๐๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐จ๐ฌ๐ช๐ฎ๐ ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฒ ๐๐๐๐ @๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ง๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ข๐๐ข, ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค
Saya ingin menjemput seluruh warga Bagan Datuk dan semua yang berkelapangan untuk bersama-sama memeriahkan National Mosque Open Day 2026 yang akan berlangsung di Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk.
Program ini mengetengahkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, perkongsian ilmu, penyatuan ummah serta destinasi pelancongan Islam melalui pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut:
๐๏ธ 13 - 15 Ogos 2026
๐ Masjid Tuminah Hamidi & Dataran Bagan Datuk, Perak
Antara pengisian menarik:
โ Ceramah Khas bersama Al Fadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid dan Al Fadhil Ustaz Habib Najmuddin Othman Alkhered
โ Persembahan Kumpulan Qasidah
โ Street Soccer 3X3, Futsal & E-Sports
โ Pertandingan Azan, Mewarna & Demonstrasi Khat
โ Mosque Tour, Memanah, Brisk Walk, Sand Art, Giant Bubble Station serta pelbagai aktiviti komuniti
Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Jemput hadir beramai-ramai. Insya-Allah, kita jumpa di sana yaa.
#NationalMosqueOpenDay2026
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐ง๐๐ค-๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค
Alhamdulillah, saya amat berbangga apabila dimaklumkan anak-anak Bagan Datuk sekali lagi telah mengharumkan nama daerah kita apabila berjaya meraih 6 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam AG Little Gym Challenge Cup Selangor 2026.
Pencapaian ini membuktikan bahawa anak-anak Bagan Datuk bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menyerlah dalam bidang sukan apabila diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet, jurulatih, ibu bapa serta seluruh pasukan yang bertungkus-lumus sehingga membuahkan kejayaan yang cukup membanggakan ini.
Saya mendoakan semoga anak-anak ini terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan apabila beraksi di peringkat kebangsaan nanti. Insya-Allah, semoga lebih banyak kejayaan dapat dilakar.
#BaganDatuk
#BaganDatukNombor1
#AGLittleGymChallengeCup2026
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุข ุฅููููููู ุฑููฐุฌูุนูููู
Petang tadi, saya telah menerima satu perkhabaran yang amat menyayat hati mengenai pemergian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi atau lebih mesra dikenali sebagai Eddy bersama isteri, anak serta adik iparnya dalam satu kemalangan di Bentong.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa beratnya ujian yang sedang dihadapi. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan doa buat Allahyarham Eddy, isteri, anak serta adik iparnya. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐๐จ๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ฃ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐, ๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Alhamdulillah, Sukan Komanwel Glasgow 2026 telah melabuhkan tirainya dengan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat negara. Dengan hanya 59 atlet termasuk 22 atlet paralimpik yang beraksi dalam lapan jenis sukan, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang 8 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa sekali gus mengatasi sasaran yang ditetapkan dan mencatat pencapaian terbaik negara sejak tahun 2010.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai, petugas sokongan serta semua pihak yang telah bekerja keras mengharumkan nama Malaysia. Sama ada pulang dengan pingat mahupun tidak, setiap pengorbanan dan semangat juang yang dipamerkan tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyumbang kepada kejayaan ini, sekali gus membuktikan bahawa dengan persiapan yang rapi, semangat berpasukan dan iltizam yang tinggi, Malaysia mampu berdiri megah di pentas antarabangsa.
Semoga pencapaian di Glasgow ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus melakar lebih banyak kejayaan pada kejohanan akan datang. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia.
Well done kontinjen Malaysia. Anda semua kebanggaan negara! ๐ฒ๐พ
#TeamMalaysia
#Glasgow2026
#CommonwealthGames
#KitaSemuaTeamMAS
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐-๐๐ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ซ๐๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐
Alhamdulillah, genap 25 tahun Pergerakan Puteri UMNO terus mewarnai perjuangan parti dengan semangat dan keberanian yang tidak pernah luntur.
Dalam kesempatan ini, saya ingin memberikan penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli Puteri UMNO Malaysia yang diterajui oleh Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.
Sepanjang kempen PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan yang lalu, saya telah melihat sendiri kesungguhan anak-anak muda Puteri yang bekerja tanpa mengira siang dan malam.
Ada yang turun dari rumah ke rumah, menggerakkan media sosial, menyusun program dan menjadi tulang belakang jentera di setiap kawasan.
Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan yang dicurahkan.
Saya percaya Puteri UMNO akan sentiasa menjadi wajah anak muda yang dekat dengan rakyat, berani membawa idea baharu dan sentiasa bersedia memikul amanah demi parti. Semangat inilah yang perlu terus dipertahankan kerana masa depan perjuangan banyak bergantung kepada kekuatan generasi muda hari ini.
Selamat menyambut ulang tahun ke-25 Pergerakan Puteri UMNO. Teruskanlah berbakti dengan penuh keikhlasan dan teruskanlah menjadi inspirasi kepada generasi wanita muda negara.
#PuteriUMNO
#25TahunPuteriUMNO
#IniZamanKita
#PerkasaPuteriPemangkinPerubahan
GRADUATES DETECTION STUDY UPDATE EMPLOYMENT STATUS
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
Just click this link to check detail of endorsement in Ministry of Higher Education https://t.co/No9DPesTqm
This is my status below
๐๐จ๐ฅ๐๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ ๐๐ข ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ง๐, ๐๐ฎ๐๐ก๐ข๐ง๐
Sebelum bertolak pulang, saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin, Kuching.
Bersempena sambutan Hari Guru, khutbah Jumaat pada hari ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM, dengan tajuk โMembangun Karakter Karamah Insaniah.โ
Alhamdulillah, gembira dapat meluangkan masa bersama para jemaah di sini. Terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Darul Hana atas sambutan dan layanan yang begitu mesra.
Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya mendoakan agar setiap langkah dan usaha kita semua sentiasa diberkati dan dipermudahkan dalam segala urusan, di mana jua kita berada. Insya-Allah.
#MasjidDarulHana
#Kuching #Sarawak
#HariGuru2025
CZ(@cz_binance) made a test trade on #APX an hour agoโhe longed $MUBARAK at an entry price of $0.149 and took profit at $0.165, earning $380.
https://t.co/BxWdgERsGb
1/ How did I turn $1,000 into $30,000 with smart money?
I found a SmartMoney in $MATIC in June that is very good at buying lows and selling highs.
I added this address to my watch list.
A whale deposited all 2.25M $UNI($13.71M) to #Kraken 2 hours ago, likely to cut losses.
The whale accumulated 2.25M $UNI($15.57M) at an average price of $6.92 between Sept 7, 2023 and Nov 18, 2024.
At its peak, the whale had an unrealized profit of $26.5M but is now down $1.86M.
Address:
0xd9A5a717D17Bd49d2D71565a8E3F238898bbbFe7
This guy made $1.36M on $GANG in just 40 minutes, a 253x return!
He spent 22.5 $SOL($5.4K) to buy 7.75M $GANG and sold it for 5,642 $SOL($1.37M), making a profit of 5,620 $SOL($1.36M).
https://t.co/KxAj0gsufw