Rabu - 2 November 2022
.
Pengerusi LPP, Ybhg Dato' Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi mengadakan lawatan ke tapak tanaman sayur-sayuran di Unit Bukit Tanah, Tumpat.
Turut hadir bersama Pengarah LPP Negeri Kelantan, Pengurus Besar dan juga Pengerusi PPK Tumpat.
Malam ini bersama dengan jemaah yang hadir di Majlis Kesyukuran Sempena Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Al-Itqan Mukim Telaga Bata, Tumpat.
#DCL#tumpatsejahtera#lebarkankasihtautkansayang
Bersama dengan Pegawai-pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan Tumpat dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan mengadakan kunjungan ziarah serta menyampaikan sumbangan zakat kepada Ahli-ahli Peladang yang mengalami keuzuran dan yang memerlukan di Unit Kg. Kelong, Tumpat.
Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua yang terlibat terutamanya Pengerusi LPP Negeri, Pengurus Besar dan juga Pengerusi PPK Tumpat dalam menjayakan program pada pagi tadi.
#DCL#LPP#tumpatsejahtera#lebarkankasihtautkansayang
Seusai Majlis Santai Peladang Bersama Pengerusi LPP pada pagi tadi, Dato' Haji Che Abdullah beserta isteri, Datin Hajah Saleha telah mengadakan kunjungan ziarah ke 15 buah rumah..
serta menyampaikan sumbangan zakat kepada Ahli-ahli Peladang yang mengalami keuzuran dan yang memerlukan di Unit Kok Keli, Kok Pasir dan Hutan Jambu, Tumpat.
Alhamdulillah turut berkesempatan mengunjungi dan menyantuni warga tempatan di Kedai Kopi Penghulu Lah, Mukim Jal Besar, Wakaf Bharu pada petang tadi.
#DCL#tumpatsejahtera#lebarkankasihtautkansayang
Santai Pagi Pengerusi LPP Bersama Ahli Peladang
Selain dapat bertemu mata, turut berkesempatan beramah mesra dan bertanya khabar dengan Ahli-ahli Peladang Unit Kok Keli, Kok Pasir dan Kutan Jambu di Majlis Santai Peladang Bersama Pengerusi LPP.