Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor
1. Berikutan tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Johor Bahru, Kerajaan Negeri Johor ingin menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini.
2. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor yakin bahawa Forest City akan diberikan nafas baru dan kegiatan ekonomi akan bertambah rancak dengan pembangunan Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
3. Semua sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan sedang giat berusaha untuk merancak dan mempertingkatkan ekonomi Johor agar memberikan impak positif seperti peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi buat Bangsa Johor. Justeru, khabar angin yang tular ini dilihat mempunyai unsur sabotaj dan berniat jahat mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
4. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor juga tidak pernah menerima jemputan bagi sebarang perbincangan berhubung perkara ini, apatah lagi terlibat atau dirujuk mengenainya. Kerajaan Negeri juga tidak menerima sebarang cadangan mahupun menghadiri mana-mana mesyuarat yang membincangkan perkara yang sama.
5. Sejarah jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di Johor telah ditutup. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga telah bertitah bahawa Baginda tidak membenarkan pembukaan mana-mana kasino di negeri Johor. Ini jelas menunjukkan pendirian Johor berhubung perkara ini.
6. Dengan penegasan ini, Kerajaan Negeri berharap isu ini tidak lagi diperpanjang dan dimomokkan sehingga menjejaskan kerukunan dan nama baik negeri dan negara serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Johor
26 April 2024
Keadaan di tepi Lebuhraya (CSR) Merapoh ke Gua Musang dipenuhi sampah sarap menarik perhatian pemilik X @HezeriSamsuri.
Dia memuat naik video pendek di media sosial memaparkan keadaan lebuh raya itu yang dipenuhi sampah sarap dipercayai daripada pengguna yang berhenti untuk berbuka puasa.
"Menarik tak Malaysia? Menimbun sampah!... Kalau berhenti nak berbuka pun, janganlah buat perangai macam ini. Tolonglah jangan pengotor sangat," katanya.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di https://t.co/R2UYPBJuSb atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #Viral #Tular #Semasa #Nasional #Kebersihan #Sampah #LebuhRaya #BukaPuasa #Iftar
@hotfm976@Khairykj Dengan populari tuan dikalangan anak muda, pls fokus kepada perlunya education - untuk jaminan diri dan pembangunan negara. Anak muda kini tidak mahu sambung belajar selepas SPM. Terpengaruh dengan glamour dan influencer. Banyak bersantai dan bersosial media tanpa objektif.
@ZainaaalAbidin@501Awani Lantikan senyap2. Dah dekat 1 bln baru terbongkar. Ada yg tak kena ni.
Klu penasihat kewangan syarikat kaum keluarga boleh lah…..