling bagus kalau kanak-kanak boleh bermain dalam lopak air dan semua orang boleh menggali tanah organik."
Sekarang, kerajaan Finland dah ambil langkah drastik dengan membiayai transformasi halaman tadika di seluruh negara untuk mengembalikan tanah dan alam semulajadi ke dalam kehidupan harian kanak-kanak.