TERKINI
ALHAMDULILLAH
IDF TEWAS DI JENIN
Selepas 46 Jam pertempuran antara 1,000 ekor IDF menentang Pasukan Pejuang Palestin di Jenin, Tebing Barat
IDF tewas dan berundur. Seekor anggota IDF memberitahu media bahawa mereka menghadapi situasi sama seperti di Gaza cuma ia berlaku di Jenin
Membuktikan Pejuang Palestin turut bermati-matian dan keras mempertahankan Tebing Barat
Briged Seraya Al Quds dan Briged Syahidin Fil Quds merupakan 2 pasukan utama yang mempertahankan Jenin dalam pertempuran 46 Jam ini
Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam.
Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100.
Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali.
Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.
Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.
Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.
Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.
Satu hari, dia tanya, "awak tadah tangan tu kenapa?"
"Doa." Balas saya.
"Doa apa?" Tanya dia.
"Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar." Jawab saya.
"Awak pun doa untuk bisnes saya?" Dia seolah sinis.
"Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya." Kata saya lagi.
Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.
Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia.
Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.
Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.
Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.
Satu hari, dia jumpa saya dan kata, "saya sudah percaya tentang doa awak."
"Percaya bagaimana?" Tanya saya.
"Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai." Kata dia.
Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.
"Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah."
Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.
Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.
Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.
Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.
Wallahu A'lam.
Kredit: Ameer Hamzah
Selepas beberapa bulan melakukan tugas-tugas risikan dan pengumpulan maklumat secara intensif, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama lapan agensi lain menggempur kubu scammer antarabangsa ini.
*Ulangkaji Bab Puasa*
*Syarat Wajib Puasa* :-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
*Syarat Sah Puasa* :-
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan
*Rukun-Rukun Puasa*:-
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa
*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :-
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari
*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh
*Makruh Ketika Puasa* :-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah
*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :-
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga
*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:-
1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya
*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :-
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-
1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat
*Tingkatan Puasa*:-
1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin
*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :-
1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu.
Jom melabur beli lembu sado dan letak dkt ladang saya
1 ekor lembu sado betina = 1 kilang
Dalam 10 tahun, mungkin anda dpt 7-30 ekor lembu
1 ekor lembu sado umur 4 5 thn = RM18,000 >
Semua ada kertas surat perjanjian sistem pawah dan surat lawyer
Financial freedom here.
Ws