Rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara dinasihat memuatnaik dan mengisi applikasi MyWorld Alert.
Melalui pautan yang disediakan, mereka yang berdepan dengan sebarang kesulitan dapat dibantu dengan segera. #AWANInews
Lukisan Tok Guru Nik Aziz Tidak Hangus Dalam Kebakaran PUTIK
KOTA BHARU – Sebuah lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung di dinding pejabat pengurusan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini didapati langsung tidak hangus meskipun premis berkenaan terbakar awal pagi Selasa.
Penyelia PUTIK, Raja Roslan Raja Yaacob berkata, lukisan itu yang telah menghiasi dinding pejabat lebih 20 tahun, masih berada dalam keadaan baik tanpa kesan terbakar.
“Selain lukisan tersebut, ayat Kursi yang digantung bersebelahan juga tidak terbakar,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kejadian kebakaran itu disedari sekitar jam 5 pagi selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bertugas.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1 Che Mazlan Mohamed berkata, kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal dan pejabat pengurusan PUTIK.
“Kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus,” katanya sambil memaklumkan bahawa punca kejadian masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan. -MYNEWSHUB
Rezeki bukan hanya yang datang lewat usaha, tapi juga lewat takwa dan tawakal.
Karena Allah berjanji dalam Ayat 1000 Dinar.
Dia akan mencukupkan bagi siapa yang berserah diri kepadaNya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
#repost