Nak jual barang baby
Bukan niat nak dapat untung duit. Benda preloved kan. Murah sangat nak letgo seknika benda yg tak pakai dah.Crib, baju, botol susu, pam susu, carrier. Toys pun ada
Duduk luar bandar pun nasi dgn ayam goreng ada la selit sikit sambal/sos dan salad- harga RM10
Dah jadi normal dah
No...no...no...!!!
Tak normal lah
Tu lah tu. Harga ayam sekor pun dah berapa kan
Punya la lonely suri rumah ini, sampaikan mesej Whatsapp dari collection point shopee masuk pun happy semacam
Not because of happy parcel dh sampai. Tapi ada mesej masuk π
Aje kesian komer ooiii. Apalahhh teruk beno life sampai gini ghopernya
Kid v2.0 gigit biji rambutan sambil tengok tv
Sampai la tv tengok dia
Kenapa mak selalu letih?
Nk alert anak buat apa. Yg sorang lagi senyap tu buat apa
Mak tak boleh sakit (tgh demam), 24/7 kena cctv mode. Al maklum la..suri rumah, kena rapi serba serbi. Expectation tinggi
Aaa..anakku udah pandai mengadu dekat apaknya
Apak keje no hal. Dia p voice message. Apak dgr, apak marah mak. Waaaaaa......
Sedih pedih. Protect anak kemahennnn. Mana teamwork?? Teamworkkkk???
Aku ni tahap nak ucap tahniah kat mak kawan anak dapat masuk mssd pun tergagau mencari perkataan dalam otak
Allah. Betul la terjadi. Speech delay. Dgn social skill melemah. salam pun tak terucap. Harap muscle memory je senyum. Harap jgk apa deme nmpak ikhlas la, bukan sinis
Usaha mencari lewat malam
Menerima info daripada warga maya menerusi aplikasi "threads", Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bertindas pantas cuba menghubungi wanita tersebut.
Beliau mengakui telah keluar daripada rumah sewa akibat masalah kadar sewaan terlalu mahal dan mendakwa tidak dikembalikan bayaran deposit sewaan rumah sehingga beliau telah membuat laporan polis.
Hasil perbualan, pihak SSU cuba mendapatkan lokasinya bermalam untuk pihak kami turun menyantuni serta berbincang apakah bantuan yang dapat kami hulurkan.
Wanita tersebut memberikan lokasi dan telah maklum pada sekitar jam berapa akan berada di lokasi tersebut.
Pihak SSU Zakat Selangor menunggu sehingga lebih 2 jam di lokasi tersebut, kemudian beliau maklumkan ada kecemasan kerana anak demam, pihak kami minta lokasi klinik dan beliau berikan.
SSU terus bergerak ke lokasi, sampai di klinik hampir 1 jam kami menunggu, pihak klinik maklumkan tiada pesakit yang datang dalam tempoh waktu ini dan beliau gagal dihubungi.
Sehinggalah jam 4 pagi pihak SSU menerima pesanan di aplikasi "whatsapp" menyatakan beliau ke hospital dan tidak dimaklumkan lokasi hospital.
Sehingga kini, wanita ini tidak dapat dihubungi dan kami tidak tahu sejauh manakah kebenaran beritanya. Pihak kami berusaha santuni sebaiknya, namun tempoh masa yang sangat panjang membuatkan kes lain tergendala.
Kepada warga maya, sekiranya menerima berita, jangan terus mudah mengecam, selidikilah, kami juga sentiasa berusaha memberikan santunan terbaik, namun jika sehingga menjejaskan tenaga dan masa petugas kami yang juga perlu menguruskan kes lain, ianya dilihat amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
Sampaikan kepada kami info orang memerlukan, kami semak, siasat dan santuni sebaiknya. Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor sentiasa ada buat anda. Insya-Allah.
Kredit: ibnuhusain
Random conversation waktu dinner tadi
Kid v2.0 : kenapa rambut awak warna hitam?
Kid v1.0 : dah kenapa. Nak warna apa? Pink?
Kid v2.0 : boleh. Tapi saya suka warna rainbow
Kid v1.0 : Ha. Esok saya buat (sambil bawak pinggan ke sinki dapur)
Kid v1.0 dh malas layan la tuuuuu π
Cuti sekolah kan. Standard la. Ni mak jumpa dalam peti ais. Pemadam dalam ziplock plastic bag terendam dalam air
Kalau pelikΒ² punya perangai biasa hat kid v2.0
Lepas berbelas tahun baru dpt tukar mesin basuh baru. Kalau tak disebabkan water inlet rosak, maybe bertangguh lagi nak beli mesin kapasiti lebih sesuai dgn isi rumah semasa π
Im losing this battle
Fed up ke eh? Putus harapan tu sama ke maksud dia? Atau dah takde daya?
Apa la perkataan tepat utk situasi ni...
Jom kita tgk apa akan jadi pada tweet ni tahun depan (or the next year) π¬π¬π¬
Stress weh
Apehalll
Ha kau...dah eja double triple sama huruf tu, tebal hallll dia, lidah melekat di pangkal lelangit
Maksudnya betulΒ² stress la tu π€
Planning ahead
mak cadang nak join event sunat anak ramaiΒ²
Masalahnya, skrg dh tak wujud event tu area sini π₯Ί
nak kena berbaikΒ² dgn geng kampung hujung sana kot ada lg event tu next next year