Apabila melihat sesuatu yang disukai, Rasulullah ﷺ mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
“Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala kebaikan.”
Apabila melihat sesuatu yang tidak disukai, baginda ﷺ mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan.”
Hidup ini sentiasa berganti antara nikmat dan ujian. Bersyukurlah ketika mendapat kebaikan dan tetap memuji Allah ketika diuji kerana setiap ketentuan-Nya pasti mengandungi hikmah.
Tegurlah anak dan isteri jika mereka meninggalkan solat. Namun, jika suami sendiri tidak solat, isteri dan anak juga perlu menegurnya. Semuanya hendaklah dilakukan dengan hikmah dan adab. Antara cara menegur ialah mengajak mereka menunaikan solat berjemaah bersama-sama.
Surah Al Kautsar
Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam al-Quran, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Hidupkan syiar Islam dengan bertakbir bermula Subuh hari Arafah (26 Mei) sehingga selesai solat Asar pada hari Tasyrik terakhir (30 Mei). Selain dilakukan selepas setiap solat fardu, kita juga digalakkan untuk terus bertakbir pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Nak minta apa Hari Arafah nanti?
✅ Pengampunan ✅ Rezeki berkat ✅ Hati yang tenang ✅ Keluarga yang soleh ✅ Anak-anak yang taat ✅ Husnul khatimah ✅ Syurga, tanpa hisab
Minta semua. Minta sebanyak-banyaknya. Allah tak pernah jemu dengar doa-doa kita.
Sedar atau tidak, sekarang kita sedang melalui 1–10 Zulhijah iaitu hari-hari terbaik dalam Islam. Hari ini sudah masuk hari ke-6 Zulhijah.
Info tambahan:
• 9 Zulhijah (Arafah) = Hari terbaik
• Malam 21–30 Ramadan = Malam-malam terbaik
• Lailatul Qadar = Malam terbaik
• Ramadan = Bulan terbaik
• Jumaat = Penghulu segala hari
Jangan lepaskan peluang gandakan amal.
Seluruh ahli Sunnah wal Jamaah telah bersepakat bahawa manusia yang paling utama selepas Rasulullah ﷺ ialah Abu Bakar, diikuti oleh Umar, kemudian Uthman, kemudian Ali dan seterusnya para sahabat yang termasuk dalam sepuluh orang yang dijanjikan syurga.
Urutan keutamaan ini diteruskan dengan ahli Badar, ahli Uhud, mereka yang terlibat dalam Bai’ah al-Ridhwan dan kemudiannya seluruh para sahabat yang lain. Hal ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi. Moga kita semua dikurniakan cinta dan hormat kepada para sahabat Nabi ﷺ.
#ustazwadiannuar
Jangan sia-siakan hari Jumaat tanpa memperbanyakkan selawat. Makin banyak selawat kita kepada Nabi ﷺ, makin dekat kita dengan Baginda di akhirat kelak.
Sebelum keluar cari rezeki, jom kita amalkan doa ni:
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
"Bismillahi tawakkaltu 'alallah, la haula wala quwwata illa billah"
Semoga langkah kita semua hari ini diberkati, dicukupkan segala keperluan dan dijauhkan daripada sebarang musibah. Amin. 🤲