@MaisarahMahmud Aameen.
Im always doa masa last sujud "Ya Allah, berilah pengakhiran hidupku dalam keadaan yg baik, tempat yg baik, waktu yg baik dan masuk kan aku ke dalam syurgaMu tanpa hisab"
dear dairy
ya Allah , maybe i’m struggling with my current situation , but i have zero hate for your takdir. please grant me the ikhlas and patience i need , until i finally see why you arraged everything this way.
DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH.
Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada malam Rabu.
Nak kongsi detail apa yang berlaku pada hari-hari terakhir tersebut dari Kitab Rahiqul Maqtum:
4 HARI SEBELUM WAFAT (HARI KHAMIS)
• Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
• Pada waktu Soalt Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan baginda telah pengsan sebanyak 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah ﷺ pengsan.
• Dalam riwayat, Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat fardhu ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
----
2 HARI SEBELUM WAFAT (HARI SABTU)
• Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang pembantu lelaki untuk hadir Solat Zohor.
• Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
• Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat. Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar.
• Lalu Abu Bakar solat mengikuti solat Rasulullah (duduk) dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
• Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
----
SEHARI SEBELUM WAFAT (HARI AHAD)
• Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar dari harta baginda.
• Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 Sha' gandum.
----
HARI KEWAFATAN (HARI ISNIN)
• Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda tersenyum.
• Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
• Diriwayatkan, ada sahabat yang hendak berhentikan solat kerana gembira dan merasakan Rasulullah telah bertambah sihat.
• Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar solat diteruskan. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
• Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ sempat berjumpa dengan Fatimah, Hasan dan Husain, isteri-isteri baginda.
• Kesakitan itu ditambah dengan pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yang Rasulullah makan ketika baginda di Khaibar.
----
DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN 😭
• Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
• Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya."
• Kemudian, Rasulullah angkat tangan dan jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda;
"Allahumma ar-Rafiq al-A'la"
(Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)
sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telah pun WAFAT menemui Kekasih-Nya.
• Peristiwa ini berlaku pada Waktu DHUHA, HARI ISNIN, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
• Ramai sahabat dan orang-orang di Madinah seperti tidak percaya. Banyak riwayat ceritakan tentang Umar dan Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
----
PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
• Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
• Ringkasnya, selepas perbincangan kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah ﷺ.
• Dalam masa sama ahli keluarga baginda, sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah ﷺ sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
• Selepas wafat, tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki ahli keluarganya sahaja.
----
1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH (HARI SELASA)
• Ahli Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ.
• Sahabat yang mandikan adalah, Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
• Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
• Kemudian, ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis:
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia."
• Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ. Lokasi tersebut KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
• Orang ramai masuk ke dalam rumah Rasulullah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang, untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorang pun menjadi imam.
• Giliran pertama dari ahli keluarga dahulu. Kemudian orang Muhajiran & Ansar. Selesai orang lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak juga mensolatkan Baginda ﷺ.
----
2 HARI SELEPAS KEWAFATAN (HARI RABU)
• Urusan Solat Jenazah tersebut berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
• Ia berakhir pada malam Rabu (Selasa malam Rabu)
• Dalam satu hadis disebutkan, Aisyah berkata,
"Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (dikebumikan Rasulullah dalam lahad di tengah malam Rabu".
----
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntung sangat kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa bersemuka dengan Rasulullah ﷺ bila kita semua masuk Syurga kelak 😭😭.
Mari kita banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. Terutama cuti Maulidur Rasul ini.
Solluu A'laa Nabi.
Wallahua'lam.
Ya Allah, rindu Ramadan. Baru je rasa minggu lepas terawih. Sedar tak sedar dah seminggu dan rupanya masuk bulan Syawal.
Semoga Allah panjangkan umur untuk berjumpa Ramadan seterusnya.
Allah lihat. Allah dengar. Allah tau.
Tidak ada yang perlu dirisaukan, tidak ada yang perlu ditakutkan.
Selama kamu menyerahkan segala urusan kepada-Nya,
Pasti akan Allah bantu.
Semakin kurang kita dedahkan diri kita di media sosial, semakin kurang kita perlu berikan justifikasi kepada orang lain tentang hidup kita, tindakan kita, pilihan kita. Semakin kurang orang memerhati dan menilai diri kita. Bagi saya inilah kebebasan yang sebenar.
Kita dah sampai pertengahan Ramadan tanpa sedar.
Kalaulah Ramadan masih belum membuatkan kita lebih bersemangat berbuat kebaikan, tambah ibadah dan tinggalkan maksiat.
Kena tanya diri semula, bila lagi kita nak tambah amalan bersungguh-sungguh sebelum kita mati?
Dengan berkat Ramadan semua pahala berganda-ganda, ia sangat diperlukan untuk pendosa macam kita ni.
Ya Allah, beri kami kesihatan, kekuatan dan keinginan untuk terus beribadah pada baki bulan Ramadan ini. Jadikan kami istiqamah melakukan kebaikan sampai kami mati nanti, Ameen!
Bila kita lihat sejarah, tempoh empayar kuasa besar berkuasa di dunia.
• Empayar Uthmaniyyah – 623 tahun
• Dinasti Joseon – 505 tahun
• Empayar Mughal India– 331 tahun
• Dinasti Song – 319 tahun
• Empayar British – ±300 tahun
• Dinasti Ming – 276 tahun
• Amerika Syarikat – ±250 tahun
• Empayar Mongol – 162 tahun
Kita dapat gambaran, timeline kita hidup sekarang, cuma cebisan kecil dari satu tamadun manusia moden.
Semua yang berlaku itu, semuanya berada dalam pengetahuan Allah.
Perang yang berlaku sekarang dan konflik sepanjang 60-70 tahun lepas, ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku, ketidakseimbangan kuasa, semua tu ujian bagi mereka yang hidup zaman ini.
Empayar Uthmaniyyah, ketika mereka dah 300 tahun berkuasa, mesti tak pernah sangka satu hari nanti akan berkubur.
300 tahun tahun lagi, mungkin kuasa dunia berubah dan diluar jangkaan kita sekarang. Dengan populasi negara maju berkurang drastik (negara tua), itu je dah jadi satu penyebab negara tersebut akan berbeza 50-100 tahun akan datang.
Maksudnya, tak perlu risau sangat dunia ni secara keterlaluan. Hayat hidup kita yang tak sampai 75 tahun ni perlu dirisaukan kalau mati dalam tidak beriman, banyak dosa dan masuk neraka dan kekal selamanya. Nauzubillah.
Kita doa yang terbaik untuk penduduk negara yang tidak bersalah yang dizalimi. Tapi percayalah, semua tu dalam pengetahuan Allah dan ada balasan untuk mereka semua di akhirat.
Itu sudut pandang yang semua muslim kena ada bila rasa helpless dengan keadaan dunia ni.
Perbaiki apa yang ada dalam kawalan kita.
Kena selalu pesan kepada anak-anak bahawa dunia ni tempat singgah. Kita ada destinasi terakhir iaitu akhirat.
Kenapa kita kena selalu sebut?
• Ubah cara pandang: Anak takkan rasa 'stuck' atau kecewa melampau kalau gagal urusan dunia.
• Berfikir terlebih dahulu: Mereka akan tahu setiap tindakan ada timbangan pahala/dosa.
• Tenangkan jiwa: Tahu yang dunia hanya jambatan, bukan pengakhiran.
Moga anak-anak kita membesar dengan cinta kepada akhirat. Amin. 🤲🏻
Ya Allah, kembalikan nikmat ibadah kami yang dulu.
Berikan kami kekuatan untuk taubat dan pulih dari semua maksiat yang kami lakukan sekarang.
Berilah kemudahan untuk kami dekat dengan perkara kebaikan, dan jauhkanlah kami dari semua yang menyebabkan kaki semakin jauh dari-Mu.
Ya Allah, sampaikanlah kami ke Bulan Ramadan dan kami semua dapat beribadah di dalamnya. Jadikan Ramadan kali ini jadikan kami muslim yang lebih baik dari sebelumnya.
Ameen!
Bismillah..
اللَّهُمَّ خَيْرًا فِي كُلِّ أَمْرٍ أَنْتَظِرُهُ
Allahumma Khairan Fii Kulli Amrin Antaziruh
“Ya Allah, berikanlah yang terbaik dalam segala hal yang aku tunggu.”
Sabr is not easy. It drains you mentally and physically. It leaves you on edge. It breaks you down, but you know what Allah said? “I am with the patient” Allah is with you. This should be enough to keep you going.
Saya tak percaya dengan istilah "tutup periuk nasi orang."
Hakikatnya rezeki ni hak mutlak Allah. Tak ada sesiapa yang dapat menghalangnya jika Allah nak beri atau tarik.
Manusia boleh mencuba, tetapi semuanya berlaku atas keizinan Allah.
Jadi bila rasa rezeki kita sempit, muhasabah la diri. Kerana maksiat/dosa kepada Allah juga salah satu sebab rezeki kita disekat.
Sewajarnya kita bertaubat dan memperbanyakkan ibadat. Bukan terus menunding jari pada orang kerana menutup periuk nasi kita.
Some women stay quiet not because they’re okay, but because they’re tired of having their feelings turned into arguments. After a certain point you stop expressing yourself to avoid being punished for being honest.