Buskers kedai makan jgn la nyanyi lagu sedih2 wei masa lunch hahaha. Ni aku nak makan ke nak nangis ni dikkk. Nyanyi la lagu happy2 dik..lagu hijau ke, lagu gunung Kinabalu ke...
Maafkan memang boleh, tapi nak lupakan memang tidak lah. Hati berkecai, pedih, pecah macam pasu kaca jatuh berderai tu kut. So kelakar bila orang kata maafkan aje & lupakan. Tak kena kat diri sendiri, senang la cakap.
U boleh ada segala diploma, degree, master atau apa sahaja sijil. Tapi kalau tak ada ADAB, tak reti ikut prosidur & sentiasa ingat U betul, tak guna juga! the end of the day, org bukan nilai taraf pendidikan U, tapi sifat & sikap U
Benci tanpa sebab. Sebar cerita dan burukkan org demi apa. Aku x faham, kenapa benci sangat, bercerita buruk macam dah nak jadi satu buku novel. Tak boleh ke cerita pasal diri sendiri dan happy tuk org lain. kenapa sis?!
Pernah tak korang di benci tak tak disukai tanpa sebab. Pelik kan, tak pernah lepak ngan kita, kenal pun tidak. Terus dia tak suka ....
Ini kita panggil judgemental kut
Aku suka kalau berubah tu sikit2. Bukan kalut2, berubah ikut pace perlahan dan dalam perjalanan tu kita slowly belajar dan faham. Bila faham kita akan rasa manis perubahan tu. Simple kan
Selagi kita tak pakai Kasut orang tu, kita tak akan pernah tau jalan dia. Stop being judgmental. Kita raikan sahaja, tak perlu hakimi, setiap apa yang terjadi pasti ada sebabnya
Berani kerana benar.
Esok adalah hari penentu di Mahkamah.
5 tahun saya tunggu. 5 tahun saya sabar.
Kini tiba masanya untuk kebenaran dibela.
I don’t ask for much, but for your prayers.
Kerana tiada senjata yang lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT