Datuk Seri @DrZalihaMustafa menjelaskan status Malay Agricultural Settlement (MAS) di Kampung Baru kurniaan Sultan Selangor bermula pada tahun 1900, lebih awal daripada penggubalan Enakmen Rizab Melayu 1913, menjadikannya warisan istimewa dalam sejarah pemilikan tanah orang Melayu.
Kawasan ini ditadbir melalui kaedah khas dengan perlindungan undang-undang lebih ketat berbanding Tanah Rizab Melayu, termasuk larangan pemilikan dan pendudukan oleh bukan Melayu.
PENDIDIKAN PERCUMA MELALUI PTPTN
Bermula 2026 - mana² keluarga miskin berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,705 kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui PTPTN.
Sebanyak RM120 juta diperuntukkan utk inisiatif ini. 💪🏻
Terima kasih @anwaribrahim & @MOFmalaysia!
Mulai 2026, 9 juta penerima STR akan terima SARA RM100 setiap bulan.
1 juta penerima STR e-kasih akan terima RM200 setiap bulan.
Kategori bujang pula terima SARA RM50 setiap bulan.
Berita baik utk B40. 🔥
Plg tidak, lepas beli susu anak setiap bulan!
Alhamdulillah. 🤲🏻
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri @DrZalihaMustafa tegaskan sekali lagi bahawa tanah Kampung Sungai Baru bukan berstatus Malay Agricultural Settlement (MAS) seperti Kampong Bharu, sebaliknya merupakan tanah pajakan 99 tahun.
Kampung Sungai Baru terbentuk hasil kerja pengalihan, pelurusan dan penambakan Sungai Klang pada tahun 1967, yang mewujudkan kawasan tanah baharu seluas kira-kira 16 ekar.
Ia tidak termasuk dalam tanah M.A.S. Kampung Bharu, malah tiada rekod rasmi menunjukkan ia diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.