Saya tak kenal siapa yang sedang baca ni
Tapi saya doakan, sebelum hari ini berakhir, Allah hadirkan satu rezeki yang tak disangka-sangka, permudahkan segala urusan, dan tenangkan hati awak.
Aamiin Ya Allah. 🤲✨
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan bersaksi bahawa Engkaulah Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Esa, tempat bergantung segala sesuatu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganMu. 🥺🤲🏻
Jangan kita abaikan tiga pesanan emas yang ditinggalkan buat umat dikasihi:
1. Solat Duha pembuka rezeki
2. Puasa (sunat) tiga hari setiap bulan sebagai perisai diri
3. Solat Witir sebagai peneman sebelum tidur
Semoga kita terus istiqamah menghidupkan pesanan kekasih Allah ini dalam rutin seharian kita.
#ustazwadiannuar
Jangan Pendam Sendiri: Kesihatan Mental dalam Perspektif Islam
Kesihatan mental penting, dan Islam menekankan penjagaan jiwa selain ibadah zahir. Dalam menghadapi tekanan, jangan pendam bersendirian.
Mendapatkan bantuan bukan kelemahan, tetapi usaha bijak menjaga amanah diri.
Di setiap pergaulan, ada orang yang datang untuk tinggal dan ada yang hanya singgah untuk sementara.
Seseorang yang memang Allah takdirkan untuk ada dalam hidupmu, membersamaimu, nantinya akan hadir tanpa permintaanmu, atau bahkan tanpa pemaksaanmu.