Ini Rogol, editorial tak usah berselindung sebalik euphemism yang guna banyak perkataan. laporan tu kena jelas
❌ bapa ‘paksa hubungan seks’
✅ bapa merogol
Pergi kerja walaupun hati dah lama rasa nak resign adalah another level of struggle.
Ramai orang bukan tak berani berubah.
Diorang cuma ada bil yang perlu dibayar.
Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah ingatkan kita agar sentiasa menjaga lidah kita, kerana ia merupakan salah satu perkara yang mampu merosakkan hati dan boleh membawa mudarat padanya.
Pernah tak terfikir, kenapa banyak sangat drama dan toxic jadi kat sekeliling kita lebih-lebih lagi pada zaman sekarang?
Sebenarnya, banyak pintu keburukan terbuka apabila kita terlalu banyak bercakap benda yang tak perlu. Kita tak sedar, kesemua pintu itu adalah ibarat
'red carpet', jalan masuk sangat mudah bagi syaitan. Berapa banyak gaduh besar bermula dari satu komen atau tweet yang kecik je? Bahkan hinggalah peperangan boleh berlaku disebabkan lisan yang tidak terjaga.
Nabi Muhammad SAW pernah tegur sahabat bernama Mu‘az, baginda bersabda:
وَهَلْ يَكْبُ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَتَاخِرِهِمْ إِلَّا حَصَائِدُ
“Tidaklah manusia tersungkur di neraka di atas wajah atau di atas hidung mereka melainkan atas sebab lisan mereka”. (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam riwayat hadith yang lain, ada kisah seorang lelaki Ansar yang telah meninggal dunia. Sebahagian sahabat kata, “Wah, beruntungnya dia” (Mereka berharap lelaki itu mendapat pengakhiran yang baik). Lalu Nabi SAW tegur:
“Apa yang kamu tahu? Boleh jadi dia pernah berkata sesuatu yang tidak ada gunanya baginya, atau dia kedekut untuk mengeluarkan sesuatu yang tidak akan mengurangi hartanya”.
Perasan tak, banyak dosa kita berpunca dari 2 jalan: Mulut & Mata apabila kita cakap berlebihan dan langsung tak jaga pandangan kita. Keduanya merupakan jalan yang paling besar bagi syaitan. Sebab apa?
Cuba bayangkan, perut kita kalau dah kenyang, automatik kita stop makan. Tapi mata dan mulut? Kalau tak dikawal, berjam-jam sembang kosong atau tengok perkara yang bukan-bukan pun takkan pernah rasa 'kenyang'. Bahaya kan?
Sebab itu jugalah para ulama Salaf sangat strict jaga mata dan mulut. Mereka sampai kata:
ما على الأرض شيء أحوج إلى طول سجن من لسان
“Tidak ada perkara yang diatas muka bumi ini lebih perlu untuk dipenjarakan lama kecuali lidah!”.
Banyakkan diam kalau tak ada benda baik nak cakap. Jaga lisan, jaga pandangan, insyaAllah hati lebih tenang...
📕 Petikan dan olahan semula daripada kitab Tibb al-Qulub (Penawar Hati), Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah himpunan Syeikh Soleh al-Shami, m/s 67-68.
✍️ Muhammad Syawal
- Shah Alam