Perdagangan Malaysia mengekalkan momentum positifnya bulan lalu apabila eksport berkembang 18.4 peratus kepada RM95.59 bilion, pertumbuhan dua angka selama 12 bulan berturut-turut sejak September 2020.
https://t.co/yx0QxGLhaS
Keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih telah memberikan impak positif kepada prestasi perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.
https://t.co/Q7vszaC7FU
Warga AzminFC berharap dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang diperkenalkan Kerajaan akan membolehkan lebih banyak projek berintensifkan modal dan menyokong agenda pembangunan negara selaras dengan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Malaysia merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM107.5 bilion (69.8%) pada separuh pertama tahun ini
Katanya lagi, prestasi luar biasa ini juga membuktikan strategi Malaysia untuk meletakkan negara ini sebagai destinasi pilihan pelaburan yang menarik dan hab rantaian bekalan di ASEAN terutamanya untuk operasi pembuatan menunjukkan hasil positif.
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali telah memaklumkan tiga pendekatan utama yang akan diambil Kerajaan bagi mencerdaskan ekonomi Malaysia susulan pandemik COVID-19 ketika sesi penggulungan Perbahasan Titah Diraja pada Rabu.
Ketiga, Kerajan akan terus menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi, berorientasikan teknologi termaju seiring dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang memfokuskan kepada kelestarian jangka masa panjang dengan menekankan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Beberapa hari yang lalu, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak yang diwakili beberapa pegawai dan sukarelawan telah hadir untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada penduduk di Yan, Kedah.
https://t.co/Y11f50W4cl
Bagi yang belum mengetahui, Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) berteraskan lima parameter yang akan memainkan peranan penting memacu daya saing selain memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi pelaburan pilihan dunia.
Pada 21 April 2021, Kerajaan telah meluluskan dasar baharu itu yang mana akan bertindak sebagai kerangka pertumbuhan ke depan yang akan menjadi asas bagi pertumbuhan menyeluruh dasar pelaburan Malaysia.
Kesan pandemik COVID-19 telah mengubah corak permintaan pengguna yang memberikan penekanan kepada ekonomi digital khususnya perdagangan elektronik (e-dagang).
https://t.co/qrlukiGko1
Seramai 988,496 pekerja sektor pembuatan telah menerima vaksin dos pertama melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) manakala 881,978 pekerja telah menerima lengkap dos vaksinasi. Satu lagi kejayaan besar bagi sektor pembuatan.
Sumber: MITI