Nabilah share berkenaan perkembangan guru Malaysia. Semua mudah faham dengan perkongsian Nabilah dan paling seronok sekali dapat 10 🌟 daripada Pn Mimma. Hebat la kawan saya ni.
Perkongsian oleh Eric Curts #GEGOhio Feb 2025!
🔹 Gemini Advanced kini boleh ingat perbualan lepas
🔹 Ciri “Take notes for me” dalam Google Meet
🔹 Pengguna percuma boleh muat naik & analisis fail
🔹 Ciri baharu Gemini & Imagen 3 diperkenal
Tak sia-sia bangun 2 pagi 🤩
Hari ni tambah lagi satu ilmu baru iaitu AI Studio oleh Pn Mimma. Terima kasih kongsi perkara baru dengan kelas A3. Semua teruja sebab ada feature macam podcast. Jom semua gunakan Ai Studio dalam mengembangkan profesionalisme keguruan.
Guru yang berintegriti bukan hanya melahirkan murid cemerlang , tetapi juga membentuk insan yang tahu menghormati dan ada nilai murni. Sebab itu, penting untuk kita terus bawa nilai integriti ini dalam setiap langkah sebagai pendidik, supaya profesion keguruan terus dihormati. ❤️
Terima kasih saudara Najwan atas perkongsian berkaitan integriti. Integriti merupakan asas dalam profesion keguruan. Apabila amanah, keikhlasan, dan tanggungjawab dipikul dengan penuh jujur, barulah ilmu dapat disampaikan dengan berkesan📚👩🏫
Seorang guru bukan hanya menyampaikan, tapi sentiasa belajar dan membina. Terima kasih Munirah atas perkongsian. Jadi bakal guru semua apa target awak dalam bidang pendidikan ini, jom kongsi dengan saya.
Setiap guru ada permulaannya. Dari penggerak hingga menjadi pemikir holistik, perjalanan ini tidak terhenti pada segenggam ijazah semata-mata. Perkembangan profesional guru ialah proses berterusan yang menuntut ilmu, pengalaman, refleksi dan penambahbaikan berterusan.
Akauntabiliti guru bukan hanya terletak pada cara mengajar semata-mata tetapi membantu dalam perkembangan murid untuk menjadi individu lebih baik. Terima kasih Syah atas perkongsian yang menarik hari ini. 🤩
'Half empty atau half full'. Lalu Syafiqah berkata half full. Melihat cawan sebagai separuh penuh mengajar kita untuk fokus pada apa yang ada, bukan apa yang hilang. Setiap peluang ada hikmahnya. Perspektif kita menentukan bagaimana kita melihat dunia.
#staypositive