HAD MASA
Kes pembunuhan Wan Ahmad Faris sudah terabai sejak 2013. Sudah masuk 13 tahun.
Tahun 2016, Mahkamah Koroner telah memutuskan bahawa Allahyarham Faris bukan bunuh diri, tetapi dibunuh oleh orang lain.
Namun keputusan bertulis hanya diperoleh keluarga pada Januari 2025, setelah berkali kali dituntut.
Pertama kali Team Justice for Faris membaca keputusan tersebut, kami tahu jalan keadilan ini tidak akan mudah.
Salah satu halangan utama ialah HAD MASA.
Dalam kes saman cuai, undang undang menetapkan had masa 6 tahun dari tarikh kejadian, atau dari tarikh kecuaian itu diketahui. Selebih dari itu, sudah tidak boleh ambil tindakan.
Dalam kes Faris, terdapat dua pihak yang cuai:
1. Pihak sekolah dan Yayasan Islam Kelantan (YIK)
yang merobohkan tempat kejadian kurang daripada sebulan selepas pembunuhan, walaupun siasatan polis masih berjalan.
2. Pihak PDRM yang culas dalam siasatan. Bukti tidak diendahkan, termasuk barang peribadi mangsa yang dibuang hingga terpaksa dikutip sendiri oleh ibunya.
**********
Bagi PDRM dan Kerajaan Persekutuan, pada Julai tahun lalu Team Justice for Faris telah memulakan proses saman.
Walaupun dibantah atas isu had masa, peguam berjaya mematahkan bantahan tersebut dan Mahkamah bersetuju kes diteruskan pada April tahun depan.
Ini adalah kemenangan pertama keluarga di Mahkamah.
Hujah kami jelas. Kecuaian PDRM adalah berterusan.
Siasatan masih berjalan. Tahun ini pula, dua DNA lain ditemui pada kain pelekat mangsa.
Maka kes ini tidak wajar ditutup.
Alhamdulillah, Mahkamah bersetuju.
**********
Namun bagi pihak sekolah dan YIK, ini bukan sekadar kecuaian biasa.
Ini melibatkan pengabaian keselamatan pelajar, tohmahan bahawa mangsa bunuh diri, dan kelewatan sehingga mayat hanya ditemui selepas dua hari.
Ini kecuaian yang lebih serius berbanding PDRM.
Selama 13 tahun, ibu bapa dan peguam telah menulis, memohon pertemuan, malah menghantar memorandum.
Namun semuanya diabaikan. Tiada satu pun jawapan.
Pemimpin negeri juga jarang bertanya khabar atau melawat keluarga, walaupun YIK berada di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.
YB kawasan Pasir Mas sendiri, tempat ibubapa Faris mengundi, belum pernah melawat keluarga. Mengumpulkan peguam pun tidak.
**********
Sebaliknya, ada pula yang terlebih rajin.
Bergambar di hadapan sekolah.
Membawa wartawan.
Membina naratif bahawa mangsa bunuh diri kerana dirasuk.
Bagaimana kita mahu percaya sebahagian agamawan kita?
Sanggup memomokkan umat bahawa seorang Hafiz Al Quran membunuh diri kerana dirasuk, dan tempat kejadian perlu dirobohkan kerana pelajar takutkan hantu?
Apa guna hafal kitab suci, kalau jin syaitan datang ustaz cabut lari?
**********
Minggu lepas, saya memohon kepada YB Fadhli Shaari untuk membantu pengundinya sendiri.
Mengumpulkan peguam di Kelantan agar kita dapat menyaman YIK atas kezaliman ini.
Namun beliau memilih untuk berdiam diri.
Mengelak daripada mengambil tanggungjawab.
Maka kita faham. Perjuangan keadilan yang dilaungkan selama ini hanya terpakai kepada musuh politik.
Bila melibatkan kelompok sendiri, semuanya didiamkan.
Kata hikmah:
“Of all bad men, religious bad men are the worst.”
Kerana mereka merasakan mereka memegang kunci syurga dan neraka.
Now we can see their true colours.
**********
Moga Allah membantu kita semua menegakkan keadilan untuk Faris dan keluarganya.
Seperti kata Makcik Ani, beliau akan berjuang hingga ke hujung nyawa.
Insya Allah, kami akan mengumpulkan lebih ramai insan baik untuk membantu.
Mohon doakan Faris selalu.
Salam hormat,
Team Justice for Faris
NB: Gambar rombongan di hadapan sekolah pada tahun 2014. Membawa naratif fitnah bahawa Faris membunuh diri kerana dirasuk.
#JusticeForFaris
A stark example of Palestinians’ daily reality before October 7 under Israeli occupation: Israeli soldiers unleash dogs to violently attack and arrest a terrified Palestinian child.
VIDEO | Israeli National Security Minister Ben Gvir, outside the Knesset chamber, celebrates the passing of the death penalty law for Palestinian detainees, describing it as historic and saying, “Soon we will count them one by one.”
BREAKING:
Israel just killed two of the most prominent Lebanese journalists in Jezzin, South Lebanon.
Fatima Ftouni
Ali Shoeib
They stayed on the front lines since day one, despite the danger, so the world could see the truth.
TERKINI
IRAN AKAN PERTAHANKAN GAZA
Kor Pengawal Revolusi Iran IRGC mengeluarkan amaran keras kepada Israel. Jika Israel terus menyerang orang awam Palestin dan Lubnan. Iran akan melancarkan serangan ke atas IDF di Utara Israel dan Semenanjung Gaza tanpa syarat dan tanpa henti
@TMT_arabic I was young when I watched this video. If I remember correctly, it was 1987. Israeli soldiers broke the arms of two Palestinian children with stones. Zionists don't believe they're bad, but we don't need to believe it because we know. They should be ashamed of being human.
Israel is wiping out critical bridge after critical bridge in South Lebanon.
Civilians can’t flee.
Ambulances can’t reach the wounded.
Entire communities are cut off from food, medicine, and essential supplies.
This is intentional.
This is a crime against humanity.
Mojtaba Ali Khamenei, pemimpin baru Iran, mengumumkan bahwa lebih dari 600 ribu tentara Iran telah menuju Selat Hormuz hari ini untuk mempertahankan perairan dan wilayah Iran.
Ini adalah contoh kekuatan dan kedaulatan yang mandiri berdiri sendiri menghadapi seluruh dunia. Salut untuk mereka. 🇮🇷