Media sosial kini telah menjadi kaedah alternatif untuk berhubung dengan seseorang. Ada yg dapat berjumpa semula dengan kenalan lama setelah berpuluh tahun tidak bertemu. Ada yg berkenalan dengan kenalan baharu dan mengenali pelbagai budaya, perniagaan dan bermacam-macam maklumat
Namun dalam keghairahan kita menggunakan laman sosial itu, ada adab-adab dan peraturan yang perlu kita patuhi sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT.
Bila sebut bahasa kurang sopan, tergambar perkataan kotor, mencarut dan ayat-ayat maki hamun yang keluar daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial. kita seharusnya menghindarkan diri kita dari perbuatan yang tidak sopan ini.
Selain itu, terdapat juga golongan yang menyebarkan berita yang tidak sahih. berita palsu mungkin disebar atas faktor peribadi seperti untuk tujuan membahayakan reputasi individu atau perniagaan. Beberapa medium digunakan pelaku untuk tujuan penyebaran berita palsu.
Selain akaun media sosial, platform beli-belah dan perkongsian video dalam talian juga menjadi sasaran. hal ini merupak satu perkara yang dilarang dalam agama.
Antara adab yabg perlu dijaga dalam media sosial ialah Mencegah diri daripada melakukan sindiran dan penghinaan terhadap orang lain sama ada dalam bentuk gambar atau komen kerana menghormati orang lain itu merupakan satu kewajipan di sisi syariat dan moral.
Seterusnya tidak berkata atau mengeluarkan pendapat terhadap khabar angin yang akan mendorong kepada fitnah dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
✅ Inilah kaedah yang sering digunapakai oleh musuh-musuh negara dan para pengkhianat anak bangsa. Mereka menyebarkan berita-berita palsu atau memutarbelitkan maklumat yang tidak diketahui sumbernya sehingga sukar untuk mengenalpasti sama ada ianya benar atau palsu.
Bahkan mereka juga menambah info-info lain berbentuk gambar atau video bertujuan untuk menjadikannya sebahagian dari maklumat asal seterusnya menyebabkan kesulitan kepada pembaca membezakan maklumat yang betul atau salah.
Tujuan pemalsuan ini berkemungkinan disebabkan faktor politik, sosial, ekonomi atau ketenteraan selain daripada kebencian, dendam dan ingin mengancam keamanan masyarakat❗
Natijahnya, sebagai manusia tidak mengira umur, agama dan bangsa, kita hendaklah prihatin dan berhati-hati sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak mengguris dan mencemarkan perasaan serta usaha individu atau pihak lain.
"Jari punca ke neraka"😱
haa korang mesti nak tahu kan apa punca jari sampai boleh masuk neraka😉
peringatan ini khas untuk diri saya sendiri dan kepada semua yang membacanya✌️
#AdabDiMediaSosial
Perkongsian ihwal #AdabDiMediaSosial : Isu penggunaan bahasa atau kata-kata kesat di media sosial memberi kesan negatif kepada seluruh pengguna media sosial.
💬: Adakah anda tahu rantaian berita palsu yang menular dengan pantas banyak memberi impak yang negatif kepada masyarakat dan negara?🤔
#AdabDiMediaSosial