Mulutnya terpisah sedikit bila dia lihat figura itu.
"Hei."
"Apa kau buat dekat sini?!"
"Looking for you, obviously."
Aku nampak, matanya membulat, terdiam lagi.
Lalu aku merapat, selangkah demi selangkah, hingga jarak terpisah hanya sejengkal.
Wajahnya aku tatap dari dekat
Ijah hantar iklan pertandingan tulis cerpen kat i. “De, hadiah dia menarik.”
Me, “kau tulislah.”
“Aku bagi idea, kau tuliskan boleh?”
“Ahh, kerja aku pun tak siap-siap!”
“Kau tulis kejap je. Kau dah pro. Aku ni, 2 minggu pun belum tentu siap.”
Hurm…
Jika ada perempuan bersiap-siap dan bercantik-cantik untuk diri sendiri dan bukan nak tarik perhatian sesiapa, yang sengaja tak bersiap dan berburuk-buruk ni pun sama. Bukanlah kerana orang lain.
Kerana saya malas dan tak peduli je apa orang kata.
"aduhai... Orang lain umur 24 duk mengulik anak, kau sibuk lagi menampal sticker."
Aku dengar, terus tegak duduk.
Lalu dia sambung, "mak pun pandang je anak dia ni, buat benda tak berfaedah duk gam itu ini, kalau aku jadi mak aku halau dah kau ni, nasib baik bukan anak aku,"
Sister saya hantar depan mahkamah, sebelum saya turun, “kau boleh kan masuk sorang-sorang?”
Haih, umur saya ni setengah orang dah kawin bercerai. Saya ni nak masuk amik cop dokumen je. Takkan tak boleh pegi sesorang😭
Walaupun saya duduk di rumah hampir 2 tahun, tapi boleh bilang je dengan jari berapa hari je saya tidur sampai matahari tegak.
Paling lama pun pukul 8 la.