Smart SBB FGV-MAFI, benih padi dipastikan berkualiti sebelum ditanam. Smart SBB mengutamakan benih padi berkualiti, baja yang menepati spekfikasi,pengurusan ladang yg cekap dan hasil yang maksimum. Ini saja cara dpt meningkat pendapatan pesawah.Anda mampu mengubahnya..Jom sertai
7 Julai 2022, Langkawi, Sesi libat urus dan majils penutup Bengkel Smart SBB MAFI. Keputusan secara kolektif telah tercapai dalam menjayakan program Smart SBB di seluruh negara dengan mensasarkan hasil purata nasionsl dari 3.5mt ke 7mt.Apa yg penting...kerjasama
4 Julai 2022, Langkawi-IPB,MAFI,IADA, LPP,DOA,MARDI, MADA,KADA DAN Syarikat peneraju SMART SBB termasuk GLC, KOPERASI,PPK dan syarikat swasta berkumpul untuk mencari solusi terbaik dalam memantapkan perlaksanaan Smart SBB MAFI di seluruh negara demi industri padi dan beras negara
21 Jun 2022, Melaka, Mesyuarat bersama MAFI dan SUK Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha memperkukuhkan sekuriti makanan negara terutamanya dalam industri padi dan beras.MAFI diketuai oleh YB Timbalan Menteri MAFI 1. Terima kasih YB Datuk SUK Melaka.
15 Jun 2022, Hari ini kita ke arah utara untuk hadir Mesyuarat Pemeriksaan Bajet bersama Kementerian Kewangan berkaitan Sektor Padi dan Beras, sesi libat urus bersama Persatuan Kilang-Kilang Padi Bumiputra dan memantau baja dan racun yang lewat diterima oleh pesawah. InshaAllah
16 Mei 2022, Sudah tiba masanya penggunaan air bawah tanah dalam penanaman padi. 3 musim setahun mungkin dapat dilaksanakan di seluruh negara. Kini jadual penanaman padi dilaksanakan hanya 2 musim sahaja kerana bergantung kepada sumber air hujan sepenuhnya. Apa pendapat anda.
12 April 2022, Sawah Sempadan, Selangor, di sini lah bermulanya program Smart SBB MAFI-FGV sehingga melahirkan beras wangi Malaysia jenama 'SAJI AROMA'.Kini bileh didapati di pasaran dengan harga RM35 beg 5kg.
Beras Wangi Malaysia - SAJI AROMA kini di pasaran. Usahasama FGV dan BERNAS melalui SMART-SBB di Tanjong Karang, Selangor. Pengeluaran beras negara akan terus ditingkatkan bagi mengurangkan import. SMART-SBB antara pendekatan baharu kerajaan.
Malaysia boleh, Satu halatuju yang jelas ke arah memajukan IPB negara, InsyaAllah industri padi beras wangi tempatan di peringkat upstream, midstream dan downstream akan diteroka dengan sokongan padu MAFI dan semua. Terima kasih
Kini kopi beras tempatan jenama brown rice telahpun menebusi pasaran luar negara ,Singapura dan Australia.Kini generasi muda amalkan minum kopi beras sebagai sarapan pagi. Mungkin beras wangi tempatan juga boleh kita eksport tidak lama lagi.
Sabtu 12 Mac 2022 -Hari ini Allah izinkan musafir ke Langkawi untuk menghadiri Bengkel Halatuju dan KPI industri padi beras bermula pada 12-14 Mac 2022. Semoga Allah permudahkan.
Sabtu 12 Mac 2022 -Hari ini Allah izinkan musafir ke Langkawi untuk menghadiri Bengkel Halatuju dan KPI industri padi beras bermula pada 12-14 Mac 2022. Semoga Allah permudahkan.
YB Menteri MAFI sendiri turun padang menerangkan terus kepada pesawah di kawasan MADA berkaitan smart SBB. Kini pesawah mendapat info yang jelas dan menyokong.
Skim insurans takaful akan mula diperkenalkan dalam sub sektor industri padi dan beras dengan kerjasama agrobank.Mafi sentiasa memastikan kebajikan pesawah di seluruh negara diutamakan.
Sesi dialog industri Agromakanan..Saya turut diberi peluang utk menerangkan program baru MAFI iaitu smart SBB dalam sub sektor industri padi dan beras. Ini adalah kerjasama strategik pesawah-peneraju-kerajaan dalam mengusahakan padi secara sistematik dan meningkatkan hasil padi.