Peminat² ATM kat X ni, ramai yg suka cerita pasal operasi, gear dan suarakan kebimbangan ttg asset.
Tapi nampak jarang up isu kebajikan keluarga ATM yg diangkat oleh kerajaan hari ini. Few months back, Dato Khaled dah buat satu inisiatif utk pastikan semua pelajar tahun 1 dari kalangan anak² anggota buka Tabung PTPTN. MINDEF siap bagi dana awal RM50 sorang.
FYI, hari ni pula, anak² ATM yg bakal menduduki SPM tahun ini diberikan tuisyen percuma, hasil kolaborasi bersama dgn pelajar² UPSI. In fact, 969 pelajar ni akan dpt Chromebook sorang satu.
Nah... tak perlu sembang lebat, janji bulan bintang, tahu² terus buat.
Masjid Al Badr atau Masjid Seribu Selawat, Pulau Pangkor. Siapa pernah sampai dekat sini?🙋🏻♂️
Selain mempunyai 1,000 selawat, masjid ini menonjolkan identiti negeri Perak pada setiap geometri hiasan dalaman di dindingnya.
#TahunMelawatPerak2024
Selain drpd masjid ni, ada 1 lagi masjid cantik dan terpaling banyak qubah di dunia, yg berada di Tronoh, Perak, Masjid An-Nur, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Kalau nak shoot movie cinta Islamik ala² filem Indonesia tu, mmg sangat sesuai jdkan UTP sbg port shooting. Meh la melawat.
[INFOGRAFIK]
RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT)
Kementerian Pertahanan terus memperkasa dan menggandakan agenda kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk kerja-kerja senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Blok Penginapan, termasuk blok penginapan untuk anggota bujang, wisma transit, dan kemudahan taman permainan dan riadah.
Daripada jumlah RM400 juta, RM199.5 juta telah diperuntukkan kepada Tentera Darat, manakala Tentera Laut dan Tentera Udara masing-masing menerima RM69.5 juta.
Jumlah peruntukan RM400 juta tersebut memberi manfaat secara langsung kepada warga ATM di 28,808 unit rumah dan 48 kem di seluruh negara, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan warga ATM.
#khalednordinmindef
Dlm video official TT MB Perak ni, hanya ada 3 saat pertama saja muka MB @saaranimohamad. The rest video PMX menyantuni rakyat di Perak.
Biasa kalau tiktok sendiri², lg² kalau TT official, confirm byk tepek shot muka sendiri.
Mmg berbeza dgn MB² lain, especially MB Kedah.
Kasihan kedua lelaki warga asing ini....jadi mangsa salah faham rupanya.
Menurut siasatan polis....apa yang berlaku ialah eskalator pasar raya ni rosak...
Budak perempuan dua tahun itu mengalami kesukaran nak naik.
So kedua lelaki ni yang ada dekat dengan budak tu, rasa kasihan dan tolong angkat dia....
Tapi mak budak tu salah faham ingat diaorang nak culik anak dia.
Siasatan polis dapati kedua warga asing ini berkerja secara sah di kilang berdekatan dan selalu ke pasar raya berkenaan untuk membeli barang keperluan.
"Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangnya memegang anak orang lain terutamanya yang tidak dikenali kerana ia akan menimbulkan salah faham dan panik," kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata, pihaknya akan tetap menyempurnakan siasatan dan hasilnya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Anak kepada warga emas yang maut ditetak dalam satu kejadian di rumahnya di Sabak Bernam pada lima tahun lalu, menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan lima lelaki atas pertuduhan membunuh ibunya.
Aidilfitri adalah perayaan agama. Tapi bila buat video begini, tidak menghina agama kah? Lebih teruk sebab yang buat video ini adalah orang Islam sendiri.
Berada di Dewan Negara hari ini bagi menjawab pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 berkaitan Kementerian Pertahanan. Saya telah berkongsi kepada sidang dewan, antara lain, berkenaan Angkatan Masa Hadapan (AMH).
1/6
Alhamdulillah, pada hari ke-16 bulan puasa, syukur saya dapat bertemu dan berbuka bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al Walid, Kuala Lumpur.
1/3
Program TVET di Perak akan hantor 5 orang pelajar ke Germany dan akan hantor lagi 50 orang ke China utk nimba ilmu secara praktikal di sana.
Jadi, kalau kome ada adik yang dikurniakan tangan2 ajaib dlm bab menukang, praktikal secara fizikal, boleh la mikior2 TVET ni.