Ap pnya manusia la hg nie.🤦♀️ dh nmpk tgn aq penuh brg, hg cbuk nak promote brg hg lg, duk sua² suruh aq amik, pas2 aq x lepas nak pegang, brg tu jatuh.. Then hg mnx aq bayq klau brg tu pecah? 😠😒 nsb brg tu x pecah. Nk ja aq baling pecahkan brg tu betoi². 😌
Jangan pernah persoalkan kenapa kita yang diuji.
Sebab, pilihan Allah tak pernah salah.
Kerana Allah sayang kita, Dia beri cubitan manja agar kita kembali kepada Dia.
Tetap kuat.
Tetap tabah.
Jangan putus asa.
Aku ada tanya ustaz, macam mana hati nak sentiasa bahagia?
Ustaz cakap.
"Bersangka baik dengan semua orang, buat baik dengan semua orang, memaafkan semua orang, itu lebih mudah daripada membenci semua orang"
“Jangan jadi macam burung unta,burung pun bukan,unta pun bukan.Sama macam manusia,islam pun bukan,bukan islam pun bukan,waktu nikah islam,waktu mati ikut cara islam,tapi masa hidup tak ikut SYARIAT islam “
Mutiara kata Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus.
Semoga SYURGA buat nya.
Berhentilah bandingkan diri kita dengan orang lain.
Semua orang ada ‘masa’ sendiri. Dan masa setiap Orang tak sama. Berlumbalah dengan diri kita sendiri.
Be a better person.
Yang lebih kuat. Lebih matang. Lebih yakin dengan Allah.
Saat hati merindu,
Berdoalah.
Saat hati membenci,
Berdoalah.
Saat hati terusik,
Berdoalah.
Saat hati berbahagia,
Berdoalah.
Berdoalah.
Meski Dia sentiasa mengetahui setiap rasa dalam hati, tetap berbahagialah menjadikan Dia pendengar utama setiap yang di dalam hati :)
Wajib hargai lima orang ni :
1. Setia, saat kite susah
2. Senyum, saat kite marah
3. Mendengar, saat kite luah
4. Bantu, saat kite mengalah
5. Ingatkan, saat kite lupa Allah
Untungnya Masih ada Mak
Dia yang kejutkan kita sahur, dia yang masakkan untuk kita, dan dia yang doakan perjalanan hidup kita
Bila dia letih sempat lagi Solat Sunat 2 rakaat, Jika Ramadhan tanpa mak adalah sesuatu kerinduan yang tinggi
Hargai Mak
Percayalah, kalau dah tertulis itu adalah rezeki kita, ia takkan jadi milik orang lain.
Samada rezeki duit, rezeki pekerjaan, rezeki biasiswa, rezeki tawaran belajar, rezeki jodoh sekalipun.
Berusahalah. Berdoalah. Tapi tetaplah tenang.
Takdir Allah segalanya indah.