Pernah ulas sikit tentang ni dulu. Dia bukan sebab cuaca sangat. Tapi yang lebih sukar di negara kita adalah bab tanah. Ada kaitan dengan undang-undang tanah juga part ni.
Ada sorang kawan pernah terlibat dalam nego pengambilan tanah untuk buat LRT/MRT, semua orang kalau boleh nak jadi jutawan jual tanah. Tak nak harga pasaran.
Lepas tu, semua projek LRT/MRT ada bantahan sepanjang line. Semua taknak train line dekat dengan rumah sebab bising, rumah pecah, bergegar dsb.
Kalau lalu kawasan padang, sekolah, kuil, masjid yang free (awam) memang wajib kena ganti dengan macam-macam. Contoh, langgar sikit je tanah sekolah, dia minta surau besar untuk sekolah tu.
Kalau lalu tepi kawasan T20 lagilah. Siap dibatalkan station sebab ganggu kejiranan mereka. Ada yang station dah siap pun tak bagi buat lintasan pejalan kaki merentas jalan sebab takut jalan rumah mereka jadi tempat parking.
Lalu bawah tanah pun sama. Kes terowong SMART tu pun dilencongkan sebab ada yang tak setuju lalu bawah bangunan mereka.
Tengah buat, ada berapa banyak saman kena hadap kat mahkamah. Ada kena hold sebab ada perintah mahkamah. Sebab tangguh macam tu je kos selalu jadi mahal.
Lepas tu mereka semua ni juga yang akhirnya bising dan pelik kenapa LRT/MRT Station jauh dari kawasan perumahan, dan jauh dari kawasan utama.
Semua orang nak station tu walking distance di seluruh ceruk bandar. Tapi semua taknak lalu tepi rumah mereka.
Sebenarnya, jika kita sedar betapa sukarnya menjadi orang yang taat, kita pasti tidak akan mengutuk pelaku maksiat dan pendosa.
Sebab perjalanan hidup ini panjang. Manusia boleh sahaja berubah jadi baik bila-bila masa. Mungkin mereka jauh lagi soleh dan banyak amalan kebaikan dari kita sebelum mati.
Semoga Allah terima semua amalan kebaikan kita yang sedikit di bulan Ramadan ini.
Mungkin kita je yang rasa banyak. Tetapi rupanya ada ibadah dan amalan yang dibaluti rasa riak dan ujub yang menyebabkan ia tidak diterima Allah.
Semoga kita istiqamah melakukan kebaikan dan berada di jalan yang lurus sampai mati, Ameen!
Dahulu ada seorang lelaki dari kalangan bani Isrā’īl yang menghidupkan malam dengan ibadah sehingga ke waktu subuh.
Kemudian di siang harinya pula beliau berjihad memerangi musuh sehingga ke waktu petang.
Beliau lakukan yang demikian itu selama 1000 bulan.
Lalu Allah SWT menurunkan ayat ini :
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Mujāhid bin Jabr berkata :
قيام تلك الليلة خير من عمل ذلك الرجل
Menghidupkan malam tersebut (malam al-qadr) lebih baik dari amalan lelaki tersebut.
Rujuk Jāmi’ Al-Bayān, Ibnu Jarīr Al-Tabari (24/533)
Dengan 10 malam terakhir Ramadan, mungkin ada banyak insan soleh yang doanya dimakbulkan Allah.
Disamping doa untuk diri, mohon agar tambah doa untuk ummah keseluruhannya. Begitu juga untuk nikmat keamanan, ketenteraman dan kemakmuran negara kita berkekalan.
Kita ni bersyukur sangat Allah lahirkan dalam negara yang aman dan tenteram.
Pagi-pagi cuma risau pasal traffic jammed, sekolah anak, bahas tentang politik/bola/makanan/tarawih 20 rakaat. Isu-isu negara aman.
Di satu sudut lain dunia, ada rakyat dizalimi dan hopeless. Mereka semua tidak memilih untuk lahir di negara yang bergolak, berperang, isu kemiskinan dsb. Ada yang seumur hidup berjuang untuk hidup. Walau bukan pilihan dan salah mereka.
Tapi negara ni tak dapat berdiri dengan sendiri. Perlukan semua rakyat bekerjasama untuk jadikan negara kita selamat, aman dan makmur.
Semua kena usaha kekalkan keamanan ini. Elak timbulkan ketegangan dan konflik secara berlebihan.
Mudah-mudahan nikmat seperti ini berkekalan lama, Ameen!
Puasa sebenarnya bantu turunkan berat. Selepas 12–14 jam tanpa makan, badan mula guna lemak sebagai tenaga (fat burning mode). Tapi ramai gagal kurus sebab buka puasa terus makan berlebihan
Lelaki kalau nak baiki hidup, kena lengkap solat 5 waktu. Tinggalkan solat lebih berdosa daripada berzina, riba etc.
Kalau dah rajin 5x solat waktu, bagus. Lepastu kena solat 5x waktu di surau/masjid secara berjemaah. Do ur best.
Kau ingat Allah SWT, Allah SWT will help you.
Kita dah sampai pertengahan Ramadan tanpa sedar.
Kalaulah Ramadan masih belum membuatkan kita lebih bersemangat berbuat kebaikan, tambah ibadah dan tinggalkan maksiat.
Kena tanya diri semula, bila lagi kita nak tambah amalan bersungguh-sungguh sebelum kita mati?
Dengan berkat Ramadan semua pahala berganda-ganda, ia sangat diperlukan untuk pendosa macam kita ni.
Ya Allah, beri kami kesihatan, kekuatan dan keinginan untuk terus beribadah pada baki bulan Ramadan ini. Jadikan kami istiqamah melakukan kebaikan sampai kami mati nanti, Ameen!
Basic Solat Berjemaah.
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika Solat bersendirian sahaja.
2. Kalau saf penuh/rapat dan kita batal wudhu' nak gerak kebelakang. Boleh je cakap dengan orang sedang solat, tolong bagi laluan, saya nak lalu.
Kita solat ni, bukan tiba-tiba jadi robot tak boleh gerak dan tak dengar apa-apa. Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot/batu.
Orang yang sedang solat tu pulak, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan 2 orang sekalipun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang.
3. Kalau phone berbunyi ketika solat. Seluk poket tu dan matikan phone. Tak batal solat. Daripada ganggu berpuluh-puluh jemaah lain dari kusyuk solat sebab takut nak bergerak matikan phone.
Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu.
Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal. Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan.
Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza.
Ini antara asas yang semua kena tahu. Terutama dalam bulan Ramadan yang majoriti kita solat berjemaah tarawih setiap malam.
Begitulah.
Antara benda boleh diperbaiki lagi.
Solat Sunat selepas Isya' (rawatib ba'adiayah), tingkatan kedudukannya jauh lebih utama dari Solat Tarawih.
Pahalanya juga lebih besar. Tapi dari pemerhatian, ramai tinggalkan dan tunggu Solat Tarawih je (lebih 1/3 jemaah).
Rugi pahala.
🚨 Rúben Amorim: “Sir Jim Ratcliffe ask to change the system? No, no, no. Not once. Not even the Pope can do it!��.
“This is my job, my responsibility, this is my life”.
“The system will have an evolution and I am doing things my way. I hope I will have the time to change”.
Bagi yang nak elak kesulitan, jom sedekah harini. Sedekah lepastu boleh buat doa dibawah.
Apa kelebihan sedekah jumaat?
"Sedekah pada hari Jumaat dibandingkan dengan hari-hari lainnya seperti sedekah pada bulan Ramadan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya" (Ibnul Qayyim)
Kalau boleh, setiap kita ni ada satu amalan kebaikan. Yang takde siapapun tahu hatta pasangan/keluarga/kawan kita.
Mungkin dengan amalan tersebut, ia jadi asbab kita masuk syurga.
Berbanding banyak amalan lain yang kita lakukan, tetapi kurang ikhlas semata-mata kerana Allah.
Kita ingat yang sakit akan pergi dulu, rupanya yang sihat pergi dulu.
Kita ingat yang tua pergi dulu, rupanya yang muda pergi dulu.
Syarat mati bukan tua dan sakit.
Sebab tu kena bersedia sepanjang masa. Wajib jangan tinggal. Jangan buat maksiat dan dosa. Taubat setiap hari.