Laporan RCI Tabung Haji dibincangkan secara panjang lebar di Podcast YBM Episod 57.
Pada Disember 2015, Gabenor Bank Negara telah menghantar surat menaikkan bendera merah. Tabung Haji sudah berada dalam keadaan negatif.
Saya telah bangkitkan. Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji ketika itu pula menjawab bahawa saya berbohong.
Kemudian saya didakwa.
Sepuluh tahun kemudian, laporan RCI setebal 252 muka surat mengesahkan perkara yang sama.
Yang saya nak semua perhatikan bukan soal siapa betul siapa salah. Itu dah selesai.
Yang perlu diperhatikan adalah ini:
Yang beria mengetuk meja di Parlimen pada 2019 menuntut RCI Tabung Haji ditubuhkan ialah UMNO dan PAS.
Yang menyatakan RCI tidak diperlukan ialah Mujahid Yusof Rawa.
Hari ini, orang yang sama inilah yang bertanya mana sakaunya.
Digital footprint tidak hilang.
Dalam video pendek ini saya kupas latar belakang penuh.
Surat Tan Sri Zeti. Penyata kewangan yang disemak tahun demi tahun.
Pertahanan aset Bank Islam yang tidak menjawab apa-apa. Hibah yang sudah menjadi skim Pak Man Telo menjelang 2015.
Dan sebab sebenar kenapa dakwaan 2019 itu digugurkan.
Tonton penuh kupasan Laporan RCI Tabung Haji di Podcast YBM Episod 57:
https://t.co/WMxJOv3W4g
You abandoned your base for 3.5 years. We pleaded, begged, screamed.
You said you didn't want to rock the boat, this was a coalition government.
From Azam Baki and Farhash, to ostracizing Rafizi and destroying PKR and PH from within. Meanwhile, UMNO said screw you and used you to clean their image.
95% of the Chinese and Indians voted for you and you spat on them.
25% of Malays in urban areas voted for you but you were more interested in Kelantan and Kedah.
The wave that began in 2007 will end in 2027. Yes, you became Prime Minister but the cost was the entire movement.
Rest in peace, Pakatan.
' Anak anak tanya tak ada baju raya ke ...'
Bekas jurulatih bawah 23 tahun KDA FC, Rosle Darus sebak berkongsi cerita di atas kesulitan yang di hadapi rentetan kegagalan bekas majikannya melunaskan gaji tertunggak sejak 2 tahun lalu.
Innalillahiwainnilahirojiun. Alfatihah buat coach, berat nya dugaan coach smpai ini pengakhirannya. Tepuk tangan la siapa yang aniaya Arwah Coach Olie. Menjawab la di akhirat nanti.
🥹
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
3 𝘑𝘶𝘯 2026
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
Kami mengesahkan bahawa 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan menyertai Pilihanraya Negeri Johor 2026.
Keputusan ini dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara. Perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dari Johor untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini.
PRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu.
Penyertaan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 membina jentera pilihanraya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihanraya- pilihanraya yang akan datang.
Bertepatan dengan hasrat ini, siri jelajah 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 ke negeri-negeri akan bermula di Johor pada 6 Jun 2026 (Sabtu) ini di Danga Bay Convention Centre jam 8 malam.
Siri jelajah yang dinamakan 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.
𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan melawati setiap negeri seperti berikut:
Melaka
𝘏𝘰𝘵𝘦𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢, 𝟳 𝗝𝘂𝗻
Negeri Sembilan
𝘚𝘦𝘳𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯, 𝟭𝟯 𝗝𝘂𝗻
Perak
𝘐𝘱𝘰𝘩, 𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗻
Kelantan/Terengganu Utara
𝘒𝘰𝘵𝘢 𝘉𝘩𝘢𝘳𝘶, 𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻
Pahang/Terengganu Selatan
𝘒𝘶𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯, 𝟮𝟭 𝗝𝘂𝗻
Selangor Utara/Tengah, 𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗻
Selangor Selatan, 𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Pulau Pinang, 𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Kedah/Perlis, 𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Kuala Lumpur
𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢, 𝟭𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Selangor Barat
𝘚𝘩𝘢𝘩 𝘈𝘭𝘢𝘮, 𝟭𝟮 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Selangor Timur
𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯, 𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Tarikh dan tempat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat terkini dan pendaftaran kehadiran boleh dibuat di pautan https://t.co/nOUTHK88GI.
Kami berterima kasih kepada ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan rakyat Malaysia yang telah memberi dorongan yang memberangsangkan setakat ini.
Insya-Allah, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan menggembleng usaha rakyat biasa untuk merintis kempen dalam PRN Johor 2026 yang positif, inovatif dan berfokus kepada masa depan.
3 𝘑𝘶𝘯 2026
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔,
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
DUN Johor telah dibubarkan, apa nak jadi dengan BERSAMA?
Perancangan mengenai BERSAMA, termasuk memperkenalkan BERSAMA ke negeri-negeri, telah dirancang lebih awal sebelum pengumuman membubarkan DUN dibuat.
Kebetulan, negeri pertama yang menganjurkan state tours, atau jelajah ke negeri-negeri, adalah Johor.
Jelajah Kancil ke negeri-negeri adalah seperti berikut:
Johor - Sabtu, 6 Jun 2026, 8 malam di Danga Bay Convention Centre
Melaka - Ahad, 7 Jun 2026, 8 malam di Hotel Seri Malaysia, Melaka
Tarikh-tarikh seterusnya:
Negeri Sembilan - di Seremban, Sabtu 13 Jun
Perak - di Ipoh, Ahad 14 Jun
Kelantan/Utara Terengganu - di Kota Bharu, Sabtu 20 Jun
Pahang/Selatan Terengganu - di Kuantan, Ahad 21 Jun
Selangor Utara - Sabtu, 27 Jun
Selangor Tengah - Ahad, 28 Jun
Selangor Selatan - Rabu, 1 Julai
Pulau Pinang - Sabtu, 4 Julai
Kedah/Perlis - Ahad, 5 Julai
KL - di Setiawangsa, Sabtu, 11 Julai
Selangor Tengah - di Shah Alam, Ahad, 12 Julai
dan berakhir di Selangor - di Pandan, Sabtu 18 Julai
Maklumat lanjut mengenai setiap acara dan kempen BERSAMA akan dipaparkan di laman kempen BERSAMA di pautan ini:
https://t.co/nOUTHK88GI
Sila pilih kempen mana yang hendak disertai atau akan hadir; daftarkan nama anda untuk membantu urusan logistik.
Untuk kempen hari Sabtu dan Ahad ini, jumpa saya dan Nik di Danga Bay Convention Centre pada hari Sabtu dan Hotel Seri Malaysia, Melaka pada hari Ahad.
Mohon sebarkan kepada seramai mungkin dan bimbing rakan-rakan yang ingin hadir untuk mendaftar di pautan Kempen BERSAMA.
Jelajah negeri-negeri ini akan disiarkan di YouTube dan TikTok Live di saluran saya.
Jumpa hari Sabtu dan Ahad ini.