8 Punca Rezeki Dalam Al Quran
1. REZEKI ANAK
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
(Al-Israaโ 17:31)
2. REZEKI YANG DIJAMIN ALLAH
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(Hud 11:6)
3. REZEKI PERNIKAHAN
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nuur 24:32)
4. REZEKI BERSYUKUR
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: โDemi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah kerasโ.
(Ibrahim 14:7)
5. REZEKI TAK TERDUGA
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
(At-Talaaq 65:2)
6. REZEKI KERANA USAHA
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
(An-Najm 53:39)
7. REZEKI SEDEKAH
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(Al-Baqarah 2:245)
8. REZEKI ISTIGHFAR
โSehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
(Nuh 71:10)
โ(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
(Nuh 71:11)
Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
Doa sewaktu rasa tidak sedap hati/tidak tenang :
ุญูุณูุจููู ุงูููู ููููุนูู ู ุงููููููููู ุ ููุนูู ู ุงููู ูููููู ููููุนูู ู ุงููููุตูููุฑู ุ ูููุงู ุญููููู ูููุงู ูููููุฉู ุฅููุงูู ุจูุงูููู ุงููุนูููููู ุงููุนูุธููู ู
Letak tangan kat dada, ulang banyak kali. Insya-Allah hati akan jadi lega. โค๏ธ
Lesson from surah kahf: a rejection, a loss, a delay isn't always a deprivation. It is indeed Allahโs devine help to protect you. give you better and reward you.
Salah satu rezeki yg kita selalu terlepas pandang, Allah pertemukan kita dgn orang yg baik-baik. Tanpa kita sedar, orang-orang tu laa yg banyak tolong kita ๐๐ผ
Men would not advise other men "Jangan ikot nafsu kahwin dua" but are willing to advise women not to get divorced even though she's in pain. Patriarchy and misogyny are poison.
If you can't help others, don't hurt them. In the end, what counts is your character and the impact you have on others. Life is too short. Live a life that matters.
Beside every great man is a great women who stands equally beside him as a pillar of strength, support & love โ empowering, cherishing & lifting each other through the ups and lows! A heartily tribute to DSH Anwar Ibrahim & DS Dr. Wan Azizah, our 10th PM & First Lady of Malaysia!