Saksikan sorotan sekitar Majlis Perhimpunan Hari Sarawak 2026 yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu sempena Sambutan Hari Sarawak 2026.
Majlis ini menghimpunkan ribuan rakyat daripada pelbagai kaum dan latar belakang bagi bersama-sama meraikan Hari Sarawak serta memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan kebanggaan sebagai anak Sarawak.
Saksikan sorotan Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku ASEAN dan Festival Kaligrafi Perpaduan 2026 yang menghimpunkan budaya ilmu, industri perbukuan serta warisan seni tulisan dalam satu platform yang meraikan kepelbagaian dan perpaduan masyarakat.
Festival ini turut menjadi medan yang mempertemukan penulis, penerbit, pengkarya dan masyarakat dalam usaha memperkasa ekosistem perbukuan serta memelihara warisan budaya untuk generasi akan datang.
Pls help this 17 year old boy who is selling watermelon juice where the price is determined by the customer, as he cannot count. Sometimes people give 50 sen only ! He is located in Pasir Gudang, Johor. @onnhafiz@tmjdtfc@maszlee
Perpustakaan Desa (PD) Kampung Batu Laut bukan sekadar ruang membaca, malah berfungsi sebagai pusat rujukan maklumat yang sahih serta hab aktiviti komuniti setempat.
Selain menyediakan pelbagai bahan bacaan, perpustakaan ini turut menawarkan kemudahan internet (Wi-Fi), program pinjaman buku berkelompok untuk agensi luar, serta pelbagai aktiviti interaktif seperti program 'Jom Baca', sambutan Hari Merdeka, dan kelas membaca (KECA).
Dengan persekitaran yang kondusif, selesa, dan mesra pengguna, PD Kampung Batu Laut sentiasa komited dalam menyokong agenda digitalisasi dan melahirkan masyarakat yang berilmu.
Ayuh bersama-sama memanfaatkan kemudahan yang disediakan!
Pemerkasaan dan peremajaan sektor permuziuman terus menjadi fokus utama Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memelihara khazanah warisan negara serta memperkukuh pembinaan negara bangsa. Pelbagai inisiatif strategik dilaksanakan bagi memodenkan institusi muzium agar lebih relevan, berdaya saing dan dekat dengan masyarakat.
Pelan Strategik Kementerian Perpaduan Negara 2026–2030 dan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian Perpaduan Negara 2026–2030 menjadi dokumen strategik yang akan memandu hala tuju kementerian bagi tempoh lima tahun akan datang. Kedua-dua pelan ini dirangka bagi memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa, memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta memacu transformasi digital selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Pelan Strategik KPN 2026–2030 memberi tumpuan kepada lima teras strategik yang merangkumi 12 strategi dan 33 inisiatif, manakala PSP KPN 2026–2030 menggariskan tiga teras utama dengan 7 strategi, 21 program dan 55 subprogram bagi memperkukuh ekosistem digital, infrastruktur teknologi serta tadbir urus ICT kementerian.
Turut diperkenalkan ialah Rubrik Penilaian Impak Polisi (PIP) sebagai instrumen pemantauan yang lebih sistematik untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan setiap teras, strategi dan inisiatif, sekali gus memastikan setiap dasar dan program memberi impak yang jelas kepada agenda pembinaan negara bangsa dan perpaduan nasional.
Teringat dulu, selalu pergi foodcourt Menara PNB untuk set ayam kunyit. Rindu nak makan, tapi jauh pulak. Jadi kita buat sendiri dengan sambal totok jawa. Selmat mencuba!
From social peace and harmony, to the role of religion and interfaith engagement, the journey towards unity begins with trust, dialogue and mutual understanding.
Malaysia’s diversity is our strength. Guided by the values of the Rukun Negara and a shared sense of belonging, we continue to strengthen our collective identity as one nation.