Next time @MarrybrownMY jangan la tanya kalau orang tak pilih menu ni dah.
Better beli @KFCmalaysia , Texas chicken Or @McDMalaysia.
Beli bukan harga promo…
SPESIES BAHARU DIJUMPAI : Krustasea Kecil di Gua Makam Penyu!
Para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nakhon Ratchasima Rajabhat University dan Kasetsart University telah menemui spesies baharu copepod (sejenis krustasea kecil) dari Gua Makam Penyu di Pulau Sipadan, Sabah. Nama saintifiknya adalah Peltidium penyu!
Penemuan ini mencatatkan rekod pertama genus Peltidium di perairan Malaysia, malah kali pertama ia ditemui di dalam gua marin. Jom kenali lebih dekat!
🔍 Spesies baharu: Peltidium penyu
Ciri fizikal: Badan leper dan lebar seperti tempurung penyu, dengan corak rangka kitin yang unik.
Ciri istimewa: Antena 7 segmen (berbanding 6 segmen pada saudara terdekatnya), 3 hujung pada maksila, dan seta kecil pada maxilliped.
Habitat: Dikumpul di zon gelap Gua Makam Penyu, kira-kira 20–24 m dalam, menggunakan perangkap cahaya yang diletakkan berhampiran sisa rangka penyu hijau.
🤝 Kisah di Sebalik Penemuan
Pasukan penyelidik dari Malaysia dan Thailand menjalankan ekspedisi menyelam gua untuk mengkaji kepelbagaian hidupan di ekosistem unik ini. Nama epitet penyu diberikan kerana spesies ini dijumpai di Gua Makam Penyu, serta bentuk krustasea ini yang menyerupai cangkerang penyu.
💡 Kenapa Ini Penting?
Penemuan ini adalah pertama untuk Malaysia dan pertama untuk genus Peltidium dalam persekitaran gua marin. Kebanyakan saudaranya hidup di padang rumput laut dan alga. Jadi bagaimana ia sampai ke dalam gua? Para penyelidik menduga bahawa penyu mungkin bertindak sebagai “pembawa” secara tidak sengaja. Ini membuka cara baharu tentang cara hidupan mikro tersebar di habitat tersembunyi.
🤔 Tahukah Anda?
Gua Makam Penyu di Pulau Sipadan terkenal dengan tinggalan rangka penyu hijau yang terperangkap di dalamnya. Kini gua yang sama menjadi lokasi penemuan spesies baharu yang dinamakan sempena penyu itu sendiri, satu lagi bukti betapa kayanya biodiversiti tersembunyi di Malaysia.
Jom muat turun rujukan spesies ini di https://t.co/YhoVhXwJmh+
📄 Rujukan:
Boonyanusith, C., Wongkamhaeng, K. & Azman, B.A.R. (2026). Peltidium penyu, spesies baharu kopepoda gua marin dari Pulau Sipadan, Sabah. Raffles Bulletin of Zoology, 74: 142–154.
Kebanyakan orang ingat minyak semua sama.
Sebenarnya tidak.
Minyak mentah lebih ringan atau cerah dan rendah sulfur, sebenarnya yang paling mahal.
Sebabnya lebih mudah dan murah untuk ditapis maka menghasilkan banyak produk minyak yang bernilai tinggi (petrol, bahan api jet)
Tapi..
Minyak mentah yang lebih berat atau gelap pula, memerlukan proses penapisan yang lebih kompleks, menggunakan banyak tenaga, dan menghasilkan banyak produk bernilai rendah.
Perbandingan ringkas gred minyak utama senang je. Lagi tinggi API gravity maksudnya semakin ringan minyak dan semakin mudah ditapis.
🇲🇾 Malaysia Tapis crud~43–45° Light sweet
Sangat ringan, sulfur sangat rendah
🇮🇷 Iran Iran Light ~33–36° Medium-light
Sesuai untuk banyak kilang penapis
🇷🇺 Russia Urals crude ~30–32° Medium sour
Perlu lebih banyak proses untuk buang sulfur
🇻🇪 Venezuela Merey / Orinoco ~8–16°
Hitam pekat
Minyak yang lebih ringan → kos penapisan lebih murah → margin keuntungan lebih besar.
Jadi minyak Malaysia bukanlah minyak murah. Sangat terkenal dan menjadi rebutan seantero dunia.
Kebanyakkan Minyak "Manis" Malaysia dieksport keluar negara dgn harga yg tinggi dan Minyak "Masam" dr luar diimport masuk juga kos pemerosesan di Malayaia lebih murah ...
Semoga Allah selamatkan kaum muslimin, wanita-wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa di Iran 🇮🇷 dan negara-negara kaum muslimin yang lain 🇸🇦🇶🇦🇰🇼🇧🇭🇦🇪🇮🇶.
اللهم آمين
Imagine fail Eipstein yang berstatus "Boleh didedah kepada awam" pun dah senggama minda, ada babak2 makan orang ,makan budok.
Yang status "Sulit" tu agak2 apalah ye? Tak mustahil benda2 yang lagi bodoh & disturbing.
Benda sama jika nak buka acc bank. Kesian staff aku yang umur 18,19 tahun kena paksa buka asbf. Masih mentah nak berfikir, join jela sebab tak reti nak menolak. Baru nak merasa hidup bergaji dah terpaksa tanggung komitmen yang tak patut.
Ramai orang lupa yang sebenarnya menghabiskan setahun tanpa masuk hospital atau menangis di kubur itu satu nikmat yang besar. Kita patut bersyukur sebelum sedar betapa mahalnya kesihatan dan nyawa orang tersayang. Alhamdulillah.
Inilah dia Rembayung, restoran pertama Khairulaming. Selepas berbulan-bulan buat persediaan, akhirnya kita bersedia untuk membuka tirai.
Berpuluh jenis juadah kampung dan minuman disediakan. Kuih muih pun ada juga. Di rembayung kita tak ada VIP room, semua orang dijemput menjamu selera beramai-ramai
Doakan perniagaan kami dipermudahkan dan kami semua tak sabar nak nantikan kehadiran anda 😊