Couples in healthy relationships also argue, have different opinions, feel frustrated, insecure and bored at times. Healthy doesn't mean perfect. What makes a relationship perfect is HOW you choose to move through those challenges TOGETHER.
Suami Isteri, bayi setahun maut motosikal bertembung kereta
Norzamira Che Noh
[email protected]
Shah Alam: Tiga beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 53 Jalan Klang - Banting - Port Dickson, dekat sini, tengah hari semalam.
Mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri yang menunggang motosikal bersama bayi perempuan mereka yang berusia setahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, siasatan mendapati kereta Perodua Ativa yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 30-an datang dari arah Sepang menghala ke Banting.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu wanita itu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal Yamaha 135LC yang bergerak terus dari arah Banting ke Sepang.
"Akibat perlanggaran itu, penunggang dan dua pembonceng tercampak dan jatuh ke permukaan jalan raya.
"Penunggang dan pembonceng yang berusia 20-an ialah pasangan suami isteri serta anak mereka yang berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan berkenaan boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Taneshwaran Seritharan di talian 012-6708561 atau 03-31872222.
Disiarkan pada: Mei 25, 2025 @ 10:38pm
Artikel : Harian Metro
********
• Nama-nama arwah kes kemalangan warga Sijangkang di Jln Banting - Tg. Sepat
Suami = Muhammad Azarith Farhan bin Zulkifli
Isteri = Norsyahadah binti Asmadi
Anak = Nur Halwatuzahra (2 tahun)
As usual My unpopular opinion 🫣🥹. As I love gender study.
I can totally understand why Fazura did and say what she said about her marriage. It does bring back to him working and receiving salary in her company.