Kalau rasa tak selesa dengan seseorang, rasa tak sekepala, rasa tak dihormati, pelan-pelan cuba bina jarak, jauhkan diri. Tak perlu susah payah bergaduh atau explain itu ini. Hidup ni mudah kalau tak banyak 'drama'.
Hidup dalam kenangan yang tak membahagiakan. Terbawa-bawa pula dengan persangkaan demi persangkaan seolah-olah dunia ini hanya penuh kejahatan.
Sejenis kebodohan.
Berapa banyak masa telah terbuang dan berapa banyak jiwa harus menderita kerananya?
Mungkin ada hal yang kita tak sependapat. Tapi tak perlulah tunjuk-tunjuk sangat. Banyak lagi hal lain yang boleh menyatukan kita, yang kau suka dan aku pun suka. Tak perlu bermusuh pun sebenarnya.
#BondaNor
Antara cabaran jadi penulis ialah orang fikir semua penulisan kita adalah tentang hidup kita. Kesian, ada juga orang yang tak faham tentang ilham. Dulu, jenuh cuba explain supaya orang tak salah faham. Sekarang, hanya senyum dan diam. Tak semua persoalan perlu huraian.
#BondaNor
Bosan juga kalau hidup kita sentiasa sama setiap masa. Sekali sekala, biarlah ujian Allah memeriahkannya.
Sebab tu, saat terpaksa harung situasi yang kita tak suka, raikan saja. Sesungguhnya itulah yang memberi warna pada kehidupan kita.
#BondaNor
Salahkan orang tak bantu hati kita cepat tenang. Lebih baik fokus cari salah sendiri. Kalau jumpa, baiki.
Kalau dia tak nak berubah, dialah yang rugi. Yang penting, kita mesti jadi lebih baik!
#BondaNor
Apabila berlaku sesuatu ujian, jangan fokus pada 'sakit' yang kita rasa tapi fokus pada ilmu atau pengajarannya. Baru kita dapat manfaat daripada ujian itu.
Hubungan mesti bersifat dua hala. Aku faham kau, kau faham aku. Mesti ada give and take. Aku beri ini, kau beri itu.
Tapi kalau hanya satu pihak saja yang berusaha, memang susahlah nak bertahan sebab sesabar-sabar manusia pun akhirnya tetap akan bosan.
#BondaNor
Hidup ini tidak perlu dibayangi soal kesilapan. Lebih penting lagi soal pembetulan. Sejauh mana kau bersungguh-sungguh mahu perbetulkan?
(Bonda Nor, Penulis)
Menulis sebagai dakwah santai! Perjuangan Bonda Nor! Bimbing masyarakat kongsi ilmu dan pengalaman! | Cerita komuniti oleh reporter berpengalaman
https://t.co/bELHf8Aq70
FB: https://t.co/VyZ2TBf6fQ
"Kalau dulu berbicara soal hidup buat jiwa kita mati, maka biarlah kali ini berbicara soal mati buat jiwa kita hidup"
Bonda Nor, page 85, Be Strong
#BeStrong
πππ π£π¨π‘ππ‘ ππ‘πππ¨ππ‘πππ₯ ππ π ππππ‘ππ π₯ππ ππππ‘
Selesai Sharing dan Nasihat yang disampaikan oleh dua jemputan khas influencer media sosial iaitu Sukri Sulaiman Production dan BONDA NOR.
#TMBS#TeguhPertahan
βTerengganuMajuBerkatSejahteraβ
Rujuk al-Baqarah 214. Tengoklah betapa baiknya Allah. Masa Dia bagitau nak bagi ujian, dalam ayat yang sama Dia dah direct bagitau yang Dia juga sedia bagi bantuan. Kita cuma perlu percaya, perlu minta dan lepas tu, sabarlah tunggu bantuan-Nya tiba. Tenang-tenang saja.
Belajarlah daripada kesilapan.
Mulianya Adam terletak pada taubat dan pembetulan.
Hinanya syaitan terletak pada ego dan kedegilan.
Belajarlah.
Jangan lagi diteruskan apa yang dimurkai Allah.
Bimbang nanti kau yang parah dibelenggu kaffarah!
Kadang bila kau terlebih menunjuk hero, kau lupa orang lain pun bukannya bodoh.
Kadang bila kau cuba menjadi orang itu dan orang ini, kau lupa yang kau sedang meletihkan diri sendiri.
Be humble to be yourself, gais!
Indahnya ukhuwah! Bonda Nor siapkan buku dalam sehari! Tanda penghargaan buat Prof Kamil, isteri! | Cerita komuniti daripada reporter berpengalaman
https://t.co/6RX7YVP4mI
FB: https://t.co/VyZ2TBf6fQ