Ahli Parlimen Shah Alam | Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) | JK Pimpinan Amanah Nasional | Timb Pengerusi Amanah Selangor | Ketua Amanah Shah Alam
Pagi semalam saya berkesempatan merasmikan Kejohanan Karom Terbuka 2026 Piala Ahli Parlimen Shah Alam, Vol. 3 anjuran Twenty Four Carrom Club yang berlangsung di Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam.
Selesai menyampaikan ucapan, saya turut mengambil peluang mengimbau kembali bakat mengetik buah karom. Teringat zaman muda dahulu, karom antara permainan yang banyak mengisi masa lapang bersama rakan-rakan. Kemahiran lama masih belum hilang sepenuhnya!
Saya gembira dapat menyatuni peserta daripada pelbagai peringkat usia. Walaupun karom nampak seperti permainan santai, ia sebenarnya menguji ketelitian, strategi, fokus dan kesabaran.
Lebih daripada sekadar pertandingan, program seperti ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyatukan komuniti dan menghidupkan semula permainan tradisional yang semakin kurang mendapat perhatian generasi muda.
Tahniah kepada MPP Zon 8, Friends of Shah Alam (FOSA) serta semua pihak yang turut menjayakan kejohanan ini.
Semoga tradisi ini terus subur dan menjadi aktiviti komuniti yang dinanti-nantikan setiap tahun.
.
Petang semalam saya berkesempatan meluangkan masa menyantuni para pempamer dan pengunjung Bukit Jelutong Festival (THIS IS BJ 2026) anjuran Bukit Jelutong Residents Association (BJRA).
Tahniah kepada BJRA dan semua pihak yang menjayakan festival komuniti selama dua hari ini di Bukit Jelutong Community Park, Shah Alam.
Menariknya, festival ini bukan sekadar ruang untuk berhibur dan bersantai bersama keluarga, tetapi turut menjadi platform mempertemukan penduduk setempat, usahawan kecil, peniaga dan komuniti dalam suasana yang cukup meriah.
Dengan penyertaan lebih 70 gerai pempamer, pelbagai aktiviti makanan, jualan, sukan, kesihatan, bengkel kreatif dan hiburan, festival ini berjaya menghidupkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Inilah contoh aktiviti komuniti yang wajar diperbanyakkan. Bukan sahaja mengeratkan hubungan kejiranan, malah membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan.
Komuniti yang kuat bermula dengan masyarakat yang saling mengenali, menyokong dan bekerjasama.
Syabas BJRA! Semoga THIS IS BJ menjadi acara tahunan kebanggaan warga Bukit Jelutong.
.
Petang semalam saya menghadiri satu sesi taklimat dan perbincangan penyelarasan berhubung isu banjir di kawasan Plaza Tol Shah Alam menghala ke Lebuhraya NKVE, ELITE dan GCE serta kesannya terhadap aliran trafik dan pergerakan penduduk sekitar.
Perbincangan ini susulan kejadian banjir yang berlaku selama dua hari berturut-turut sehingga menyebabkan laluan dari NKVE tidak dapat dilalui kenderaan. Ia mengakibatkan kesesakan trafik yang serius, malah menjejaskan rutin harian dan keselamatan pengguna jalan raya.
Mesyuarat dianjurkan MPP Zon 19 ini melibatkan pihak PLUS Malaysia, OPUS Consultants, kontraktor RTB Sg. Damansara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), MBSA, pemaju serta wakil-wakil agensi berkaitan. Turut hadir wakil ADUN Kota Anggerik, YB Najwan Halimi.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk status sistem saliran, punca kejadian banjir, keberkesanan sistem perparitan sedia ada, langkah mitigasi serta penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.
Mesyuarat dimaklumkan tentang keutamaan dan tindakan yang akan disegerakan oleh agensi berkenaan persekitaran Plaza Tol Shah Alam ini yang dikenalpasti kawasan hot spot banjir dalam Rancangan Tebatan Banjir, RTB Sungai Damansara.
Selain itu mesyuarat turut dimaklumkan kerja-kerja fizikal RTB sedang dijalankan di Seksyen 13, satu lagi kawasan hot spot banjir. Ia termasuk pembinaan kolam takungan berkeluasan 7 ekar di bersebelahan Hypermarket Giant, berhadapan dengan Pangsapuri Perdana.
Saya percaya RTB Sungai Damansara akan dapat menyelesaikan isu banjir sebagai langkah jangka panjang. Kita akan mengemaskini kemajuan projek ini dari semasa ke semasa untuk makluman orang ramai.
.
Parlimen Malaysia | Rabu, 11 November 2026
Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Jawatankuasa - Kementerian Pendidikan Tinggi | Apa jadi kepada Intekma Resort (UiTM)
.
Hari ni cuti sempena Hari Deepavali. Kami sambung jalan-jalan H2H menyantuni pengundi.
Ramai nyatakan sokongan kepada calon PH, Datuk Ashraf Minghat, anak jati DUN N.09 Durian Tinggal.
Melaka Rumah Kita
Durian Tunggal. Tiada Yang Tertinggal.
.
Pemergian yang agak mengejutkan. Tetapi begitulah takdir dan suratan. Apabila sampai ajal, tiada siapa yang dapat mempercepatkan atau melambatkan. Kerana kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.
Kami bersaksi atas segala amal, kebaikan dan kebajikan yang beliau lakukan. Semoga Allah SWT ampuni dan cucuri rahmat ke atas rohnya serta tempatkan ia bersama orang yang beriman.
.
Parlimen Malaysia | Rabu, 5 November 2026. Perbahasan Belanjawan 2027 - Kementerian Ekonomi
Peruntukan Agihan Kepada Perbadanan Ekonomi Negeri². Kedah, Kelantan & Terengganu dapat banyak. Selangor dapat sikit?
.
Saya turut merasai keresahan dan kesulitan warga Shah Alam dan sekitarnya akibat beberapa kali kejadian banjir kilat yang berlaku sejak akhir-akhir ini.
Kejadian Banjir Kilat yang melanda Kg Melayu Subang, NKVE /Persimpangan Tol Shah Alam dan Seksyen 13 baru-baru ini adalah dalam jajaran Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Damansara.
RTB Sungai Damansara melibatkan kos sekitar RM481 juta yang sedang dalam pelaksanaan. Ia bertujuan mengatasi masalah banjir kilat dan limpahan air sungai yang kerap berlaku di kawasan berisiko tinggi.
Projek ini merangkumi keseluruhan jajaran Sungai Damansara, termasuk kawasan:
• Kampung Melayu Subang: Disahkan secara khusus sebagai sebahagian daripada jajaran projek ini. Kawasan kritikal yang kerap terjejas seperti Jalan Merbau, Jalan Tembusu, dan Jalan PKNS termasuk dalam tumpuan kerja-kerja mitigasi awal.
- TTDI Jaya, Bukit Jelutong, & Seksyen 13 Shah Alam: Memandangkan sungai utama atau anak sungainya mengalir melalui koridor Shah Alam ini menuju ke muara di Batu 3 (Lembangan Sungai Klang), kawasan-kawasan ini mendapat manfaat secara langsung.
- Sebagai contoh, sebahagian daripada komponen di bawah pakej Sungai Damansara ini merangkumi kerja tebatan di Anak Sungai Damansara. Ia dibina khusus untuk menangani isu banjir kilat di sempadan Subang/Shah Alam (seperti kawasan stesen Komuter Batu Tiga dan kawasan kediaman sekitarnya).
- Projek berkaitan seperti RTB Anak Sungai Damansara telah mencapai kemajuan tinggi dan hampir siap sepenuhnya.
Keseluruhan projek RTB Sungai Damansara
melibatkan kerja-kerja struktur berskala besar seperti pembinaan tembok banjir, kolam takungan banjir, rumah pam berkuasa tinggi, dan pendalaman sungai)
Ia dijalankan secara berperingkat merentasi dari hulu Sungai Damansara merentas daerah Petaling dan Shah Alam bagi memastikan impak perlindungan banjir yang menyeluruh.
Pokoknya, kerajaan tidak berdiam diri atau hanya reaktif terhadap kejadian yang berlaku. Masalah telah dikenalpasti. Peruntukan telah disediakan.
Penyelesaian menyeluruh telah direncanakan. Sebahagian rancangan tebatan banjir jangka pendek dan "quick wins" telah disempurnakan. Manakala penyelesaian projek jangka panjang sedang dilaksana.
Apa yang boleh dilakukan untuk menangani kejadian banjir kilat yang mungkin berlaku sementara keseluruhan projek utama disiapkan?
Harapan saya pelaksanaan projek ini tidak tertangguh. Malah kerajaan harus juga menilai semula beberapa langkah interim dan quick win di kawasan hot spot terbaru dan berisiko tinggi.
Saya akan terus membangkitkannya di Parlimen seperti yang saya lakukan sebelum ini. Selain turut mengadakan libat urus dan menyusuli perkembangan terkini dengan kerajaan negeri dan agensi yang berkenaan dari semasa ke semasa.
Usaha ini akan terus saya lakukan sehingga RTB Sungai Damansara disiapkan sepenuhnya sekitar tahun 2031.
.
Hampir empat jam bersoal jawab, meneliti dan mendapatkan penjelasan mengenai Tabung Haji.
Tanpa disedari, prosiding PAC yang berlangsung tengah hari semalam mengambil masa hampir empat jam.
Prosiding kali ini merupakan prosiding PAC kali ke-9 berhubung Tabung Haji, dengan kehadiran saksi, Tan Sri Abdul Rashid Hussin, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
Pelbagai persoalan dan perkara telah kami bangkitkan bagi mendapatkan penjelasan yang menyeluruh mengenai pengurusan, kedudukan serta hala tuju Lembaga Tabung Haji.
Sepanjang sesi, Tan Sri Rashid memberikan penjelasan dengan tekun, mengemukakan fakta, hujah yang rasional serta berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan institusi penting umat Islam ini.
Untuk rekod, sebelum dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji, beliau juga pernah berkhidmat sebagai salah seorang Pesuruhjaya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji.
Bagi kami di PAC, setiap persoalan yang dibangkitkan dan setiap penjelasan yang diberikan amat penting dalam memastikan segala aspek pengurusan Tabung Haji diteliti secara menyeluruh.
Tabung Haji bukan sekadar sebuah institusi kewangan. Ia adalah institusi amanah yang membawa harapan jutaan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji.
Justeru, aspek tadbir urus, ketelusan, akauntabiliti dan kemampanan kewangannya perlu sentiasa diberikan perhatian agar keyakinan para pendeposit terus terpelihara.
Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan Tabung Haji terus kukuh, berintegriti dan mampu melaksanakan amanahnya demi kepentingan umat Islam serta generasi akan datang.
.
Sebelum ke Parlimen pagi semalam, saya singgah di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam untuk bersama-sama meraikan penyempurnaan Program Mega Nutrisel oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Program Nutrisel Asas dan MegaNutrisel merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi menyediakan sarapan dan minuman petang kepada murid-murid sekolah melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026.
Dengan sasaran manfaat kepada 936,000 murid di seluruh Selangor, termasuk 126,000 murid di Shah Alam, program ini mencerminkan usaha memastikan anak-anak mendapat akses kepada makanan yang berkualiti dan berkhasiat.
Apa yang menarik, inisiatif ini bukan sekadar menyediakan makanan percuma. Lebih daripada itu, ia membawa mesej penting tentang pembudayaan gaya pemakanan sihat, pemilihan makanan bernutrisi serta pengambilan makanan yang betul dan seimbang sejak usia persekolahan.
Pelaksanaan program ini turut melibatkan kerjasama strategik Menteri Besar Incorporated (MBI), Yayasan MBI bersama rakan strategik seperti Farm Fresh, Gardenia dan Sunshine.
Kita mahu anak-anak bukan sahaja mendapat makanan yang mencukupi, tetapi juga membesar dengan pemakanan yang berkualiti demi perkembangan fizikal, kecerdasan minda dan kesejahteraan mereka.
Melabur dalam nutrisi anak-anak hari ini bermakna kita sedang membina generasi Madani yang lebih sihat, cergas dan berdaya tahan pada masa hadapan.
.
((Langsung)) Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (PMQT). PMX menjawab soalan (1) status Projek Trans Sabah Gas Pipeline (2) kawalan keselamatan dan koordinasi agensi penguatkuasaan kes penyeludupan dadah dan barang terlarang
.
https://t.co/diut0IGWNX
Parlimen Malaysia | Isnin, 2 November 2026.
Bahas Belanjawan JPM - Jabatan Wilayah Persekutuan
8 tahun berlalu, ada banyak pembangunan. Kampong Bharu masih ketinggalan.