🚨🚨💣 EXCLUSIVE: Liverpool agree loan deal to sign Ronald Araujo from Barcelona, HERE WE GO! 🇺🇾
Verbal agreement club to club with Barça now approved by director Deco.
New centre back for #LFC with a surprise bomba.
Tip penting
Broken English pun okay jer
Ada kerja yang perlu perfect English
Tapi kebanyakan kerja tidak memerlukannya
Yang penting, effort dan berani berkomunikasi
Ada kenal beberapa orang yg tak happy kerana belum dapat itu, tak dapat ini, tak achieve itu atau tak achieve ini
Itu, ini semua tentang duit & kebendaan, status atau kerjaya
Boleh bercita-cita nak tu semua
Tapi jangan tak raikan kehidupan kita sambil kita bergerak ke hadapan
Why should good quality ipads & Laptops only be reserved for students from rich families? 😅
Because they’re from underprivileged families, they deserve the best to hopefully equalize the playing field.
Although NGO guidelines allow up to 30% for administrative costs, my decision for this campaign is clear:
0% of public donations goes to administrative costs.
100% goes to Muar with maximum transparency.
Check out the receipts at:
https://t.co/PIZK61knN7
benda yang aku suka pmx buat bila dia bagi duit sara tu untuk claim groceries instead of cash macam gitu je. sebab apa? sebab imagine ada orang kat luar sana susah, dapat pula suami tak guna, duit cash tu dia beli rokok instead of buat belanja barang dapur bagi anak bini makan.
Memperkenalkan produk keempat Khairulaming
Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan
Product launch kali ni akan jadi product launch terbesar yang KA pernah buat, jadi nantikan pengumuman seterusnya sepanjang minggu ni. Terima kasih guys for your support selama ni, pejam celik dah 6 tahun kita berniaga bersama 🥹
4 soalan audit diri, bila
1.setiap pagi, adakah kita jangka hari yg baik atau kecewa
2.dapat peluang, adakah kita terus bertindak atau menangguh
3.orang lain berjaya, adakah kita gembira atau kurang senang
4.ada tak menjadi, adakah kita ambil tanggungjawab atau salahkan orang
SAKAU TH?
Dalam Laporan RCI, tiada langsung perkataan “sakau” seperti yang digunakan PMX atau “samun” seperti yang disebut Tun Dr Mahathir.
Perkataan yang digunakan lebih lunak dari “samun” atau “sakau”, sebab ia laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.
Perkataan yang digunakan dalam Laporan RCI:
♦️”perakaunan kreatif” seperti tukar standard akaun yang biasa digunakan, sorok rosot nilai aset, ishtihar untung/ hibah walau tengah rugi dan memalsukan maklumat atau dokumen.
♦️kebobrokan yang ada melibatkan kesalahan jenayah, RCI ada senaraikan tetapi memerlukan SPRM, PDRM dan BNM untuk menyiasat.
Laporan itu menjurus kepada kesalahan rasuah, penyelewangan fakta dan dokumen serta salah guna kuasa yang berlaku dalam transaksi pelaburan dan urus tadbir mereka.
♦️RCI juga meminta audit forensik yang mendalam kepada semua pelaburan yang “mencurigakan” dan “bermasalah”. Inilah antara syor paling penting dalam keseluruhan laporan.
*************
RCI bukan agensi penyiasatan jenayah seperti PDRM atau SPRM. Ia tidak mempunyai kuasa menggeledah, membuat jejak wang (money trail), menyita aset atau mendakwa mana-mana individu.
Fungsi RCI ialah mengumpul keterangan, membuat penemuan dan mengemukakan syor.
Untuk transperansi, elok semua yang dilaporkan ini disiasat dengan kadar segera. Kerana ia melibatkan dana dan tabungan orang Melayu Islam kita.
Potensi untuk kesalahan rasuah, salahguna kuasa tetap ada mengikut syor RCI. Cuma memerlukan SPRM dan PDRM untuk buat siasatan dan pertuduhan kepada mereka yang berkenaan.
***************
Untuk rekod, pada penggal lepas, Pengerusi TH tidak pernah didakwa atas kesalahan penyelewengan Tabung Haji.
Namun beliau didakwa atas 9 kesalahan rasuah dan penggubahan wang haram untuk projek lebuh raya. Dan kes ini mendapat DNAA dan dilepas bebas ketika zaman PM Ismail Sabri.
Untuk rekod juga, tiada sebarang maklumat dalam RCI yang mengesahkan penjualan atau penyelewengan aset Tabung Haji kepada bukan Islam atau mana-mana parti politik bukan Islam pada tahun 2018 ketika mana Tun M atau PH1.0 ambil alih.
Setakat ini ia kekal sebagai propaganda dan fitnah yang belum terbukti.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- pagi ni nanti saya cuba buat Tusyen Dhuha untuk bird eye view laporan. Risau ada puak jenis ambil sekerat2 dan spin half-truth. Masa SRC dan 1MDB pun lagu tu.
TH rugi RM1.4b tapi dalam laporan kewangan, mereka tipu kononnya untung. Banyak pelaburan mereka gagal teruk.
Untuk kaburi mata umum, maka mereka beri dividen tinggi serta turunkan kos haji para jemaah.
Hakikatnya, TH gunakan wang tabungan ahli.
*RCI Tabung Haji*
Ramai dah mula komen.
Sebelum membela. Sebelum menuduh.
Saya pilih untuk baca dulu.
211 muka surat, satu-per-satu.
Malam ni saya LIVE 9PM untuk ulas. Moga dapat mencari jalan penyelesaian bersama 🇲🇾
Kalau ada soalan atau komen, tolong share supaya saya dapat masukkan sekali pada malam ini.
Untuk isu sebesar ini, lebih afdal kalau dibahaskan di Parlimen juga supaya jalan penyelesaian bersama dapat dicari.
We need to learn how to move forward while learning from the past.
𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗨𝗦𝗨𝗟 𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜
Kita tunggu laporan RCI Tabung Haji didedahkan.
Insya-Allah, sebahagian dari yang ada dalam laporan RCI itu saya dah ulas lama dalam Parlimen, sejak 2016 lagi.
Untuk memudahkan memahami laporan RCI Tabung Haji jika dan bila didedahkan kelak, boleh tonton balik ucapan saya di Parlimen dalam bulan Mac 2016.
Boleh lihat sendiri macam mana ahli-ahli Parlimen Umno beriya tuduh saya konon saya buat-buat cerita.
Klik pautan berikut untuk menonton semula ucapan penuh saya berkenaan Tabung Haji pada tahun 2016:
https://t.co/REM9gXhQ1v
Tak ada satu cina pun yang dinamakan dalam kemelut Tabung Haji. Tiada satu bukan Islam pun dibenarkan menerajui istitusi ini, yang memegang amanah umat Islam sepanjang penubuhan TH. Cukuplah, hentikan tohmahan demi politik, demi perkauman. Dari Umno, akhirkan dengan Umno.
Sekurang-kurangnya orang awam perlu khatam al-Quran dua kali setahun. Ini minima yang sangat minima dah untuk kita, orang awam.
Ini menurut Syeikh Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitab al-Bustan. Beliau menukilkan kalam Imam Abu Hanifah yang berkata sesiapa yang mengkhatamkan
Cara kita dididik, environ kita membesar, pengalaman & pelbagai aspek luaran akan mempengaruhi cara kita hidup
Mungkin juga ada trauma yg membuat kita rasa tersinggung, terkilan atau dizalimi bila triggered
Cari cara utk kawal perasaan-perasaan begitu
Insya-Allah boleh belajar
Christopher Nolan tak de smartphone, jadi dia tak de Whatsapp dan apa jua instant messaging.
Dia juga tak de email.
Bila ditanya, dia cakap sebab MASA.
Dia lebih hargai masa yang terhad itu untuk berfikir supaya dapat idea yang lebih baik.
Benda apa yang buat rutin harian serabut yang perlu dikurangkan untuk beri lebih masa berfikir?
RECYCLE
Saya pernah terbaca sebuah kajian oleh UKM.
Ia nyatakan, setiap kali berlaku pilihanraya di Malaysia, kesenjangan antara kaum akan meningkat. Ini dapat disaksikan sejak kita merdeka.
Parti2 akan recycle gunakan isu kaum dan agama untuk mereka dapat undi kita. Lepas dah habis pilihanraya akan slow down punya.
Isu recycle sejak zaman 70an.
Isu kuil, babi dan arak untuk naratif orang Melayu Islam.
Isu Taliban & minoriti ditindas untuk bukan Melayu.
Isu pendatang untuk Sabah & Sarawak dan kini turut digunakan di Semenanjung.
Bukan untuk menidakkan isu ini. Ada validnya.
Tapi sama ada isu ini dikupas untuk bina negara.
Atau ditunggang untuk bina kuasa.
Itu kita yang perlu menilai.
*************
Dalam JPO Pemikir Negara x Prof Madya Mohd Yusri Ibrahim (ILHAM Centre) yang akan ditayangkan malam ini, beliau katakan pada saya yang politikus akan sentiasa menjual produk mereka.
Ada yang jenis baik, tahu sempadan untuk menjual. Tiada scam and force selling. Tapi ada juga yang main langgar, tak kiralah halal haram, agar naratif mereka terjual. Kuasa punya pasal.
Makanya kita yang kena berwapada. Jangan terus telan semata.
Saya selalu percaya.
‘If you want to change politics, you have to change the society’.
Sebagai pengundi dan pembeli naratif, elakkan terlampau taksub dengan naratif kaum dan agama. Banyaknya ditunggang jua untuk kuasa.
Lepas dapat kuasa, set2 ini berpeluk sakan bersama.
DAP dan MCA pernah bertukar2 jadi Kafir Zimmi (kawan kita) dan Kafir Harbi (lawan kita) ikut parti agama punya selera. Kalau rajin baca sejarah politik, anda akan sedar punya.
*****************
Saya selalu look up kepada Sultan saya untuk dapat wisdom politik bina negara.
Dah berulang kali Baginda ingatkan jangan manipulasi isu kaum dan agama. Akan rosak negara.
Tapi typical sesetengah orang politik. Mereka menggunakan siapa saja. Kalau Raja boleh jual produk mereka, mereka sanjung.
Kalau tidak kena selera, sampai ada pasang2 niat nak Raja turun takhta.
Tengokkan lepas PRN N9 nanti. Bagaimana akal orang politik bila mereka ingat merekalah paling berkuasa dalam negara.
Berhati2 lah kita.
Setia kita kepada Raja dan Negera.
Kepada parti dan pemimpin, jangan kita taksub mengkhinzir buta.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
@meinmokhtar Utk orang islam, penama bagi simpanan KWSP kita tidak mempunyai hak mutlak ke atas simpanan tersebut
Penama berstatus sebagai pemegang amanah yg wajib menyerahkan duit itu kpd waris sah mengikut hukum faraid
Tapi KWSP tiada kuasa utk pastikan penama melaksanakan amanah tersebut