Malam ini, sambil duduk di sofa, saya membaca Surah Fātir.
Baru membaca ayat pertama sahaja, hati sudah berbunga-bunga dan terasa tidak sabar untuk berkongsi.
Namun, sebagaimana sunnah para salaf, bacaan surah sebaiknya dihabiskan terlebih dahulu sebelum berhenti.
Ayat pertama dimulai dengan pujian kepada Allah.
Indah benar susunan dalam ayat ini.
Allah diperkenalkan sebagai Fātir bagi langit dan bumi.
Fātir bermakna mencipta, membentuk, mengukir sehingga menjadi sempurna dari tiada kepada ada.
Tetapi yang benar-benar menarik perhatian saya ialah pada bahagian seterusnya dalam ayat ini:
"Dia menjadikan malaikat sebagai utusan."
Kita biasa mendengar bahawa utusan Allah ialah para nabi, bukan?
Namun sebenarnya, malaikat juga merupakan utusan Allah.
Diutus dengan tugas-tugas tertentu, membawa wahyu, menjaga alam, dan melaksanakan perintah-Nya tanpa pernah ingkar.
Kemudian Allah menyebut:
“Mempunyai sayap, ada yang dua, tiga dan empat.”
Para malaikat, makhluk yang sangat indah.
Mereka adalah makhluk bersayap. Mereka boleh terbang, bergerak dengan kepantasan yang tidak terjangkau oleh imaginasi manusia.
Jumlah sayap para malaikat menggambarkan kedudukan dan tugas yang diberikan kepada mereka.
“Allah menambah dalam ciptaan apa yang Dia kehendaki.”
Bukan sekadar dua, tiga atau empat.
Allah berkuasa mencipta sesuatu yang jauh lebih hebat daripada itu, melampaui jangkaan dan logik manusia.
Malaikat Jibril, ketua para malaikat, mempunyai 600 sayap.
Daripada setiap sayapnya permata dan yaqut yang berwarna-warni berguguran.
MasyaAllah.
Indahnya ciptaan Allah.
“Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.”
Allah yang menciptakan langit dan bumi.
Allah yang mengutuskan para malaikat.
Allah yang menentukan bentuk, kekuatan, dan tugas setiap makhluk.
Membaca ayat pertama Surah Fātir terasa seperti membawa fikiran melayang, meneroka alam makhluk yang tidak mampu dicapai sepenuhnya oleh akal manusia.
Maha Hebatnya Allah.
SITI NURHALIZA brought festive magic to the stage with “Bila Hari Raya Menjelma,” a beloved Raya classic from her album “Anugerah Aidilfitri”
#siticoncert
Kenapa Allah gunakan “نحن" / “kami” di dalam al-Qur’an?
Boleh dengar penjelasan daripada Ustaz Salman Ali حَفِظَهُ الله.
Tadi saya dengar ceramah Ustaz Salman Ali حَفِظَهُ الله sambil jalan petang, tiba-tiba terdengar soalan macam OP tulis.
Video asal: https://t.co/CcqnQqPqzM
Kenapa ketika baca surah al-Fatihah pada ayat yang kelima, إيّاكَ نَعْبُدُ (Hanya kepada-Mu kami sembah); kalimah إيّاكَ dibawa ke depan?
Kenapa bukan نَعْبُدُكَ (Kami sembah-Mu)?