Duhai anak kecil.... dunia ini sangat zalim...moga kamu berbahagia di syurga kini.....
Muhammad Al Fateh Amri - lapan bulan...... dipercayai dibunuh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Jumaat lalu.
Lebih menghibakan, bayi berkenaan adalah anak pertama pasangan yang baru dikurniakan zuriat setelah 14 tahun usia perkahwinan dan baru lima hari menghantarnya ke Taska berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi 6 September lalu, Al Fateh meninggal dunia selepas pengasuhnya didakwa membedung, menyumbat botol susu menutup dengan kain dan menekup muka bayi berkenaan dengan bantal.
Tindakan pengasuh wanita berusia 34 tahun itu dilihat menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebelum polis menahan reman pengasuh berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Pengasuh zalim berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Sumber video: FB Mohd Fikry Amri (Bapa Al Fateh).
Dari dulu lagi aku dah syak depa ni mesti still amalkan ajaran sesat tu lagi tapi sebab depa banyak kali rebrand, orang pikir depa dah insaf. Nope. Let me share my experience waktu aku berjiran dengan family gisb ni.
Hari ni Khairulaming dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana.
I took the opportunity to introduce him to a Malaysian breakfast sambil bertukar pendapat mengenai tourism exchange between Malaysia and New Zealand, trade exports of halal meat and dairy, nature preservation and the potential export of local SME products to New Zealand 🇲🇾🇳🇿
Eight years ago, I filmed my first cooking video while sitting on the floor. Today, I have the privilege of sitting next to the Prime Minister of a renowned nation. Keep hustling, you’ll be amazed at where life can take you 🙏🏻
Menurut Imam As-Syafie, sesiapa yang terlalu berlebihan bergaul dengan manusia akan berteman dengan teman-teman yang buruk sifatnya sedangkan terlalu berlebihan mengasingkan diri akan membawa kebencian orang terhadap dirinya. Jangan terlalu ramah, jangan terlalu menjauh.