Izinkan aku tambah sikit. Aku nak tujukan tweet ni khas untuk anak-anak Kelantan dan Kedah yang mengundi PAS di sana tapi menetap (menyewa) dan bekerja di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang. Dalam erti kata lain adalah walaun-walauntit. Rakyat Kelantan dan Kedah yang nakkan perubahan di negeri masing-masing dikecualikan.
Korang menetap di negeri-negeri maju seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang yang tiada masalah keperluan asas manusia sambil mencari rezeki. Kalau bahasa kasarnya, merempat dan mencari makan di negeri orang, kemudian mengata rakyat di negeri-negeri tersebut dengan tak tahu malunya.
Ya, memang Malaysia ni negara berdemokrasi dan rakyat berhak untuk memilih mana-mana parti atau pemimpin untuk mentadbir negara dan negeri-negeri tapi jangan sampai terlampau taksub dengan agenda parti pilihan korang, sanggup membiarkan rakyat yang menetap dan bekerja di negeri korang tu merana dan menderita dengan masalah keperluan asas yang sepatutnya tidak menjadi satu masalah besar. Korang sedap menikmati air bersih tanpa henti dan percuma/murah di negeri lain yang korang mengata tu tapi keluarga korang di Kelantan dan Kedah setiap hari terpaksa tadah air untuk mandi, masak dan sebagainya akibat nak mengekalkan "Keislaman" di negeri-negeri korang. Secara tak langsungnya, itu adalah satu kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain sebab korang dah nampak punca kepada masalah-masalah tersebut tapi membiarkannya terus memudaratkan orang lain sementara korang hidup senang di negeri lain. Adakah itu ajaran Islam?
Kalau rakyat di negeri-negeri maju seperti di Selangor dan Pulau Pinang yang ada kerajaan negeri nak berbangga dengan parti yang memerintah negeri-negeri tersebut, tiada isu sebab kerajaan negeri diorang menjaga segala kebajikan rakyat dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tiada masalah besar seperti tiada air bertahun-tahun. Di Selangor, bila kali terakhir masalah air berlaku? Dah lama tak berlaku kan? Kalau ada masalah air berlaku, kerajaan negeri mampu menyelesaikan masalah tersebut dalam masa 24-72 jam berserta NOTIS dan bantuan bekalan air yang sangat pantas. Boleh tanya rakyat Selangor pasal ni kalau tak percaya termasuk aku sendiri. Lain pula di Kelantan, dengan air tak ada, kotor pula tu, rakyat pula terpaksa terus membayar bil air walaupun tak ada air, adil ke tu?
Berhentilah menuding jari kepada orang lain demi nak menutup kesalahan sendiri. Jangan bagi alasan-alasan yang tak masuk akal untuk memperbodohkan rakyat sendiri hanya kerana mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling sebaliknya, tengok diri sendiri kenapa masalah-masalah tersebut tidak selesai sejak korang dilahirkan sampailah dah kahwin dan dah ada cucu-cicit. Sama macam di tempat kerja, korang tak boleh menuding jari kepada orang lain atas kesalahan korang sendiri, harus bertanggungjawab ke atas masalah tersebut dan cari jalan penyelesaian. Kalau tidak, sampai bila-bila masalah tersebut tak selesai.
Pada PRU-15 yang lepas, jelas ramai rakyat Kelantan khususnya yang menetap dan bekerja di sana serta warga emas nakkan perubahan di negeri mereka dan mengundi parti selain daripada PAS untuk mentadbir kerajaan negeri. Siapa yang menghancurkan harapan mereka? Pengundi-pengundi (walaun-walauntit) yang merempat dan cari makan di negeri-negeri maju. Balik ke Kelantan undi PAS, lepas tu balik semula ke negeri-negeri maju tersebut untuk menikmati segala manfaat kat sana.
Kesimpulannya, sedarlah diri wahai walaun-walauntit. Gunalah akal yang diberi tu dengan baik. Jangan aniaya orang lain hanya kerana terlampau taksub kepada agenda parti pilihan hati. Kepada rakyat Kelantan dan Kedah yang nakkan perubahan di negeri masing-masing, korang ada satu lagi peluang iaitu pada PRN-15 ni.
Tolong buat benda ini banyak kali :
1. Bantu mak ayah
2. Sedekah, tolong orang
3. Berkorban masa, tenaga untuk orang
4. Bantu selesai masalah orang
InsyaAllah nanti rezeki kamu akan melimpah ruah dan tak disangka-sangka. β€οΈβ¨
Jumpa dah.. Ni lah botol air yang Alif Satar viralkan kelmarin tu. Walau jenama lain, tapi produknya sama. Minum air kosong saja tapi kelirukan otak kita seolah kita minum air buahan mengikut pod perisa yang kita guna.. Banyak juga perisa dia, tengok di https://t.co/Px3Y1a39gY
Those yang ada plan nak beli rumah, make sure to keep these documents and susun cantik-cantik. Bank akan tengok bila nak apply for housing loan nanti
A short thread ππ»ππ»ππ» ππ»ππ»
Tadi i borak dengan someone, i tanya how to increase productivity
Dia jawab, based on buku dia baca,
Bila nk start sesuatu n kau rasa malas, try count
5,4,3,2,1 β¦. N start kerja
It will tell your unconscious mind to get ready n start focus
kalau kaki korang cepat berpeluh and time bukak stokin bau memang tak boleh bawak bincang. better korang beli ni. spray sekali ja dekat kasut sampai petang kaki korang selesa
kalau spray dekat kasut yang nak simpan, kasut memang tak hapak langsung. ni botol ketiga dah aku repeat