26 & 27 Oktober 2026 - Unit MyKJ yang diketuai oleh Puan Nazlia telah mengadakan Clinic My-KJ melibatkan warga kerja Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 26, Menara PJD. Seramai 85 orang pegawai telah menghadirkan diri dalam program ini.
21 & 22 Oktober 2026 - Unit Prestasi yang diketuai oleh Ir. Izzat Zumairi telah dijemput sebagai Penceramah bagi Bengkel Pemantapan dan Pemurnian MyPerformance Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) bertempat di Bilik Latihan Giat Bestari, Blok C (Lama), Ibu Pejabat JKR.
23 September-1 Oktober 2026 - Unit MyKJ yang diketuai oleh Puan Farah Eleena telah mengadakan Clinic My-KJ melibatkan warga kerja Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 28, Menara PJD.
26 & 27 Ogos 2026 - Unit MyKJ yang diketuai oleh Puan Nazlia telah mengadakan Clinic My-KJ melibatkan warga kerja Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) bertempat di Bilik Bencana 1, Aras 12, Blok F. Program ini telah menerima kehadiran seramai 67 orang pegawai CKC.
14 & 15 Oktober 2026 - Ir. Izzat Zumairi dan Puan Izzaty daripada Unit Prestasi telah dijemput sebagai Penceramah & Fasilitator bagi Bengkel Hands-On MyPerformance Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) bertempat di Bilik Kontigensi 2, Aras 6, Blok B, Kementerian Kerja Raya.
Sekitar Hari BPSM CDPK 2026.
Pelanggan-pelanggan yang hadir turut tidak melepaskan peluang berkunjung ke Kaunter HRMIS Care untuk mengemaskini data-data dalam sistem HRMIS seperti Data Peribadi, Gaji dan Gred Gaji, Pengisytiharan Harta dan Profil Perkhidmatan.
Sekitar Hari BPSM CDPK 2026.
Unit Naik Pangkat turut membuka kaunter pertanyaan sebagai sudut informasi bagi pegawai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat (Pegawai Pengurusan & Profesional) di JKR serta Sistem e-naikpangkat. π―
Sekitar Hari BPSM CDPK 2026.
Pegawai-pegawai yang hadir turut berpeluang untuk menyemak/ mengemaskini Buku Perkhidmatan Kerajaan yang dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan ini turut mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan pelanggan yang hadir. #bpsm_cdpk#jkrhq
Sekitar Hari BPSM CDPK 2026.
Unit Prestasi turut membuka kaunter-kaunter pertanyaan bagi pegawai-pegawai JKR yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan Pengurusan Prestasi & AKRAB. Pegawai yang hadir juga berpeluang mendapat hadiah dengan menyertai kuiz yang disediakan. π
Semua Warga JKR di jemput hadir untuk memeriahkan Hari BPSM yang akan diadakan pada 19 Oktober 2026 (Isnin) bertempat di Aras 2, Menara Kerja Raya. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda π. SAVE THE DATE ! ποΈπ
8 Oktober 2026 - Ir. Nooraini binti Ibrahim (Menjalankan Tugas Pengarah CDPK) telah menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Pegawai Contoh CDPK iaitu Encik Nazirul Afiq (BPKS) & Puan Sufarizuana (BPSM) bagi bulan Januari-Jun Tahun 2026.
ππππ πππππ ππππππ ππππ πππππππππ πππ ππππππππ
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah menganjurkan Hari Sukan Negara 2026 pada 10 Oktober 2026 bertempat di Menara Kerja Raya (Blok G), Kuala Lumpur, dengan penyertaan lebih 400 orang dari warga JKR dan agensi.
Program ini turut diserikan dengan ucapan oleh YBhg. Datoβ Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) serta dihadiri oleh barisan pengarah kanan dan pengarah cawangan JKR Malaysia.
Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya Tower Run Menara Kerja Raya, Karom, Dart, Congkak, Mobile Legends: Bang Bang, Senamrobik, Cabutan Bertuah dan Booth Jualan.
Penganjuran ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan serta mengeratkan silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan warga JKR.
Kekal aktif, kekal sihat, eratkan kebersamaan!
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Ya Allah, jadikanlah hati-hati kami sentiasa cinta kepada keimanan dan melakukan amal soleh dan tanamkanlah rasa benci kepada kekufuran dan maksiat. Amin Ya Arhamar Rahimin.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa#MalaysiaMADANI#MADANIMembantu
πππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππ ππ ππππππ πππππππππ πππππππππ πππππππππππ
SUBANG, 28 September 2026 β YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Ketua Pengarah Kerja Raya, telah mengadakan lawatan ke Lorong Motosikal FT02, Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 25, arah Klang, Selangor bagi meninjau keadaan semasa laluan serta kemudahan yang disediakan untuk penunggang motosikal.
Lawatan turut memberi tumpuan kepada keadaan turapan, tandaan jalan dan elemen keselamatan di sepanjang laluan bagi mengenal pasti perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan susulan.
Turut hadir ialah Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Pengarah JKR Negeri Selangor, Jurutera Daerah Petaling, Bahagian Forensik Jalan serta wakil konsesi Lebuhraya Persekutuan.
JKR sentiasa memberikan perhatian terhadap penyelenggaraan dan kemudahan jalan raya demi keselesaan serta keselamatan semua pengguna.
#DeliveryIsOurPriority
#IamJKR #KitaJKR
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
21-23 September 2026 - Unit Prestasi, BPSM yang diketuai oleh Ir. Izzat Zumairi telah dijemput sebagai Penceramah & Fasilitator bagi Bengkel Pemantapan Penetapan Objektif & Penilaian Prestasi JKR TUDM Subang Tahun 2026 bertempat di Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang Sepang Selangor
7-8 September 2026 - Unit Naik Pangkat, BPSM yang diketuai Ir. Rahayu telah mengadakan Urusan Temuduga Kenaikan Pangkat Pegawai Pengurusan & Profesional JKR Malaysia Sesi 2/2026 bertempat di Aras 2, Menara Kerja Raya. Sesi temuduga ini telah melibatkan seramai 99 orang calon.
14-16 Julai 2026 - Unit Prestasi, BPSM yang diketuai oleh Ir. Izzat Zumairi telah dijemput oleh Ibu Pejabat JKR Negeri Kedah untuk memberi ceramah berkenaan Bengkel Hands-On Submodul MyPerformance dalam Sistem HRMIS bertempat di Dewan Utama, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah.
21 Ogos 2026 - Mesy. Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Jabatan Kerja Raya Bil 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Nooraini binti Ibrahim Pengarah CDPK telah berlangsung bertempat di Bilik Berlian, Aras 2, Menara Kerja Raya.
18-20 Ogos 2026 - Unit HRMIS, BPSM CDPK telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pentadbir HRMIS CReATE bagi Tahun 2026 bertempat di Bilik Delima 1, Aras 2, Menara Kerja Raya.