Korang pernah tak teringin nak masak sedap sedap untuk family tapi peralatan dapur tak lengkap..
Nah saya belanja anda semua video saya menggunakan pressure multicooker P10, teknologi yang power dari Cuckoo!
HOTEL TAMU DAN MASJID KAMPUNG BARU.
Hotel Tamu Kampung Baru ni dah jadi destinasi pelancongan ibadah ketika Ramadan.
Kalau duduk situ bulan Ramadan, korang akan nampak ramai orang pakai telekung dan pakaian solat pergi-balik jalan kaki ke masjid untuk solat 5 waktu.
Terasa macam berada di Makkah dan Madinah.
Kebetulan Masjid Kampung Baru seberang jalan je dari hotel. Ia antara masjid yang meriah dan aktif dengan aktiviti ibadah di KL.
Kenapa paling meriah?
1. Setiap malam Ramadan mereka buat 2 juzuk Al-Quran. Ketika Solat Tarawih dan Qiam. Qiamullail bermula dari 1 Ramadan.
2. Solat Tarawih 20 rakaat 1 juzuk tanpa witir. Habis jam 10:30 malam. Kemudian jam 3:45 pagi, Qiam 1 juzuk dengan 3 witir. 43 rakaat satu malam! Satu malam ada 6 imam bertugas. Dua kali khatam ketika Tarawih dan Qiam.
3. Jemaah solat fardhu lebih 600 orang setiap kali solat fardhu. Subuh je lebih 10 saf (satu saf 80+ orang).
4. Berbuka puasa setiap hari 1000 pax. Sahur 400-500 pax.
5. Bubur lambuk 18 periuk besar setiap hari. Tradisi sejak 20 tahun lepas. 1 periuk harga RM900. Setiap hari pukul 5:00 petang start edar bubur lambuk.
6. Jadi untuk sedekah makanan je, masjid belanja lebih RM30,000 setiap hari sepanjang Ramadan.
7. Ada aktiviti lain seperti kuliah subuh, tadarus dll setiap hari.
8. Bab makan lain juga tak payah risau, sebab Bazar Ramadan sebelah hotel ni sahaja. Dan banyak kedai makan menarik walking-distance.
Jadi penduduk luar yang nak rasa biah (persekitaran) ibadah begitu, mereka boleh jalan kaki je dari Hotel Tamu. 3:30 pagi ramai-ramai jalan kaki ke masjid.
Majoriti yang duduk situ niat nak ibadah dan iktikaf. Ada yang dah tempah berbulan awal.
Bila dikelilingi dengan ramai orang yang semangat beribadah, kita pun jadi kuat dan semangat nak banyakkan ibadah.
Begitulah.
“Daddy, kenapa daddy isap rokok?”
“Daddy isap rokok sebab masa zaman sekolah dulu daddy pernah kena penampar dengan atok sebab kantoi merokok”.
“Tapi tu kan salah daddy sebab isap rokok waktu sekolah?”
“Ye daddy tau. Tapi siapa suruh atok tegur daddy dengan cara kasar dan tak beradab? Tengok sekarang daddy dah jadi perokok tegar”.
“Oo. Sepatutnya kena tegur macam mana ye daddy?”
“Takde la. Etlis cakap la elok-elok kan. Tak perlu naik tangan atau maki-maki”.
“Kalau masa tu atok cakap elok-elok, daddy sure akan stop smoking?”
“Tak. Hehe”