TAHUKAH ANDA? PROJEK JALAN PUN GUNA BIM!
Siaran infografik kali ini memaparkan perkongsian penggunaan aplikasi Building Information Modelling (BIM) dalam reka bentuk konsep infrastruktur jalan raya.
Model reka bentuk konsep BIM menerusi Level of Development 100 (LOD 100) bagi infrastruktur jalan raya dibangunkan bagi tujuan penentuan opsyen jajaran dan dihasilkan dalam bentuk visual 3D.
Platform utama yang digunakan dalam penghasilan model berkonsepkan 3D ini adalah Autodesk Infraworks yang boleh menghasilkan video animasi fly-through bagi memudahkan analisa dan keperluan asas reka bentuk. Perisian ini juga boleh menghasilkan model tapak sedia ada beserta aerial map yang diintegrasikan dengan fungsi Geographic Information System (GIS) menerusi persembahan digital 3D iaitu fungsi Model Builder.
Selain jalan raya, ia juga digunakan untuk model bangunan, aset-aset sedia ada serta model pemilikan tanah sedia ada (lot kadester).
Dipaparkan infografik untuk perkongsian bersama. Semoga paparan infografik ini dapat membantu dan bermanfaat buat semua.
Teruskan bersama kami.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
Pada hari terakhir, para peserta telah didedahkan dengan konsep pelaksanaan BIM di Cawangan Jalan berserta demonstrasi perisian Autodesk yang digunakan bagi projek infrastruktur
@CawJalanJKR@Esa1Ibrahim@Sharip73415059
28 Ogos 2024
Kursus BIM Manager : Asas Pengurusan telah dianjurkan pada 26-28 Ogos 2024 di Studio BIM Tingkat 20, Menara PJD. Pasukan BIM telah diwakili oleh Ir. @azmelyamin, Pn. Siti Hajar & En. Azrol
13 Ogos 2024
Kursus BIM : Asas Pengurusan Jalan & Jambatan Siri 2/2024 telah dianjurkan di Bilik Tacca, Tingkat 18 Menara PJD. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi setiap kompetensi BIM disiplin Jalan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ir. Azmel & En. Azrol Azmir
1 Julai 2024 - Mesyuarat Pemantauan Cawangan Jalan dan Jurutera Awam Penguasa Jalan Negeri dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ @IEsa2018
Mesyuarat bertujuan bagi memantau kemajuan projek Cawangan Jalan yang dilaksanakan diperingkat JKR Negeri, pembentangan arahan-arahan terkini berkaitan projek, membincangkan isu-isu pengurusan projek serta lesson-learnt projek contoh dan projek sakit.
@AlexNantaLinggi@RoslanisE@IPJKR_Official@moworksmy
30 Jun 2024 - Lawatan Kerja YBhg. Dato' PKCJ @IEsa2018 ke tapak projek, Projek Membina Jalan Baru Dari Kg. Gong Nangka ke Kg. Bukit Khor, Marang, Terengganu. Projek berjalan dengan lancar dan kemajuan didapati awal daripada jadual.
YBhg. Dato' PKCJ mengingatkan kontraktor agar mengekalkan momentum kerja agar projek dapat disiapkan seperti yang dirancang untuk kegunaan orang ramai.
Kerjasama diantara pihak JKR dan pihak kontraktor perlu sentiasa ada agar matlamat utama dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan kualiti dan masa yang ditetapkan.
@AlexNantaLinggi@RoslanisE@IPJKR_Official@moworksmy
30 Jun 2024 - Lawatan Kerja YBhg. Dato' PKCJ @IEsa2018 ke tapak projek, Menaiktaraf Jambatan Merentasi Sg. Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Marang, Terengganu.
Turut hadir sama Pengarah Pembinaan Pasukan Pengurusan Projek Khas PIPC Dan Khas Jalan (PPKJ) @rozitams1 Bahagian Pengurusan Projek, Bahagian Rekabentuk Jalan Dan Jambatan, PMO, Bahagian Pengambilan Tanah Dan Utiliti, Bahagian BIM CJ.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat kemajuan projek serta sesi pembentangan terhadap penggunaan Building Information Modelling (BIM) yang telah diadptasikan bagi projek ini.
@AlexNantaLinggi@RoslanisE@IPJKR_Official@moworksmy
Program kerjasama Autodesk Asia & Pertubuhan BIM M'sia ini bertujuan utk meningkatkan thp kompetensi/ kefahaman peg tapak bina, kontraktor & perunding projek BIM RMK-12 (keperluan teknikal, kontrak & Piawaian BIM JKR)
@autodeskasean@CawJalanJKR@Esa1Ibrahim@Sharip73415059
26-27 Jun 2024
JKR BIM Trail 2024 (Zon Timur) telah dianjurkan di Hotel The Grand Puteri, Kuala Terengganu. Pasukan BIM diwakili oleh Ir. @azmelyw , Puan Siti Maisarah & Pn. Siti Hajar telah hadir sebagai penceramah dan melakukan demonstrasi perisian Autodesk bagi BIM Jalan
Cawangan Jalan turut diwakili oleh Ir. Tou Yok San dari Bahagian Reka Bentuk Jalan Zon Tengah selaku penceramah. Kursus ini adalah sebahagian dari program Kompetensi BIM Manager
@Esa1Ibrahim@Sharip73415059@CawJalanJKR@ubimjkr@CREaTEJKR
4-6 Jun 2024
Kursus BIM : Asas Pengurusan 2 Siri 1/2024 telah dianjurkan di Makmal Petabyte, CREaTE. Pada 6 Jun 2024, Ir. @azmelyw & En. Azrol dari Pasukan BIM telah dijemput untuk mengendalikan sesi pendedahan kepada model infra jalan serta demonstrasi perisian Autodesk
14 Mei 2024
Kursus BIM : Asas Pengurusan Jalan & Jambatan Siri 1/2024 telah dianjurkan di Bilik Hibiscus, Tingkat 18 Menara PJD. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi setiap kompetensi BIM disiplin Jalan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ir. Azmel & En. Mohamad Khairani
10 Mac 2024 (Ahad) - Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina Baharu Jambatan Sungai Perangin, Oriental Village, Langkawi Kedah.
Disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya @ahmadmaslan. Turut hadir sama PCKJ @IEsa2018 dan Pengarah JKR Kedah, YBrs. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail.
@badio64@IPJKR_Official@moworksmy
20.12.23-Majlis Serahan SST(2 in 1) bagi projek Membina Jambatan Baru Di Jalan Bukit Kubur,Kulim disempurnakan oleh PKCJ @IEsa2018 di Bilik Mesyuarat Utama,Tingkat 5,Blok F kepada ZR Construction.Hadir sama wakil KKDW & CJ.
@badio64@NasriZulkipli@IPJKR_Official@moworksmy
20.12.23-Majlis Penyerahan SST(2 in 1) bagi projek Membina Jambatan Gantung Kampung Kurnia Diraja,Tampin disempurnakan oleh PKCJ @IEsa2018 di Bilik Mesyuarat Utama,Tingkat 5,Blok F kepada Pri-Tiara.Hadir sama wakil KKDW & CJ.
@badio64@NasriZulkipli@IPJKR_Official@moworksmy
21.12.2023 ( Khamis) : Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Central Spine Road Pakej 1 : Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan Seksyen 1D : Exit D228 (Persimpangan FT66) Ke Jambatan Sg. Lakit. Majlis disempurnakan oleh YBhg. TKPKR Sektor Infra @NasriZulkipli bertempat
Ruang Legar Aras 2, Menara Kerja Raya (Blok G).
Turut hadir sama PKCJ @IEsa2018, PKCKUB @SrZulHjYamat , PKJJ @Sharip73415059 & HOPT Ecer.
Tahniah diucapkan kepada Syarikat Perniagaan Monza Sdn. Bhd.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.
@badio64@IPJKR_Official@moworksmy