JAM ROLEX UNTUK PALESTIN
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92)
Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.
Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia - selaku Mufti Wilayah Persekutuan - untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.
Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam untuk mengambilnya.
Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri. Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi.
Menjunjung kasih DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini. Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati.
Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.
Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen.
10 Aplikasi paling tinggi muat turun di App Store setakat 26 Julai:
1. MONOPOLY GO!
2. Scopely, Inc.
3. MAE by Maybank2u
4. MyJPJ
5. KWSP i-Akaun
6. BSNSecure
7. CapCut - Video Editor
8. JPJeQ
9. TikTok 틱톡
10. Google Maps
- Similarweb
Semlm kita try pula balik dari Kajang ke Ampang ikut SUKE Highway. Berdesup perginya weihh.. selalu lebih setengah jam nak sampai Ampang sbb jem melekat dan byk traffic light, tp bila naik jer SUKE.. nahhh 1.55pm naik, pukul 2.04pm dah sampai Ampang 😍
#sukehighway#infrarakyat
Airbnb: sediakan tempat tinggal tanpa miliki rumah
Grab: sediakan pengangkutan tanpa miliki kenderaan
Foodpanda: sediakan makanan tanpa miliki restoran
Joe Flizzow & Azri Walter: sediakan barbershop tanpa miliki rambut
Bangkit dan kerja keras ya, nak!
Ada perut untuk diisikan.
Ada hutang perlu dilunaskan.
Ada keluarga untuk dibahagiakan.
Ada masa depan untuk dicerahkan.
Moga rezeki kita semua melimpah ruah hari ini. No Monday Blues!
Temuduga Terbuka Secara Jumpa Terus!
PROLINTAS membuka peluang kepada sesiapa yang berkelayakan bekerja sebagai jurutol. Temuduga secara terbuka akan diadakan pada 19 Januari 2023 (Khamis) pada masa dan tempat seperti yang tertera.
Jom datang temuduga, permohonan dibuka!
Sempena kehangatan isu Pertandingan Jawatan Presiden UMNO, saya ingin kongsikan sejarah pertembungan Calon Presiden UMNO dalam sejarah parti tersebut. (Bebenang)
1) Tunku Abdul Rahman pernah dicabar.
1/10