Bersama was good in Melaka last night
✓lawmakers no more pension ~ all converted to epf
✓No more branding such as Salam Madani ~ bagi Salam cukup
✓Entourage and welcome parties banned ~ no more 30 people accompanying Ministers
✓If they take over ~ transition team with clear KPIs based on Manifesto
✓Office of Budget Responsibility
---> What you see is what you get.
Gen Z should rally behind Bersama cos this is the Malaysia you want and deserve
@karimshaf Bukan reverse bang, ini fakta sejarah. Ramai keliru sebab final 2021 tu sambutan "Ulang Tahun ke-100", tapi hakikatnya masa tu baru Edisi ke-95.
Kenapa lari nombornya? Sebab Piala Malaysia pernah terbatal 7 edisi (6 tahun masa Perang Dunia Kedua + 1 tahun masa pandemik Covid-19).
Saya sedang mencari satu gudang/warehouse yang boleh dibuat kilang kecil.
1) Kat mana-mana di Selangor/KL pun OK
2) Keluasan >9,000 kaki persegi
3) Ha3 tapi sewa <RM15,000 ke bawah
Kalau ada yang kosong, boleh tinggal contact di sini, nanti kami contact.
𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔?
Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi.
Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan?
1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa
2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan.
Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama.
Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya.
3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan.
Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan.
4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran.
Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan.
Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu.
5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti.
Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini.
Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya?
1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu.
Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar.
2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan.
Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial.
3) Sentiasa komen dengan pautan https://t.co/4xO9KSPe24 supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA.
Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link https://t.co/4xO9KSPe24
4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain.
Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat.
Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat.
Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun?
1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini.
2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang.
3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3.
4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya.
5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula.
Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja
1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon.
Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita.
2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui https://t.co/4xO9KSPe24 dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil.
Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja.
Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini.
Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.
@tjerealjoker Yang awak tersakiti pasal parti lain ni kenapa? Kalau parti ini sehina-hinalah, sekecil-kecilah bagi kamu, kenapa seolah-olah rasa tergugat sangat? Sampaikan tak lekang dibibir setiap hari? TAK KAN LAH parti kerajaan, parti REFORMASI, parti SEKUAT PKR takut kepada sang kancil?😂
Ya, sebab tu nak ingatkan pada orang2 bandar yang konon nak slow living apa semua, hangpa sanggup tak pekan hangpa tu takdak delivery, WiFi lemah, kedai gepuk takde, kedai2 fast food macam Texas, Chagee, takde.
Sanggup tak?
Ya, sebab tu nak ingatkan pada orang2 bandar yang konon nak slow living apa semua, hangpa sanggup tak pekan hangpa tu takdak delivery, WiFi lemah, kedai gepuk takde, kedai2 fast food macam Texas, Chagee, takde.
Sanggup tak?
memg aku tekan balik la, kau cakap bini kau masuk wad, aku cakap aku ada nak kecik,tengah menyusu, nak beli pampers apa semua. even duit gaji aku byak je lagi,tapi sebab kau ni payah nak amanah,memg aku tekan la kau,kau ckp kau susah,aku lagi akan aku cakap susah papa kedana
Dua hari lepas kau tekan2 aku nak payment cepat, padahal aku da cakap isnin ofis kan payment,kau taknak tunggu,nak gak hari ahad tu, aku cakap terang,isnin payment masuk,aku nak duit aku balik,ni bila da masuk,nak bayar balik kemain liat kau. bini masuk hospital la,moto rosak la
Terima masih viralkan teknik lembutkan daging 5:30:7. Dah 5 kali buat 5 kali jadi! Kalu tak sebelum ni ada yang liat dan berejam nak lembutkan 🥹
Hari ini masak daging masak kicap + ubi kentang🫶🏻