Haha aku baca thread ni tapi si photographer ni selalu buat ragebait post. Tak terkejut kalau cerita ni rekaan. Kalau bukan rekaan pun padan muka laa ragebait kena batang hidung sendiri.
Jurugambar Diarah Bayar Ganti Rugi, Mohon Maaf Terbuka Selepas Makan Kenduri Klien Tanpa Kebenaran
OLEH MYNEWSHUB
KUALA LUMPUR β Seorang jurugambar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mengakui mengambil makanan di sebuah majlis perkahwinan tanpa jemputan atau kebenaran daripada pelanggannya.
Menerusi hantaran di Instagram, individu menggunakan nama akaun akuhavoc_ itu mengakui kejadian berlaku ketika dia bertugas pada majlis perkahwinan pasangan dikenali sebagai Haziq dan Safia, Ahad lalu.
Menurutnya, tindakan mengambil makanan tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengantin merupakan satu kesilapan dan tidak sepatutnya berlaku.
βSaya mengakui bahawa saya telah mengambil makanan tanpa jemputan atau kebenaran daripada pihak klien saya.
βSaya sedar tindakan tersebut adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku,β katanya dalam kenyataan maaf berkenaan.
Jurugambar itu turut memaklumkan bahawa dia telah membuat pembayaran ganti rugi bagi makanan tersebut seperti yang diminta oleh pihak pelanggan.
Selain bayaran berkenaan, dia juga diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka tanpa mendedahkan identiti pasangan pengantin terbabit.
Katanya, dia benar-benar kesal dengan kejadian tersebut dan berjanji menjadikannya sebagai satu pengajaran ketika melaksanakan tugasan pada masa akan datang.
Dia turut berharap kejadian itu menjadi peringatan kepada jurugambar dan juruvideo lain supaya sentiasa menjaga adab serta profesionalisme ketika bertugas dalam majlis pelanggan.
βSekali lagi, saya memohon maaf atas kesilapan saya. Terima kasih,β katanya.
Kenyataan permohonan maaf berkenaan menarik perhatian pengguna media sosial yang memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan serta bentuk penyelesaian yang dicapai antara jurugambar itu dengan pihak pelanggan. -MYNEWSHUB
.@fahmi_fadzil@MCMC_RASMI
Pak Menteri. Tengok ni. @CelcomDigi sukahati mak pak dia je outage tak bagi warning. Satu Malaysia plak tu. Users dok maki hamun pastu nanti ada balik line dia akan buat bodoh macam takde isu. Lpas tu akan datang buat lagi. Please ajar sikit diorg ni.
Rasanya Sissy Iman mesti menyesal bagitahu dia nak further PhD sbb tak kurang 10 kali kot Fiza ni asyik duk usik 'bakal doktor' 'bakal doktor' smpai muka member pun jadi tak selesa atas pentas.
#SFAJL40#GenerasiSelamanyaJuara
Selagi mampu buat sendiri, buatlah sendiri.
Walaupun mungkin hasil tidaklah segah mana, paling tidak tidak ada siapa boleh dipersalah melainkan diri sendiri.