“Jikalau kita tukar bolasepak tanahair is all because of you. No one else”
“Kita nak mereka percaya & salah satu cara mereka boleh percaya adalah apabila kita tunjuk perwatakan kita”
“Show your character. Fighting spirit”
This is our home.
Satu. Dua. Tiga.
MALAYSIA!
-TMJ-
The latest addition to the Harimau Malaya squad is Argentinian-born centreback Facundo Garces. He was a key player for Colon and joined La Liga club Deportivo Alaves earlier this year.
This was a surprise. Would love to know his lineage.
Belum pernah dalam sejarah KEADILAN, Presiden kena balun dengan walanon sendiri. Belum pernah dalam sejarah KEADILAN, Timbalan Presiden kena balun dengan walanon sendiri. Hampir semua respon terkesan dan bersimpati dengan ‘penganiayaan’ tersusun terhadap @rafiziramli. Jelas boleh dilihat di mana2 platform medsos. Ini petanda apa? Ini petanda PROTES daripada rakyat terutamanya akar umbi.
1998, rakyat bangun menentang penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim. Kini 2025, bila di persada kuasa, akar umbi ‘bangun’ menentang penganiayaan terhadap Rafizi Ramli. Tiada mana2 walanon yang waras boleh menerima penganiayaan ini.
Idealisma Reformasi dah ke laut! Parti derita sudah menjadi parti anak beranak. Sangkal lah macamana pun, itulah hakikat pada pandangan rakyat. Team HIRUK sudah nampak jauh lebih awal bibit2 kejatuhan ini. Belajarlah daripada sejarah. Kejatuhan mana2 Kerajaan rakyat adalah kerana kesombongan sendiri ketika di persada kuasa. Rakyat dan akar umbi menilai.
Rehatlah bro Rafizi Ramli. Akar umbi bersama kamu. Time will tell! 🫶🏼
Berikut terjemahan kenyataan Jorge "Polilla" Da Silva dalam Bahasa Malaysia mengenai panggilan Rodrigo Holgado ke pasukan kebangsaan Malaysia:
1. Da Silva terkejut dengan berita panggilan Holgado, yang pada mulanya didengar sebagai khabar angin.
2. Kelab menerima pengesahan rasmi untuk Holgado, tetapi ada ketidakpastian tentang dokumentasinya.
3. Kelab wajib melepaskan pemain semasa tarikh FIFA, tiada pilihan untuk menolak.
4. Da Silva mengkritik penjadualan liga Kolombia yang bertindih dengan tarikh FIFA.
5. Pasukan akan menghadapi situasi ini tanpa aduan, tetapi kekuatan skuad akan berkurang.
Untuk terjemahan rasmi, sila rujuk perkhidmatan profesional seperti Google Translate.
@rafiziramli Jalan2 nmpk vending machine ni: teringat kt YB @rafiziramli Menteri yg fokus mningktkn ekonomi rakyat marhaen drp yg mngkayakn diri , kroni & keluarga. Hanya Allah shj yg membalas nya. Teruskn berbuat baik & moga Allah redha. Fii amanillah❤️
Antonio Conte cipta sejarah di pentas Serie A selaku pengurus paling berjaya.
Buat julung kalinya, Conte menjadi pengurus pertama yang meraih kejuaraan Scudetto bersama 3 pasukan berbeza iaitu:
⚽️Juventus (11/12, 12/13, 13/14)
⚽️Inter Milan (20/21)
⚽️Napoli (24/25)
Beliau juga raih kejuaraan Premier League bersama Chelsea musim 2016/2017. GOAT.
@madani2025 PKR dah nak hancus. Geng #DAMAI akan percepatkan kehancuran PKR. Apa kata bakal Panglima Perang baru PKR @n_izzah. Reforbasi belum Reformati?
🚨Gabriel Palmero sertai Hector Hevel sebagai pemain baru Harimau Malaya yang berada di luar negara. Pemain kelahiran Sepanyol yang beraksi bersama CD Tenerife B baru berusia 23 tahun! 🇪🇸🇲🇾
@ASTROARENA
[Posting ulangsiar dan ditambaikbaik sempena Nuzul Quran].
IQRA’
1. Ustaz saya ajar masa kelas agama dulu. Ayat pertama yang turun kepada Nabi Muhammad SAW adalah “Iqra”.
[Kepada rakan bukan Muslim, “Iqra’” simply means “read/ learn”].
2. Ini menjelaskan betapa pentingnya Ilmu membaca dalam agama Islam. Ustaz juga katakan Allah suruh Nabi Muhammad pertama kali membaca bukan kitab Al-Quran. Kerana Quran pun tiada lagi pada masa itu. Allah hanya mahukan Nabi mula membaca dan menuntut ilmu.
3. Makanya, isterinya Khadijah membantu dia membaca kerana Nabi buta huruf sebelum itu. Dengan kebolehan membaca itu dia juga pelajari pelbagai Ilmu. Sampai menjadi pemimpin paling berpengaruh sepanjang zaman.
4. Makanya, masa tu Ustaz saya pesan, kalau umat kita nak kuat, kena banyak membaca, kena perluaskan ilmu. Bukan hanya dan semata2 ilmu agama. Perlu juga pelajari ilmu lain. Supaya kita tak bergantung dengan bangsa lain untuk berjaya.
5. Seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun, saintis Muslim terkenal. Mereka menuntut juga ilmu2 daripada Aristotle. Ilmuwan Greek terulung. Daripada situ, mereka perkembangkan ilmu lama dan buat teori2 baru.
6. Oleh itu, pada Ustaz saya. Ayat pertama Al-Quran itu sangat powerful. It simply means Islam letakkan budaya membaca dan ilmu yang paling atas. Tapi kita selalu lupa dan leka. Sekarang umat kita sangat kurang membaca.
7. Dulu, ada juga kita hari2 baca suratkhabar. Dari muka depan ke belakang. Sekarang dengan perkembangan media sosial, nak tengok paper pun tak sempat. Makanya, ramai yang bergantung harap kepada politician atau influencer nak dapatkan maklumat.
8. Kita kena ingat, surat khabar ada etika kewartawanan yang mereka kena patuhi. Tak boleh suka hati. Semua fakta kena diperhalusi dan disemak banyak layer, sebelum di print.
9. Namun, dalam media sosial kini, mana ada etika langsung. Parti politik dan politician bebas letakkan apa saja maklumat demi kelangsungan politik mereka. Influencer pun sama la. Mesti ada juga condong apa yang dia nak kita percaya.
[NB: To be fair, tuan puan boleh cakap, termasuk lah saya. Walaupun saya tak rasa saya influencer. Hanya seorang writer].
10. Jadi bagaimana kita nak dapatkan maklumat yang betul dan lengkap dalam era, ”misinformation dan troll” ini. Ini yang pakar cadangkan:
(i) Jangan hanya bergantung harap kepada politician/ influencers. Jangan terima bulat2 apa mereka kata. Kena tahu banyaknya propaganda politik di luar sana untuk menjajah minda. Untuk kita terima naratif mereka.
(ii) bahan propaganda ini tujuannya satu. Untuk semarakkan atau naikkan sentimen kita. Sama ada marah atau suka. Sama ada benci atau taksub.
(iii) Sekiranya tuan/ puan baca apa2 pun dalam media sosial, tambah isu semasa dan politik, dan rasa tersentap dan overwhelming, itu confirm bahan propaganda!
11. Kalau kita dapat bahan propaganda begitu, kita perlu tanya 2 soalan ini:
A. Adakah maklumat yang diberikan LENGKAP untuk saya rasa apa yang saya rasa?
B. Adakah maklumat yang diberi didokong oleh apa2 SUMBER/ BUKTI sahih untuk saya percaya dengannya?
Kalau satu atau dua2nya jawapan nya tidak, kita wajib abaikan saja bahan propaganda tersebut. Usah la dok percaya.
12. Contoh: “Jahanam Malaysia, Madani 28 bulan”.
Tanya pada yang cakap tu, jahanam macam mana? Apa fakta dan data yang ada?
Tanya juga, Kerajaan 17 bulan dan 15 bulan bagaimana pula. Apa beza mereka?
Pastikan juga, data yang diberi datang dari sumber sah. Bukan yang dipetik suka2. Pengundi kita sekarang bijak2 belaka.
13. Iqra’ dan Bacalah Malaysia… hanya dengan itu kita boleh jadi bangsa yang bermaruah, berilmu dan berjaya.
Salam Nuzul Quran 1446 Hijra.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
TERKINI
ALLAHUAKBAR
ISRAEL KEMBALI MENGGANAS DI GAZA
Pejabat PM Israel mengumumkan menamatkan gencatan senjata di Gaza dan tiada lagi rundingan fasa kedua. Kerajaan US sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan
Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan sekurang kurangnya 170 terbunuh dengan 77 terbunuh di Khan Younis
Wartawan Yousef Fares melaporkan bahawa serangan udara Israel dilancarkan secara besar besaran seperti berikut
- Serangan ke atas Sekolah Syariah Al Tabi'in
- Serangan ke atas Sekolah Al Rafi'i di Utara Gaza
- 3 serangan udara di Kejiranan Al Zaytoun
- Serangan ke atas Al Karama berhampiran Masjid Omar
- Serangan ke atas sebuah rumah D Deir AL Balah
- Serangan udara ke atas kawasan penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal di Kolej Rabat, Barat Khan Younis
- Pasukan Pertahanan Awam Gaza mengumumkan sebanyak 35 serangan udara dilancarkan Israel
- 8 terbunuh termasuk 5 kanak kanak di Bandar Gaza akibat serangan Israel. Jenazah telah dibawa ke Hospital Baptist Al Ahli
- 5 terbunuh termasuk 2 kanak kanak terbunuh dalam serangan udara di Al Mawasi. Jenazah telah dibawa ke Hospital Medan Kuwait
- 30 jenazah yang terbunuh sudah dibawa ke Hospital Nasser Khan Younis
- Pengarah Kementerian Dalam Negeri Gaza, Mejar Jeneral Mahmoud Abu Waftah antara yang gugur dalam serangan udara Israel ini
Harapnya bermula malam ini Masjid Masjid di seluruh negara mengadakan Qunut Nazilah ketika Witir untuk rakyat Gaza
Israel dah mengganas semula
Tiada daya upaya kita melainkan berharap kepada Allah Maha Perkasa