Agak besar harapannya seorang aku. Agar mereka yang menzalimi, bersilang kaki di atas kerusi buatan Itali, hirup Jus Oren dibikin amah yang digaji, mati.
Mungkin picisan bagi mereka. Kata mereka, semua sudah melepasinya dan kamu juga boleh. Tapi dugaan datangnya dalam pelbagai saiz. Picisan buat mereka, gedang buat kamu.
Sabar. Seolah perkataan itu tidak beri apa makna. Ia hanya satu perkataan yg ditanam di bibir, mereka yang tidak tahu sengsaranya kamu. Ya, untuk kamu rasa lebih senang dan berharap.
Kamu tenang saja di sana ya. Aku tau hidup ini makin larat. Mau tumbang dihimpit dugaan. Tapi kamu meski ingat, Tuhan tidak akan uji umatnya yg lemah. Kamu yg terpilih. Bingkas bangun ya.