Ramai yang cepat membuat kesimpulan tentang PRN Johor.
Parti baru masuk, undi berpecah, PH terjejas. Nampak mudah. Nampak logik.
Tapi ada satu kumpulan pengundi yang jarang disebut. Pengundi yang datang berjumpa kami bukan untuk memuji, tetapi untuk berterima kasih.
Ada yang cakap terus-terang bahawa mereka sebenarnya dah buat keputusan lain sebelum kami muncul.
DSA panggil sebagai โmengundi dalam tangisanโ.
Kadang-kadang, apa yang nampak di permukaan bukan cerita sebenar.
Kadang-kadang parti seperti BERSAMA yang dituduh mengganggu, sebenarnya sedang menahan sesuatu yang lebih besar daripada berlaku.
Data ada ceritanya sendiri. Cuma perlu dibaca betul-betul.
Dengar apa yang sebenarnya berlaku di Perling dan Stulang, serta kenapa sesetengah pengundi keluar mengundi dengan berat hati.
Tonton kupasan penuh PRN Johor di Podcast YBM Episod 55 di sini:
https://t.co/REl9KMvHfs
Pagi Kopi, Petang Tea, Ini Hari Siti! ๐
Welcome to the ZUS family, Dato' Sri Siti Nurhaliza ๐
Someone who has inspired Malaysians for generations deserves nothing less than everything brewed fresh.
Kebiasaannya, apabila musim pilihan raya tiba, calon dan pasukan kempen yang menentukan ke mana mereka pergi.
Mereka memilih lokasi, mengatur program dan menjemput orang ramai untuk hadir.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ mahu mencuba sesuatu yang berbeza.
Kami percaya rakyat juga patut mempunyai hak untuk menentukan bila dan di mana mereka mahu bertemu calon.
Lagipun, selepas pilihan raya nanti, calon itulah yang akan mewakili kawasan anda.
Sebab itu, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ membuka ruang kepada penduduk untuk memanggil calon kami terus ke kawasan masing-masing untuk tinjauan isu setempat.
Jika persatuan penduduk, surau, NGO, kumpulan belia atau komuniti mahu mengadakan sesi dialog atau town hall, boleh jemput calon ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ datang berbincang.
Jika mahu berkenalan dan bertanya soalan sebelum membuat keputusan untuk mengundi, kami juga mengalu-alukannya.
Kami percaya seorang calon tidak sepatutnya hanya bercakap. Mereka juga perlu mendengar.
Untuk menjemput calon:
1. Layari https://t.co/6vXmDO7QDX
2. Klik "Calon PRN Johor 2026"
3. Pilih calon mengikut DUN anda
4. Klik "Jemput Calon Ini"
5. Isi maklumat pemohon
6. Pilih jenis program atau pertemuan
7. Cadangkan tarikh, masa, tempat dan anggaran kehadiran
Pasukan kempen akan menghubungi pemohon untuk menyelaraskan jadual calon.
Kempen yang baik bukan sekadar menghimpunkan orang ramai di satu pentas.
Kempen yang baik membawa calon terus ke tempat rakyat tinggal, bekerja dan menghadapi masalah setiap hari.
Jika anda berada di salah satu daripada 15 DUN yang ditandingi ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, kami menjemput semua untuk menggunakan ruang ini.
18 ๐๐ฆ๐ช 2026
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
๐๐ฉ๐ญ๐ช ๐๐ข๐ณ๐ญ๐ช๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฏ
๐ก๐ถ๐ธ ๐ก๐ฎ๐๐บ๐ถ ๐ก๐ถ๐ธ ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ
๐๐ฉ๐ญ๐ช ๐๐ข๐ณ๐ญ๐ช๐ฎ๐ฆ๐ฏ ๐๐ฆ๐ต๐ช๐ข๐ธ๐ข๐ฏ๐จ๐ด๐ข
๐จBREAKING: Former PKR leaders Rafizi Ramli and Nik Nazmi have announced their takeover of the Malaysian United Party as their new political platform.
MUP, or Parti Bersama Malaysia, is a little-known Penang-based party that was officially registered in December 2016.
Bila hidup makin maju, sedarlah orang yang langkahnya makin perlahan, tetap tunggu kita di belakang. Pimpin tangan nya, letak duduk kat sebelah.
#xpeng#xpengg6
๐๐ข๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง ๐ฆ๐ง๐จ๐๐๐ก๐ง ๐๐ซ๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐ :
๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ฉ๐ข๐๐จ๐ก๐ง๐๐๐ฅ ๐๐๐๐ ๐๐จ๐๐ง๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐
Saya dah bincang dengan peguam-peguam saya.
Alang-alang disiasat SPRM dalam kes yang saya yakin memang tidak ada apa-apa kecuali percaturan yang berkuasa, saya akan bantu SPRM giler-giler.
Selalunya orang kena panggil SPRM sebab nak disiasat.
Saya dah dipanggil SPRM dan ambik 4 paper exam SPRM minggu lepas.
Minggu ini, saya sendiri akan pergi untuk tambah lagi keterangan dan bawa bukti-bukti untuk membantu siasatan SPRM.
Peguam saya telah menulis secara rasmi kepada SPRM untuk saya hadir memberi keterangan tambahan secara sukarela dan mengemukakan bukti-bukti tambahan.
Pasukan penyiasat SPRM bersetuju saya datang esok, Khamis 14 Mei jam 10 pagi.
Harapnya ini paper terakhirlah.
Bila ada siasatan, selalunya orang cuba mengelak dari disoal siasat atau cuba sembunyikan sesuatu semasa memberi keterangan.
Tapi kalau kita yakin kita tidak ada kesalahan, bukan sahaja kita tak sembunyikan apa-apa, dengan sukarela kita pergi tambah kenyataan dan bukti kita jadi lagi panjang.
Sapa kata saya tak suka SPRM?
Saya ada masalah dengan rekod integriti Azam Baki saja. Pegawai-pegawai yang buat kerja dengan jujur tu semua kita doakan yang terbaik.
๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐๐ ๐ฆ๐ฃ๐ , ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐ , ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐๐๐
Minggu ini minggu exam saya, dah 2 hari habis paper pertama dan kedua. Hari ni paper ketiga.
Saya disoal siasat oleh SPRM sejak hari Isnin lepas.
Sebab ada satu tuduhan, bermula dengan fitnah-fitnah ceplos di media sosial kononnya saya makan rasuah projek RM1.1 bilion berkaitan inisiatif negara merevolusi industri semi konduktor negara melalui usaha sama dengan ARM, iaitu monopoli reka bentuk cip dunia.
Kemudian ada NGO-NGO seperti Perkasa buat laporan SPRM. Geng-geng NGO ni buat 3 laporan SPRM terhadap saya untuk buka 3 kes.
Bila semak-semak balik, salah satu NGO yang buat laporan ni memang selalu memuji dan melambung kehebatan individu tertentu dekat Pejabat Perdana Menteri dulu.
Jadi kita faham-fahamlah.
Ambik exam SPRM ni sama macam ambik exam SPM.
Cuma satu paper SPM mungkin 2 jam, satu paper SPRM sampai 8-9 jam ha3.
Tapi tip sama.
Kalau kita dah study awal-awal dan ingatan kita baik, Insya Allah lancar saja jawab exam SPM.
Kalau kita memang jenis ponteng kelas, homework tak pernah buat, hari exam memang menggelabah dan berterabur jawab exam.
Exam SPRM pun sama.
Kalau kita memang tak ambik duit, maka tak de money trail atau bukti kekayaan atau kemewahan. Kalau kita buat kerja kita saja dan tak de self interest, soal macam mana pun jawapan kita konsisten dengan rekod-rekod rasmi yang ada.
Insya-Allah, exam SPRM paper ketiga ni pun akan OK.
Cikgu-cikgu yang memeriksa saya pun setakat ni OK. Bukan macam cikgu disiplin saya dulu libas dengan tali pinggang ha3.
Kalau saya bertuah dapat notis terima sijil di mahkamah nanti, Insya-Allah saya naik pentas dengan tunjukkan sijil exam SPRM yang cemerlang.
Terima kasih atas doa keluarga dan kawan-kawan dari merata tempat.
Satu tips je yang saya tak pakai untuk ambik exam SPRM ni - tips suruh makan kismis sebelum exam untuk ingatan kuat.
Saya memang tak yakin tips ni dari dulu ha3.
Terima kasih semua yang hantar mesej.
Ha3 soal siasat & rakaman percakapan SPRM berjalan baik.
Panjang memang panjang la; 9-10 jam sehari.
Tapi saya tiap2 minggu bercakap kat podcast 3+ jam sehari. Kira tiap2 hari minggu ni Insya Allah buat 2 podcast ๐คฃ
Selepas 2 hari disoal siasat, saya lebih tenang dari sebelum disoal siasat ha3.
Berkat doa keluarga dan kawan2 semua.
Insya Allah kita sambung esok dan sampailah proses ini selesai.
Kadang2 sang penguasa di Putrajaya lupa saya berpuluh kali keluar masuk lokap berkaki ayam di usia 30an.
Bercakap dalam bilik aircond berjam-jam sebenarnya lebih selesa dari berdiri 10 jam sehari memberi ceramah atas lori dari pagi hingga malam, sebab nak bantu bebaskan penguasa.
Jadi kepada yang bimbang diluar, tkasih banyak2, Insya-Allah what doesnโt kill us makes us stronger.