Akaun Rasmi Pejabat Ketua Pegawai Digital - CDO UTeM dibawah seliaan Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi (PPPK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
🌱 PENGURUSAN HIJAU | BERMULA DENGAN KITA
Kelestarian bukan sekadar satu slogan, tetapi tanggungjawab yang perlu diterapkan dalam setiap tindakan. 💚
Mulakan dengan langkah kecil — kurangkan penggunaan tenaga, jimat air, kurangkan pembaziran dan amalkan 3R
i@UTeM 2025
Pejabat CDO telah menaiktaraf Portal i@UTeM yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2025. Penaiktarafan ini merangkumi rekabentuk portal dengan rekabentuk antaramuka yang lebih moden, menarik dan segar serta turut mengambilkira ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.
UTeM akan melaksanakan pendaftaran MyDigital ID dan MyHRMIS Mobile dengan kerjasama MIMOS Services Sdn. Bhd. yang akan membuka kaunter perkhidmatan bantuan seperti maklumat dalam Infografik di atas.
Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.10/2024 bertarikh 20 Disember 2024 bersetuju untuk melantik semula YBhg. Profesor Dr. Mohd Khanapi bin Abd Ghani sebagai Ketua Pegawai Digital UTeM bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025.Tahniah!
Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita merdeka daripada penjajah, kita juga hendaklah merdeka daripada perkara yang sia-sia.
Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar eduroam secara roaming untuk kegunaan staf dan pelajar UTeM. Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan luar dari UTeM iaitu di mana-mana universiti di dalam dan luar negara.
https://t.co/NwCPSFDaXE
Penjenamaan Semula Rangkaian WiFi myUTeM
Adalah dimaklumkan bahawa sambungan rangkaian tanpa wayar (WiFi) “myUTeM” akan ditukar kepada nama baharu iaitu “UTeM-Net”. Sambungan rangkaian tanpa wayar (WiFi) yang menggunakan nama “myUTeM” akan ditamatkan bermula 31 Mei 2023.