Pukul 2 tadi aku pergi barbershop. Disebabkan ibu sendiri cakap rambut aku dah macam ekor kuda, terpaksa lah aku pergi potong.
Masa aku sampai, takde orang dalam kedai.
“Ting!” aku buka pintu.
“Potong rambut bang?” seorang pekerja, tegur aku.
Aku angguk. Dah ye la. Potong rambut la. Takkan nak main snooker pulak.
Dia terus tutup tv, dan bawak kain.
“Duduk hujung bang.”
Aku letak cermin mata, dan aku tarik pengikat rambut.
Dia datang, bawak gunting, dan tegur aku dari belakang.
———
“Rambut panjang. Saya tengok abang ni hensem la. Rugi kalau potong. Bini suruh potong ke?”
Aku malas cakap banyak, aku iye kan je.
“Nak potong macam mana bang?”
Secara serta merta, beto kusyairi muncul dalam kepala aku. Aku keluarkan phone, dan google “Imaginur”.
“Macam beto ni. Tapi nak ada sikit japanese style.”
“Mudah bang. Bagi saya tengok kejap.”
Dia pegang phone aku.
“Settle.”
Kemudian, dia potong rambut aku, sambil bukak topik borak.
Dia punya pandai borak, sampai aku lupa aku tengah potong rambut. Dari topik raya, kepada kestabilan ekonomi, dan melencong ke peperangan. Tak padan usia muda. Tapi bernas buah fikirannya.
10 minit kemudian, rambut aku settle. Dia tarik kain, dan angkat jari bagus.
“Okay bang?”
Aku bukak mata, lepas tu aku terperanjat. Sikit lagi nak jatuh dari kerusi.
“Kenapa bang?” pekerja tu cemas.
Aku pegang muka aku, aku raup rambut aku, aku pakai cermin mata.
“Terkejut aku. Ingatkan brad pitt dalam cermin tadi. Rupa-rupanya muka aku.”
Pekerja tu gelak-gelak.
Tapi serius. Memang power budak ni potong rambut. Aku boleh rekomen kepada sesiapa yang nak cuba potong rambut di area pantai timur. Boleh datang sini.
——-
The End.
Allah bagi kesempatan untuk kita terus berdoa dan berdoa lagi, jangan henti munajat dan berdoa InshaAllah.. akan ada hikmah yang Allah hendak bagi nanti. Sangka baik .. yakin ... 💚
Kuatnya pengaruh Pas di Kelantan, cuba tanya warga emas berbangsa Cina,mereka suka parti mana?
Situasi ini berlaku kepada diri saya sendiri, sudah banyak kali soalan ini diajukan dan semua mengeluarkan jawapan sama.
Doa ini la yang digeruni oleh musuh-musuh kita.
Dan doa ini lah di baca di Pasti Al - Akhlaq kami setiap pagi.
Allahuakbar...
Sekiranya kita benar-benar menghayati maksud nya..
Boleh berderau bulu roma dan menitis air mata.
Masa jadi kerajaan, tulisan jawi pun nak minta diharamkan, siap failkan di mahkamah kerana ada negeri minta guna jawi. Bila kalah,nak undi orang Islam, bukan main guna bismillah dan insha Allah. Dont be so low to give your vote to this party.
Aku dah try macam2 jenis pewangi tapi bagi aku yang ni memang paling ngam untuk tandas 🖐🏻
Ni dah kali ke3 aku repeat lepas housemate aku beli dulu. Semua orang puji cakap sesuai
Korang patut try weh, sangat underrated 👍
Aku xjumpa lagi pewangi yang bau macam ni. Memang ngam
SubhanAllah, sebak rasa saat melihat kubah hijau Masjid Nabawi yang indah apatah lagi memasuki masjid tersebut. Di sinilah terletaknya makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang mulia.
iOS 16.1: iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini dan iPhone 13 mini sudah memaparkan peratusan bateri.
Sebelum ini saya lantang kritik, tapi peliknya ada yang pertahankan, kononnya model dinyatakan di atas tidak sesuai memaparkan peratusan bateri.
Kisah betapa bahayanya fitnah & berita palsu, mungkin tak ramai yang pernah dengar pasal sos cili Aminah Hassan ni..
Dulu mmg ia sgt popular, tapi jenama ni 'jatuh' bila ada khabar angin selepas pengasasnya meninggal dunia..
Thread 👇
PERHATIAN PENTING
Aras Air Peringkat BAHAYA
Kemaskini Pada 07/10/2022 | 21:25 malam
SELANGOR
Lembangan Sungai Buloh
Sub Lembangan Sungai Buloh
Stesen Sg Buloh di Paya Jaras
Hati-hati!
Bertudung labuh dan berbaju longgar telah membebaskan Muslimah daripada menjadi hamba dunia fesyen.
Itulah erti merdeka yang hakiki, ada jati diri, yakin diri dan tidak terikat dengan penilaian selain Ilahi. 🌹
Ustazah Asma' Harun