See how many Malaysian yang nak bekerja dan masih unemployed punya la ramai?? But menteri Malaysia bangang sanggup nak hired 15,000 warga asing sebab taknak bayar gaji bermaruah
🔥🚨LATEST: Footage has released of the moment the 21-year-old woman was accidentally killed when Entre Cordas workers forgot to attach her safety rope and and threw her off the the “Skeleton Bridge” in Limeira, a city in Brazil’s São Paulo state.
After a certain age, your parents slowly become your children. They ask simple questions, repeat stories, and depend on your patience the way you once depended on theirs. Very few understand this role reversal. What looks like innocence or inconvenience is really time coming full circle. Don't correct them harshly. Don't rush them. Care for them the way they once protected you. This is not a burden. It is repayment.
Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? - PMX
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa sama golongan tersebut wajib mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia.
Menurut beliau, cadangan supaya pelarian Rohingya dihantar pulang bukanlah perkara mudah kerana Malaysia berdepan kesukaran berhubung kerajaan Myanmar yang menghalang usaha tersebut.
“Ini isu kemanusiaan. Orang boleh bicara hantar pulang, hantar pulang ke mana? Sebab kita ada masalah dengan kerajaan Myanmar yang menghalang," katanya.
Anwar berkata, beliau telah dua kali mengadakan rundingan dengan kepimpinan Myanmar dan mengemukakan dua tuntutan utama, iaitu memastikan bantuan kemanusiaan yang disalurkan memberi manfaat kepada semua pihak serta menghentikan penindasan dan jenayah terhadap rakyat Myanmar.
Beliau menjelaskan tuntutan tersebut melibatkan masyarakat Rohingya di Rakhine serta rakyat Myanmar secara keseluruhan tanpa mengira agama dan kaum.
“Setakat ini kita dapat memantau keadaan yang jauh lebih baik,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui usaha mencari penyelesaian jangka panjang termasuk penghantaran pelarian ke negara ketiga atau membawa mereka pulang ke negara asal masih belum berjaya.
Menurutnya, masalah itu bukan hanya dihadapi Malaysia, malah negara lain di rantau ini termasuk Bangladesh yang menempatkan jutaan pelarian di kawasan seperti Cox's Bazar.
Anwar turut memaklumkan bahawa beliau telah membincangkan isu berkenaan dengan Perdana Menteri Jepun semasa lawatannya ke Jepun baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia supaya menghormati dan mematuhi segala peraturan negara termasuk berkaitan perniagaan, bangunan dan aktiviti harian.
“Bangunan dan perniagaan mesti mengikut peraturan. Jika tidak dipatuhi, kita terpaksa mengambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan akan terus tegas terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau, kerajaan juga akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana isu berkaitan bangunan dan penguatkuasaan perbandaran berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.
Pada masa sama, Anwar berharap rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Islam, terus mengekalkan nilai kemanusiaan dalam menangani isu pelarian sambil menghormati undang-undang negara.
“Tetapi saya harap rakyat kita.terutama masyarakat Islam yang berdepan harus menjaga kemanusiaan kita dan janganlah melanggar peraturan undang-undang dalam menangani masalah ini," katanya. - MYNEWSHUB
Olivia Rodrigo revelou que “less” quase ficou de fora do álbum “you seem pretty sad for a girl so in love”.
“Eu adicionei de última hora. Estava me sentindo estranha em relação à música; era muito crua, vulnerável e assustadora de lançar.”
Olivia Rodrigo says Conan Gray CRIED when he first heard “less.”
“The first time I played it for Conan, he started crying. That’s when I was like, ‘Okay, I should put it on the album.’ He never does that.”