Kita dah masuk Hari Asyura!
Pulak malam ni malam jumaat.. akan berakhir pada jumaat petang esok.
Meh kita save doa2 mustajab untuk dibaca mlm ni.
Allah Maha mendengar akan setiap rintihan hamba2 Nya. Gabungkan sekali dengan sedekah, ia antara amalan utama hari Asyura dan penarik rezeki.
Semoga segala kebaikan, doa, dan harapan yang dipanjatkan dikabulkan serta diberkahi, wahai yang maha mengabulkan doa 🤲
Ramai orang silap faham pasal Hari Arafah.
Mereka ingat persediaan cuma perlu dibuat pada pagi hari kejadian. Akhirnya, 3 jam pertama habis melopong sebab tak tahu nak mula zikir atau doa apa dulu.
Satu thread ringkas macam mana nak "secure" 15 jam terbaik tahun ni. 👇
Puasa Hari Arafah ni satu 'deal' yang terlampau besar. Lapar dan dahaga sehari jer, tapi Allah padam dosa kita untuk 2 tahun. Sediakan niat awal-awal supaya pagi tu kita tak ada rasa ragu-ragu nak bangun.
Tolong tulis "Dua List" korang malam ni juga. Jangan bajet ingatan kita kuat. Bila tengah nangis depan sejadah nanti, otak automatik jadi kosong. Bila ada nota fizikal, barulah semua hajat dunia akhirat kita dapat sebut satu-satu.
Waktu paling kritikal ialah antara Asar ke Maghrib. Ini waktu kemuncak. Letak telefon dalam laci, tutup segala notifikasi. Angkat tangan dan boraklah dengan Allah seolah-olah ini peluang terakhir kita hidup.